-->
~CoretanSiPenaDaif~

..Pilih Mana Suka..

  • bola (1)
  • cerita ain (46)
  • cerpen (2)
  • cinta (18)
  • filem (1)
  • ilmu (1)
  • kata2 hikmah (2)
  • kecewa (4)
  • kekasih (1)
  • kereta (1)
  • kesihatan (3)
  • lagu (3)
  • langkawi (4)
  • lirik (2)
  • makan (3)
  • minat (1)
  • movie (1)
  • nasyid (1)
  • novel (5)
  • Novel : Segalanya Mungkin (36)
  • pandangan (10)
  • pengajaran (2)
  • pengalaman (21)
  • percutian (6)
  • perempuan (2)
  • perkongsian (21)
  • persoalan (3)
  • promot (17)
  • puisi (5)
  • ramadhan (6)
  • raya (6)
  • renungan (2)
  • resepi (19)
  • rindu (5)
  • rumahtangga (2)
  • sabah (2)
  • sahabat (4)
  • soal hati (5)
  • walimah (15)

Mengertilah..Walau Sedikit Cuma

Entah mengapa, pagi ini yang aku lalui tidak setenang selalu. Seperti ada yang tersimpan rapi di lubuk hati mengatakan aku tidak kenal erti bersyukur. Rasa hati yang ingin menangis, meluahkan apa yang terbuku. Tetapi siapa yang sudi melihat air mata ini gugur tanpa sebab yang masih keliru. Cengeng sekali!

Seringkali aku bertanya pada kotak mindaku ini, masih belum bersyukurkah aku? Masih belum berpuas hatikah dengan apa yang sedang menantimu? Keliru..& terus keliru. Inginku laungkan bahawa aku cuma insan biasa. Insan yang punya keinginan & impian seperti wanita lain. Salahkah aku? Malah impian itu hanya sebesar zarah daripada impian yang sebenar.

Jauh di lubuk hati, kadangkala aku kecewa dengan apa yang berlaku. Mungkin sedikit cuma kerana di satu sudut yang lain aku terima segalanya seada mungkin. Aku tidak akan sesekali berganjak dari titik keikhlasan yang aku cuba agung2kan selama ini. Benar..aku ikhlas walaupun masih ada yang tidak percaya dengan keikhlasanku.

Setiap manusia ada baik & buruknya. Itu adalah lumrah apabila gelaran 'insan' yang cuba kita bawa. Aku terima kekurangan, aku terima kelemahan. Tetapi mengapa kelemahan itu seringkali menambahkan kelemahan yang sudah sedia ada pada diriku. Jauh di dalam hati kecilku ini, kadangkala aku berputus asa dengan apa yang aku cuba bawa. Mengapa kamu tidak jadikan kelebihan yang ada sebagai menampung kelemahan yang sudah sedia ada.

Fikiran jahat tidak pernah henti dari terus menghasut. Sejujurnya aku katakan, terkadang aku merasakan aku bukan seorang wanita. Aku bukan seorang wanita yang sering menerima apa yang wanita lain inginkan. Pernah aku merasakan, wanita aku cuma pada fitrah & zahirnya. Tetapi perasaan yang aku ada, aku harus tempuhi sebagai jantina yang sebaliknya.

Semenjak dari ketika & waktu aku menerima kehadiran itu, aku umpama hilang semua rasa. Yang tinggal hanya redha..redha..redha.. Tidak cukup lagikah apa yang aku cuba lakukan demi mempertahankan apa yang aku mahu. Seboleh mungkin aku tidak akan mencanang kekurangan yang ada kerana dalam hati cuma ingin mempertahan. Aku ketepikan perasaan marah, aku ketepikan perasaan kecewa hanya demi menempatkan kamu di satu sudut yang selesa. Tetapi mungkin masih belum cukup bukan?

Aku bukan beerti tiada punya perasaan & keinginan. Barangkali jika aku lontarkan kedua2 rasa itu aku yakin kamu tidak akan mampu mendengarnya. Syukur, sehingga kini aku berjaya meletakkan naluri wanita yang sebenar demi mencari sebuah redha Illahi.

