Salam Sayang! Salam Rindu!
Nak update ke tak nak? Tak nak? Nak? Aarghhhh..kena nak jugak! Kalau tidak cerita ni akan jadi basi kalau dah masuk ke minggu hadapan. Apa dia? Meh nak cerita. Tak nak baca takpe. Tapi rugi sebab ada something untuk korang2 yang sudi baca. Heww..heww..
Pada 14/12/12(Jumaat)-16/12/12(ahad) cik ain join trip ke Pulau Langkawi dengan keluarga & penduduk kampung cik ain. Plan ni punya lama dah diorang rancang. Akhirnya, Allah izinkan jugak ianya terjadi. Alhamdulillah.. 2 buah bas kami pulun! Haha... Lebih kurang 80 orang la yang ada. Semuanya ngam! Wee...cik ain dapat duduk 2 dari belakang. Ayyaa..manyak stress! Tapi ada sedikit privacy! Cewah33...
Cik ain kalau dengar bab2 berjalan gini memang laju je nak ikut. Ada kos dengan tak ada kos je. Haha.. Syukur sangat sebab Allah bagi rezeki untuk cik ain join trip ni. Pada mulanya macam dah tak dapat nak join :'(. Sob..sob..Okeyssss! Now cik ain mula dengan hari pertama ek!
Kami bertolak dari Kuala Kangsar sekitar jam 11 malam. Dan selamat sampai di Perlis sekitar jam 5 pagi. Bas berhenti untuk kami mandi & solat subuh. Sebab lepas solat & mandi kami akan terus bergerak ke Jeti Kuala Perlis. Dekat masjid mana cik ain berhenti jangan tanya. Memang tak ingat sebab tengah duk mamai. Burung2 duk terbang2 lagi sekeliling kepala. Wakaka...
Akhirnya sekitar jam 7.30 pagi kami mula bergerak ke JKP. Tiba je dekat JKP dah tengok ramai giler manusia. Dalam hati fikir berapa jam lagi nak tunggu sampai dapat naik feri. Huhu.. Hakikat sebenar badan teramat letih sebab semalaman tak dapat tidur dengan selesa. Selalunya tidur beralaskan bulu angsa. Kali ni beralaskan bulu gajah! Wahaha...
Tanpa cik ain sangka2, rupanya tiket kami dah lama dibooking! Yabedabedu..kami antara kumpulan pertama yang dapat naik feri untuk ke Pulau Langkawi. Ohsem! Inilah untungnya kalau ikut rombongan sebab tiket feri boleh booking awal2. Kami cuma diminta beratur untuk keluar dari pintu berlepas. Suke33!
Nak tahu harga tiket feri & masa berlepas boleh klik SINI!!
Jeti Kuala Perlis |
Kami bertolak dari JKP sekitar jam 8.30pagi. Perjalanan hanya mengambil masa lebih kurang 1jam 15-30 minit. Sempat jugaklah cik ain lelapkan mata. Letih beno! Dapat pulak duduk tengah2. Memang hilang keinginan nak tengok permandangan dari tingkap feri. Lebih baik tidur! Hehe..
Kami selamat sampai di Jeti Pulau Langkawi sekitar jam 10 pagi. Alhamdulillah..first time cik ain sampai di Pulau Langkawi ni. Excited nak memulakan pengembaraan! :)
Sebaik sahaja tiba di sana, ada bas lain pulak yang akan bertanggungjawab membawa rombongan kami selama mana kami di Pulau Langkawi. Disertakan dengan seorang tour guide. Rupanya menjadi 1 kesalahan besar jika sebuah bas rombongan tidak menyediakan seorang pemandu pelancong. Seperti yang diceritakan kepada kami, denda RM1000.00 akan dikenakan kepada pihak yang bertanggungjawab. Huhu..
Ok! Mahu memulakan perjalanan! Hehe..Untuk destinasi yang pertama kami akan dibawa untuk bersarapan terlebih dahulu. Lapaq gila! Rupa2nya tempat makan yang kami singgah berdekatan dengan kedai minyak gamat. Jalan kaki 2 minit sahaja! Minyak gamat memang sangat sinonim dengan PL. Boleh dilihat sepanjang perjalanan ada sahaja kedai yang menjual minyak gamat & produk2 berasaskan minyak gamat.
