Salam sayang!
Semuanya sihat?? Allah..terlalu lama rasanya cik ain tak update blog. Mintak maaf. Terlalu sibuk kebelakangan ni. Kadang2 rasa tak bermaya dah. Malam pulak sibuk dengan menjahit (tempahan baju kurung) dari kawan2. Betul2 terasa diuji dengan masa yang macam terlalu pantas bergerak. Bukan macam, tapi sah2 amat pantas. Ayyaaa...
Hari ni cik ain cuma nak update sikit pasal perkembangan novel cik ain, SEGALANYA MUNGKIN. Dekat pasaran masih belum keluar kecuali di kedai2 buku yang mendapat stok terlebih dahulu. Pada 23/02/13(sabtu) yang lepas, cik ain dah selesai urusan tandatangan untuk 300(novel) pembeli pertama di pejabat Kaki Novel.
Hari ni cik ain cuma nak update sikit pasal perkembangan novel cik ain, SEGALANYA MUNGKIN. Dekat pasaran masih belum keluar kecuali di kedai2 buku yang mendapat stok terlebih dahulu. Pada 23/02/13(sabtu) yang lepas, cik ain dah selesai urusan tandatangan untuk 300(novel) pembeli pertama di pejabat Kaki Novel.
Dan yang paling istimewa, semalam(04/03/13) cik ain dah dapat komen dari seorang pembaca pertama yang berjaya habiskan novel SM ni. Apa komen dia? Meh cik ain nak tunjuk!
"Pengembaraan untuk Kisah Percintaan Muaz n Mia dan selesai... Jalan cerita dan konflik yg diketengahkan dlm SM ni menarik bg saya yg membace, permulaan cerita yg akan buat kite sedih dgn nasib Mia dan geram pada Muaz...tapiiiiiiiii, jangan terkejut dgn perubahan watak Mia yg akan buat pembaca geram dan Muaz pula yg akan buat pembaca menangis....**tak malu mengaku ni, mmg tangkap leleh la bile Muaz luahkan kekecewaan dia...."
Ini komen pertama seorang pembaca yang dah khatamkan SM secara keseluruhan. Alhamdulillah.. Masih menunggu komen2 yang lebih mencabar! Sejujurnya sangat takut dengan komen2 negatif! Tapi setiap dari kita, pasti melakukan kesilapan. Kan? So, kena didik diri untuk jadi lebih ikhlas & redha. ^^
Selain tu, cik ain nak share sikit gambar2 masa sesi t/tgn di pejabat KN hari tu & juga gambar2 yang telah di'tag' pada cik ain oleh pembeli2 novel SM. Yukkkk..
Sekiranya ada yang ingin mendapatkan novel SM terus dari cik ain, boleh inbox dekat FB cik ain ya? Stok sudah ada ditangan cik ain. Wink..wink..
Pada yang dah berjaya dapatkan novel SM, selamat membaca & semoga terhibur. Maaf sekiranya SM tidak menepati citarasa anda. Saya budak baru belajar!
~~MENULIS BUKAN KERANA NAMA, BACALAH ATAS KERANA RASA~~
wah..penulis ka syg? dok kuala ea?? yui sg siput =)
ReplyDeleteya saya ^^
Deleteassalammualaikum ain,
ReplyDeletesaya da beli novel ain tu...
mase tau SM tu da keluar rase exited sangat.. (^_^)
bukan ape, da lama sangat tunggu SM tu keluar.
then terus je ajak my friend cari novel tu..
btw, it is one of the best novels I've ever read.
wkmslm... ^^
Deleteterima kasih ats sokongan!
alhamdulillah ats penerimaan yg baik...
nti boleh trun PBAKL ramai2.. ^^
boleh jgk buat review tntg SM dekat page SEGALANYA MUNGKIN.. ^^
TERIMA KASIH sekali lagi <3
Assalamualaikum ... Saya dah beli ... Dah habis baca pun ... Meh ler jalan2 ...
ReplyDeletehttp://hanifadhlinaabdulrahman.blogspot.com/2013/03/segalanya-mungkin-nieya-jalies.html?m=1
wkmslm..terima kasih sgt2:)
DeleteOk..sy akan ke sana <3