Kini yang aku pinta, realisasikan impian & keinginanku seadanya. Bukan atas dasar yang lain, selain merealisasikan hanya dengan mengerti. Sedarlah, aku wanita biasa!


~ TERIMA KASIH SUDI BACA ENTRY CIK AIN.. SINGGAH LAGI TAU! ~

cOreTaNdAiF oLeh Cik Ain at Thursday, September 27, 2012
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
0 oRaNg cOmeL DaH MinUm KoPi

~Untuk Tiga Hari~

Salam sejahtera, bahtera & sentosa. Wahaha...lama sangat cik ain curang dengan kedai kopi ni.

Disebabkan keboringan tahap musim tengkujuh, petang semalam lepas balik kerja ajak cik yanie pergi tengok wayang. Konon2 nak tenangkan fikiran dengan masalah rumah tanpa tangga yang tak habis2. Belek punya belek, cik ain nak tengok 'BAIT'. Apa tu?? Alaaa...citer ikan jaws bagai ni la. Ngap sana, ngap sini!

Disebabkan cik yanie jiwanya dah tersangat jiwang, memang tak lah dia nak tengok movie macam tu. Haha.. Duk risik2 tau dia nak tengok citer apa? Hadoiiii... UNTUK TIGA HARI. Filem melayu lagi! Jiwang..jiwang..

Tak pernah terfikir nak tengok cerita ni dekat wayang. Cadangnya nak tunggu CD "CR" je keluar dekat pasar malam. Oppss! Apa CR tu? Faham2 sendiri la ceq2 semua no! Wink..wink..

Langsung tak sokong cerita2 melayu cik ain ni kan?? Sebab apa tak sokong? Cerita melayulah yang melayukan melayu itu sendiri. Ekekeke...

Fikir bosan punya pasal terima jela pelawaan cik yanie nak tengok movie ni di samping perli tak habis2 dekat cik yanie. Kerlasss kau yanie!

Nak tahu, dalam panggung tak sampai 10 orang yang wujud. Kenapakah? Sendiri cari la sebabnya. Tak apa, tengok dulu. Jangan judge terlalu awal sangat la cik ain oiii...tengok punya tengok (kadang2 terlelap!) habisss...

Hahaha...macam biasa la. Cerita jiwang2 gini. Ending yang rasa sedikit tergantung. And onesli, geli la cik ain tengok orang melayu berlakon konon2 laki bini. Aduhhh...kalau Vanidah digandingkan dengan Rashidi ceq boleh terima lagi. Tapi bila bertukar pasangan, ceq jadi geli!

Ayu Raudhah yang paling ceq meluat tengok. Hangpa duk bagi free je lelaki2 tu sentuh hangpa. Watak2 yang menggoda..adeyhhh..loya! loya! loya! Bab hukum dalam perkahwinan banyak dipermain2kan. Tapi normal..ni la cerita melayu kan?? Nak marah cik ain sebab cakap macam ni? Marah la...cik ain cuma tak suka je bila isu2 macam ni dipermainkan. Weee...

Keempat2 watak utama dalam filem ni dah berumahtangga. Tapi...entah la. Hahaha.. Secara ringkasnya, tak ada apa yang special SANGAT pun pasal filem ni. Just jiwang2, romantik2, pujuk2, nangis2...>_<

Tapi lain orang lain citerasakan? Cik ain tengok & cik ain komen. Korang tengok, korang boleh komen apa saja yang korang nak komen! Ekekeke...

Papai...




~ TERIMA KASIH SUDI BACA ENTRY CIK AIN.. SINGGAH LAGI TAU! ~

cOreTaNdAiF oLeh Cik Ain at Tuesday, September 25, 2012
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
0 oRaNg cOmeL DaH MinUm KoPi

Review Novel : Takdir Itu Milik Aku

Salam kepagian semuanya! Pepagi dah nak cerita pasal novelkan? Nak buat macamana kalau nafsu lebih kepada mende2 gini. Yang penting tak kacau orangkan? Haha...