Istimewanya kedai minyak gamat yang kami singgah ini adalah pemilik kedai itu sendiri yang akan membuat penerangan tentang jenis2 minyak, khasiat, kegunaan & sebagainya. Tambah ilmu! Tapi sejujurnya cik ain tak dengar pun. Haha..duk galak ambil gambar! Heww..heww.. Cik ain berkesempatan jugak melihat proses penyediaan minyak gamat & mencelup jari ke dalam minyak gamat yang masih menggelegak dalam kawah besar. Magicnya, tak panas langsung walaupun dekat bawah kawah tu unggun api masih menyala. Sebelum celup dah takut jari akan putus kalau tersalah celup. Wakaka...meroyan! Rupa2nya tak!
nabila + karmila |
pelbagai jenis minyak gamat |
bestfriend ~ ija |
Tanpa membuang masa, kami meneruskan perjalanan ke Underwater World Langkawi. Tiket bagi dewasa adalah RM28.00. Kanak2 12tahun ke bawah adalah RM18.00. Mahal kot! Haha.. Tapi keinginan nak masuk teramat tinggi sebab first time sampai. Sejujurnya bila dah masuk, tak seseronok macam dalam gambar. Nak kata tak suka tengok binatang, tak jugak. Mungkin sebab suasananya dah tak macam dulu. Khabarnya banyak binatang dah mati dalam tu. Serius, memang agak suram suasana dalamnya.
Nak tahu harga tiket & masa beroperasi boleh klik SINI!!
Nak tahu harga tiket & masa beroperasi boleh klik SINI!!
Sebaik sahaja keluar dari UWW tu, kami sempat shopping coklat di luar UWW itu sahaja. Perlbagai jenis coklat yang terhidang depan mata. Tambahan pulak dengan harga yang sangat2 murah berbanding tempat kita. DAIM sudah semestinya menjadi pilihan utama. Yummy!
Selepas selesai memborong coklat, kami akan terus dibawa ke tempat penginapan. Sebelum pukul 2 petang kami perlu tiba ditempat penginapan kerana khidmat bas yang kami guna hanya sampai pukul 2 petang sahaja. Jadi, aktiviti petang itu adalah bebas. Motel kami terletak di Pekan Kuah. Sangat2 dekat dengan kemudahan lain seperti tempat membeli belah, kedai makan & sebagainya.
Cik ain dapat 1 bilik share 4 orang. Tak kisah! Janji dapat rehat & mandi dengan aman. Weee... mengikut kata ketua rombongan, kami diminta berkumpul jam 6.30 petang untuk sama2 berjalan kaki ke pasar malam Pekan Kuah. Jalan kaki sebab tak jauh mana. :)
tempat penginapan |
Cik ain bantai tidur sampai pukul 5 petang. Balas dendam! Haha..Pasar malam sana, sama je macam pasar malam dekat tempat kita. Haha..Selepas ke pasar malam, kami berjalan kaki ke Pekan Kuah. Destinasi yang menjadi tumpuan adalah Haji Ismail Group. Tempat untuk memborong coklat & pinggan mangkuk! Ya ampun! Sesak sesangat dalam tu. Terpaksa berhimpit2. Tapi nak borong coklat punya pasal, cik ain tak peduli! Heeewwww...
pekan kuah |
haji ismail group |
Selesai membeli-belah kami pulang semula ke motel. Awal lagi masa tu. Tak silap cik ain sekitar jam 8.30 malam. Sampai je motel tak terus masuk bilik. Lepak2 sambil makan dekat pangkin motel dengan anak2 buah & makcik2 yang join rombongan ni. Menariknya motel yang kami menginap ni adalah kerana tempatnya bebas untuk ke sana ke mari. Tambahan pulak, 1 motel itu sahaja dipenuhi dengan rombongan kami. Jadi, tak ada masalah nak melepak sampai pukul berapa pun! Hehe..
Dah kenyang, dah puas menyembang, puas bergambar & puas menjeling :p, cik ain naik semula ke bilik. Nak mandi, rehat & tidur. Sebab esok pagi kami akan bergerak awal ke destinasi yang seterusnya. Ke mana? Nantikan Pulau Langkawi -Part 2! wink..wink..
Tataaa....
0 oRaNg cOmeL DaH MinUm KoPi:
Post a Comment