Semalam berakhirnya siri menjelajah novel terbaru Siti Rosmizah (SR) iaitu TIMA. Ya ampun! Tebal bebeno. Masa mula2 nampak kewujudan novel ni dekat kedai buku, 1 je dalam fikiran cik ain. "Tebalnya. Malas nak beli & baca!" Hahaha...

Tapi bila tengok penulis, macam best. Yelah, karya SR siapa yang dapat nafikan kehebatan jalan cerita yang dirangkanya. So, mula2 terfikir nak rembat pada sesiapa yang dah beli. Tapi idok2 juga ada yang menghulur. Tetiba kakak cik ain mintak tolong belikan. Tapi macam biasalah, share syarikat dibahagikan kepada 2.. Huhh! Tapi tak apa la. Sekurang2nya cik ain hanya mengeluarkan separuh dari kos yang asal.

Dipendekkan cerita, lepas habiskan TIMA ni satu je yang cik ain nak terus-terang. Karya SR kali ini kurang menyengat. TIMA boleh dikata lebih kurang dengan AIT. Karya SR yang sebelum ini. Mungkin TIMA jalan ceritanya lebih panjang. Onesli, hampir separuh dari TIMA cik ain skip. Wahaha...memang terasa ketebalannya. Sebab apa? Tak sanggup baca tentang derita..derita..derita..

Tapi ayat2 yang diguna pakai memang sah2 la mantop! Kalau disuruh bagi bintang, cik ain dapat bagi 3/5. Kalau disuruh sedekah novel ni pada sapa2, memang tak lah! Mahal kot! Hahaha.. So, anda baca, anda nilai! Sebagai pembaca kita ada hak nak nilai. Tanpa pembaca, siapalah penulis. Wink..wink..

COVER NOVEL



SINOPSIS


Dian Zara, seorang anak yatim piatu yang menumpang kasih dengan neneknya. Emak saudaranya, Kamisah tidak henti-henti menyeksa hidupnya. Maki hamun, pukul, cerca sudah lali dalam dirinya. Impian gadis muda ini untuk belajar hingga ke menara gading telah musnah di tengah jalan. Dian disuruh menjadi orang gaji.
Dia akur dengan kehendaknya emak saudaranya. Menjadi orang gaji bagaikan memberi sinar baru dalam hidupnya. Tapi sementara cuma. Perkenalan dengan cucu majikannya telah membuka tirai penderitan dalam hidupnya semula. Dian telah ditipu dengan janji manis seorang lelaki. Janji untuk membahagiakan hidupnya hanyalah dusta belaka…

~SELAMAT MEMBACA~



~ TERIMA KASIH SUDI BACA ENTRY CIK AIN.. SINGGAH LAGI TAU! ~

cOreTaNdAiF oLeh Cik Ain at Thursday, September 13, 2012
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
0 oRaNg cOmeL DaH MinUm KoPi

Review Novel : My Love Is Playgirl

Selamat pagi omey3 sekalian! Pagi ni nak 'bekpes'kan korang dengan entry yang simple. Tapi boleh jadi panduan untuk korang jugak! Tak percaya? Tiada paksaan langsung nak suruh percaya..wink..wink..

Panduan tu sebenarnya adalah untuk kaki2 novel yang tak henti2 cari novel terbaru & yang best2. Cik ain pun selalu jugak review before beli novel baru. Bukan apa, takut terbeli yang salah! Salah dari segi serasi. Haha...maklumlah, dua tiga menjak ni banyak kali dah terkena. Sinopsis gah giler! Promosi tiptop! Tapi isi dalamnya sangat mengecewakan.

Tak perlulah cik ain sebutkan nama2 novel tu. Kalau nak tau, secara private bolehlah. Hehe..

Cik ain rasa kali ni pun cik ain agak terkena la. Cik ain baru selesai khatamkan novel My Love Is Playgirl ni. Macamana nak cakap ek? Tapi 2 benda yang cik ain TAKKAN rayu dengan korang iaitu 1) tolonglah jangan beli novel ni! 2) tolonglah dapatkan novel ni!

2 perkara ni adalah hak individu. Lain orang lain seleranya. Pada cik ain, novel ni ada yang tak kena sikit. Tapi tak nafikan ada part2 yang menarik & kelakar. Onesli, cik ain ada jugak skip2 ketika membaca. Mungkin ada timbul mood bosan. Tapi bila tiba part yang kelakar, jadi segar balik.

Kalau dikira bintang, cik ain cuma dapat bagi 2/5 bintang saja. Nak kata tak best langsung tak jugak. Masih ada novel lain yang cik ain rasa lagi teruk dari yang ini. Apa2 pun, penulis seorang yang berani! Suke..suke..

Cik ain tinggalkan korang dengan sinopsis & cover novel ni. Kalau rasa nak cuba baca, silakan! >_<

COVER NOVEL



SINOPSIS

[ Puteri Laila merasakan kehadiran Hasrul dalam hidupnya bagaikan satu bala apabila musibah sering menimpanya setiap kali lelaki itu mendekatinya. Kisah gila-gila mereka berterusan apabila Puteri Laila mendapat tahu Hasrul sebenarnya mempunyai pertalian persaudaraan dengannya.

Megat Kamarulzaman, iaitu ayah Puteri Laila telah jatuh miskin dan mempertanggungjawabkan Hasrul menjaga Puteri Laila.

Dapatkah Puteri Laila tinggal bersama Hasrul di rumah yang sangat uzur itu? Bagaimana Hasrul menghadapi perangai Puteri Laila yang gila-gila bahasa itu? ]



~SELAMAT MEMBACA~



~ TERIMA KASIH SUDI BACA ENTRY CIK AIN.. SINGGAH LAGI TAU! ~

cOreTaNdAiF oLeh Cik Ain at Wednesday, September 12, 2012
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
0 oRaNg cOmeL DaH MinUm KoPi

Aku Sudah Bebas!!!

Salam ukhuwah!

Ho..ho..ho..horlicks! Anda semua sudah ber'horlicks'? Mahal? Memang pun! Wahaha...

Akhirnya cik ain bebas! Bebas ke sana ke mari tanpa DIA tu lagi. Tak macho pergi mana2 DIA tu nak kena ada sama. Huhh! Alhamdulillah, akhirnya hubungan cik ain dengan DIA tu putus jua. 2 tahun kami menyulam cinta. Kadangkala sampai bersimpul2.

Kami tak pernah bergaduh, cuma kadang2 cik ain jadi rimas sebab nak pergi ke mana, DIA mesti kena ikut. Kata DIA, untuk menjaga cik ain. 

Tapi cik ain rasa cukuplah sampai sini hubungan kami. Bagi cik ain peluang berdikari ek? Tapi cik ain akan kenang jasa DIA selama kami bersama. 2 tahun bukan tempoh yang singkat. Sehinggakan cik ain tak perasan tarikh yang sepatutnya cik ain berpisah dengan dia. Nak buat macamana. Hubungan kami punya perjanjian. Cik ain harus akur! :'(

Pagi tadi secara rasmi hubungan kami berakhir. Tapiiiii...cik ain dah ada pengganti! Wink..wink.. Nak tengok pengganti cik ain yang omey2 ni? Pejam mata dulu. Pat! Kira 1..2..3.. baru bukak mata tau!

Mula...1..2..3! Tadaaaa...


Oh lesenku! Akhirnya kau sempurna! wink..wink..Lepas ni boleh rembat apa jua motor & apa jua kereta  without 'P'! >_<



~ TERIMA KASIH SUDI BACA ENTRY CIK AIN.. SINGGAH LAGI TAU! ~

cOreTaNdAiF oLeh Cik Ain at Tuesday, September 11, 2012
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
0 oRaNg cOmeL DaH MinUm KoPi

Adab Tinggal Sebilik/Serumah


(ampun ya! ganti nama 'aku' akan digunakan sebagai tanda mood telah dirobek2)

Teruk beno bunyinya! Haha...Sebelum aku mula berpidato, aku tersangatlah ingin mengucapkan salam sejahtera! Nalarekek!wink..wink.. Tetiba rasa nak menulis soal adab sebilik/serumah. Dengan manusia, bukan dengan kera ya!

Sudah menjadi lumrah apabila kita tinggal jauh dari family, pilihan yang ada bagi yang bujang2 ni adalah dengan duduk menyewa bersama dengan individu lain. Tidak kiralah sama ada yang kita kenal secara langsung / tidak langsung. Ini bagi mengurangkan kos sara hidup seandainya kita hanya bekerja 'biasa2' je. Apa yang 'biasa2' tu pandai2lah tafsir sendiri. Karang kalau aku sebut, kata aku menghina pulak kerja tersebut. Bagi aku, tidak ada kerja yang hina selagi ianya HALAL.>_<

Bila kita memang dah sampai tahap TERPAKSA duduk menyewa, secara rasminya kita memang terpaksa la FAHAM! TAHU! MENGERTI! adab2 tinggal sebilik/serumah. Sebab rumah sewa tak sama dengan rumah sendiri.

Aku memang tak suka bab2 'meroyan' ni. Hilang kesopanan aku! Wahaha...Tapi kalau ada yang mula nak memijakkan kakinya ke atas kaki aku tanpa sebab, mulalah timbul simptom2 'meroyan' yang aku simpan baik selama ni. Sebaik mungkin aku tak nak dekat dengan sifat mazmumah ni! Tapi yang aku geram dengan diri aku sendiri, mudah sangat kesiankan orang! Akhirnya aku yang diperkotak-katikkan. Ewahhhh...kerlass kau pe'ah!

Aku ni bukan la jenis yang terus nak judge seseorang tu negative walau pada awalnya aku dah nampak aura negativenya tu. Aku selalu didik diri aku untuk beri orang lain jadi diri mereka yang sebenar. Sebab aku pun bukannya baik. Aku pun nak peluang yang sama. Jadi apa yang aku nak dari orang lain, aku pun akan bagi yang sama pada orang lain. Fairlah gitu!

Berbalik pada adab yang aku nak kecohkan, kali ni aku reka sendiri adab2 yang aku nak individu ni faham walaupun dalam keadaan terpaksa. Zon manja2 aku dah buang dalam perigi buta. (walaupun aku tahu, dia takkan baca entry aku ni. Peduli apa!) Haha...


KOMUNIKASI

Apa2 hubungan dalam dunia ni, komunikasi adalah tunjang utama. Dengan komunikasi yang baik, kita dapat melahirkan suasana yang harmoni. Bukan bermaksud semua hal kita kena cerita dengan teman rumah (kau ingat aku nak tahu sangat!). Tetapi apabila ada perkara yang memerlukan perhatian setiap isi rumah kita harus memandang ianya sebagai perkara yang penting. Ini kalau komunikasi pun failed, mana nak datangnya hubungan yang baik. Kalau bagi mesej, ikut selera nak balas ke tak, memang seperti mintak di baling telefon tu ke dinding. Tak apa! Boleh beli iPadkan? Balas mesej boyfriend laju kemain. Mesej kawan rumah, dibiar seperti donut basi! Selain tu, apabila sesuatu perkara seperti 'undang2' di dalam rumah sudah diingatkan banyak kali, take note la! Aku bukan saja2 nak buang air liur untuk bercerita dengan kau isu rumah selalu. Aku tahu, kau pun akan bosan jugak kalau aku duk ulang benda tu memanjang. Kalau tak tahu, bertanya. Tak ada salahnya. Fikir kau dah besar, bukan budak2 lagi. Kata dah ada kerja tetap! Contoh je! Wahaha...

KEBERSIHAN

Aku ni nak kata pembersih tahap kerlipan bintang di langit memang tak la. Tapi bila dah duduk menyewa ni, tolong2lah ajar diri untuk jadi pembersih. Tak gitu? Tak banyak, sikit jadilah. Demi menjaga hati teman serumah yang lain. Tambahan pulak kalau duduk sebilik. Kalau bilik lain2, ikut suka kau la nak macamana pun. Bila dah namanya sebilik dah tentulah berkongsi macam2. Kalau sebelum ni, di rumah kita dah biasa dengan suasana tonggang terbalik, apa salahnya di rumah sewa kita jadi sedikit pengemas. Bukan suruh mop lantai hari2. (menyapu pun tak pernah). Tapi didiklah diri untuk rajin mengupdate setiap yang kita guna. Contohnya pakaian. Pakaian yang dah kotor, janganlah dicampur dengan yang masih bersih. Sekiranya mahu dipakai semula, sangkutlah di ampaian. Sedap sikit mata memandang. Selain tu, rambut perempuan ni adalah mahkota. Kalau rasa ada mahkota yang dah gugur & beterbangan sesama sendiri, tolong2lah sapu atau kutip. Janganlah nak mengharapkan teman yang lain semata2. Nak kena halau dari rumah ke? Hehe..Selain kebersihan rumah, kebersihan diri pun kena jaga jugak cek oii. Mandilah 2x sehari paling kurang. Jangan kata tak ada effect pada kawan serumah lain. Ada kot! Contoh jer!wehehe..

KERJA RUMAH

Jangan jadikan alasan 'aku dilahirkan memang pemalas' sebagai alasan untuk kita ketepikan semua kerja rumah (sewa). Kau ingat, tuan rumah tu sediakan maid untuk kita ke? Kalau dekat rumah sendiri dah biasa ada maid yang tolong itu & ini, (kalau ada la) dekat rumah sewa tak macam tu sayang! Bila kau dah isytiharkan kau nak duduk menyewa, tanggungjawab di rumah sewa adalah tanggungjawab bersama. Bukannya suruh mop dinding seminggu sekali pun. Sekurang2nya, kalau tak ada buat apa tu, rajin2lah capai penyapu & sapu lantai yang sentiasa kita pijak tu. Tau pulak cakap bosan dekat rumah! Bosanlah dah tak tau buat mende. Selain tu, kalau teman2 rumah yang lain sedang memasak, apalah salahnya kita jenguk ke dapur & tanya sekiranya memerlukan pertolongan kita. Kalau kita memang sah2 tak pandai masak pun, sedap jugak orang lain dengar niat murni kita. Ini, bila makanan dah siap dimasak, baru tunjuk muka. Bila dah habis makan, sekiranya kita tak terlibat dengan hal memasak, galaslah tanggungjawab untuk mengemas & membasuh perlatan yang digunakan ketika memasak tadi. Basuh periuk belanga pun tak tahu? Selama ni kau tengok orang masak dalam labu sayong ke? Contoh jela.wink..wink..

HAK MILIK SENDIRI & BERSAMA

Bila kita tinggal serumah tak bermakna segala macam benda aneka bagai boleh kita share. Perlunya hormat barang orang lain sekiranya berniat untuk digunakan sama2. Rajin2lah ringankan mulut tu meminta izin sekiranya kita tahu, barang yang kita pakai tu memang sah2 bukan milik kita. Tak ada dalam perjanjian yang mengatakan bila dah tinggal sebumbung, 'hak kau hak aku jua'. No..no..no..masing2 dah bekerja, masing2 dah ada pendapatan sendiri. (gaji lagi tinggi dari aku kot). Bukan soal berkira, tapi soal menjaga harta benda orang lain. Aku ni bukan jenis berkira sangat. Gunalah barang aku sekiranya kau rasa nak guna. Tapi jangan jadikan kebaikan aku yang sikit ni sebagai lesen untuk kau buat sesuka hati dalam bilik/rumah tu. Kalau kita bermanis mulut dengan teman rumah sebelum menggunakan sesuatu barang, tak adanya dia nak kata 'tidak' sekali pun dia tak ikhlas. Tapi kita harus pandai membezakan yang mana hak kita, yang mana hak bersama. Kalau kita hormat barang orang lain, barang kita pun orang akan hormat. Sekiranya memang barang tu dah dicop sebagai hak bersama, kau gunalah sesuka hati. Tak ada sapa nak larang. Ini lumrah hidup menyewa. Gap tetap ada sekali pun kita rapat setahap carrot. Bimbang di kemudian hari timbul soal ungkit mengungkit. Contoh jugak ni!Haha..

SIKAP

Aku paling menyampah dengan orang yang di rumah karaktornya lain, di luar lain pulak sisi peribadinya. Contohnya kalau keluar bekerja/dating kemain make up bagai. Selalu menjaga penampilan dengan kasut yang vok! baju yang menyala! make up yang tebal berinci2! Kiranya sanggup berhabis demi menjaga penampilan di luar. Yelah, senang sikit nak bagi mat2 opis fewit..fewit dekat kau. Sanggup ketepikan hal yang lebih penting seperti makan & perbelanjaan yang lain. Kau dah bekerja bermakna kau dah ada tanggungjawab. Kita nak bergaya memang kita punya sukalah. Duit kita kan? Tapi tolonglah jangan ketepikan hal2 yang penting yang harus difikirkan berkaitan dengan hal di rumah sewa. Yang aku maksudkan dengan lain karaktor pulak bila di rumah, dah rupa emak beranak 6 je. Yelah, di rumah tak ada mat2 opis. Yang ada minah2 kuali. Apa kerlassss! Selain tu bila kita tinggal serumah, tolonglah jangan berbohong. Bohong sunat aku boleh terima lagi. Bohong yang akan terkantoi di kemudian hari yang aku cukup meluat! Kau ingat aku kisah sangat dengan kehidupan peribadi kau! Contoh jugak kali ni.Hehehe...


Haaa...clear sangat yang aku sedang menyampah dengan seseorang. Haha...aku dah tak pandai nak cover2 dalam hal ni. Rosak blog aku dengan kata2 'indah' yang aku tuliskan kali ni. Wahaha.. Tapi aku ni kira baik sikit la sebab tak pergi sembur face to face. Konon2 nak menjaga hati orang. Macam aku cakap tadi la, aku ni mudah kesiankan orang. Kalau aku marahkan seseorang tu, mulalah aku menyesal di kemudian minit. Sejam pun tak sampai tau. Itu kelemahan aku yang nyata! Aku ni dengan sapa2 pun aku tak kisah nak duduk or tinggal. Tapi aku tak boleh nak hidup dengan orang yang dengan aku lain sikapnya, dengan orang lain, lain pulak sikapnya. Yang mana satu engkau? Kau tak sempurna, aku pun tak sempurna. Kita sama2 kurang. Tapi aku buat baik dengan kau, apa salahnya kau buat baik dengan aku. Sikit pun aku hargai tau! >_<

Sudah..sudah..aku tak lalu nak duduk dalam zon 'merah' ni lama2. Sebenarnya tujuan aku menulis macam ni lebih kepada melepaskan tekanan yang aku simpan dalam hati ni. Bukan nak menghina, merendah atau menjatuhkan sesiapa. Sejujurnya aku tak simpan dalam hati, cuma bila perkara sama berulang, aku mula menyebut dekat mulut ni. Itu yang aku tak suka! Aku manusia biasa jugak. Tiba marah aku, aku jadi macam ni la. Tapi aku cuba cover balik dengan beristighfar. Aku anggap kau masih dalam proses belajar. Tapi janganlah sampai ke tua kau tak lepas2 'exam'nya ya! Arios!



~moga satu hari nanti, kau ketemu dengan teman serumah yang jauh lebih mulia dari aku~ (aku ni masak pun tak sedap. tu sebab kau sanggup makan dekat luar)..gurau jer!tata..titi..tutu..


~ TERIMA KASIH SUDI BACA ENTRY CIK AIN.. SINGGAH LAGI TAU! ~

cOreTaNdAiF oLeh Cik Ain at Monday, September 10, 2012
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
6 oRaNg cOmeL DaH MinUm KoPi

Sampul Duit Raya Yang Cumel


Hip..hip..horrey! Puasa tak hari ni? Kalau puasa nak belanja berbuka. Belanja apa? Apa2 yang korang nak makan. Tak percaya? Memang jangan percayalah..ekeke..

Semalam cik ain terima sampul duit raya yang sangat comel. Memang tak sangka. Sebelum ni dapat tengok je. Tak sangka betul2 dapat pegang. Siyes, sangat comel. Tapi tak dapat banyak la. 5 keping je. Jadilah dari langsung tak jadi apa2 kan. Wehehe...

Cik ain dapat sebab kebetulan order barang dari satu laman web ni. So, dorang kasi free sampul duit raya tu tanda penghargaan untuk pelanggan2 sempena aidilfitri ni. Nice what! >_<

Nak tengok tahap kecomelan sampul duit raya ni? Nak? Yeke nak ni? Betul? Ekeke...pat...nangis dekat bahu cik ain dulu...wahaha...

Betul ke nak tengok ni? Macam tak percaya jer...haha...sudahlah kau cik ain. Berdrama memanjang! Wink33.. Jom kita pakat2 tengok na. Nalla punya comei... >_<

Comel x?? wink..wink...


~ TERIMA KASIH SUDI BACA ENTRY CIK AIN.. SINGGAH LAGI TAU! ~

cOreTaNdAiF oLeh Cik Ain at Monday, September 03, 2012
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
2 oRaNg cOmeL DaH MinUm KoPi

Makan Time : SEOUL GARDEN


Halluuuu...seperti yang kita semua harap maklum, jumaat yang lepas seluruh Malaysia bercuti sempena dengan sambutan hari kemerdekaan yang ke-55. Untung la kita semua! Konon! Haha..

Bila dengar cuti melebihi dua hari (sabtu & ahad) mula la menjadi kanak2 riang. CUTI merupakan hadiah terindah buat mereka2 yang tinggal jauh dari family. Wahaha...melebih2 pulak cik ain ni!

Walaupun cuti 3 hari tapi cik ain tak balik kampung seperti kebiasaan. Sebabnya mahu menghadiri beberapa jemputan rumah terbuka & kenduri yang diadakan di sebelah utara.

Pengembaraan bermula bersama 2 orang sahabat yang setia. Ekeke...encik asyraf & cik yanie! Hari jumaat sebelum solat jumaat kami bertolak ke Padang Serai, Kedah. Secara ringkasnya di sana sahaja kami menghadiri 2 buah rumah. Selepas solat jumaat kami ke Bertam, P.Pinang pulak. Haaa..dekat sini yang sampai ke malam tu. Sebab 4 buah rumah yang kami serbu. Wahaha... Sampai rumah sekitar jam 10.30 malam.

Hari sabtu pulak, cik ain & cik yanie ke Kulim, Kedah. Menghadiri majlis pertunangan anak sahabat cik yanie. Sedap giler dessert dia. Haha... sebelum balik ke rumah, kami singgah Butterworth untuk ke rumah kakak housemate. Mee kari kot! Mantop! >_<

Memandangkan sudah 2 hari makan ditanggung oleh orang awam, hari ahad kena usaha sendirilah. Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Haha.. Malam ahad semalam cik ain + cik yanie + cik ngah decided nak makan dekat Seoul Garden. Sebuah restoran berkonsepkan makanan ala2 korea.

Cik ain pun tak pernah sampai situ. Ni kira baru nak mencuba. Seoul Garden ni terdapat beberapa cawangan sekitar Penang. Tapi kami pergi yang paling dekat la. Takut jam! Huhu... Seoul Garden ni terletak di Auto City, Juru. 

Makan dekat sini ikut kepala tau. Kira tolak tambah darab bahagi semua, purata lebih kurang RM40++ untuk satu kepala bagi orang dewasa. Kalau kepala ada dua, kena bayar double la. Ekeke...Agak mahal la kan! Tapi yang bestnya, bila kita dah bayar RM40++ tu, kita boleh makan apa sahaja yang ada dalam tu. Termasuklah kerusi meja juga tisu! Cuma kos akan bertambah untuk diberikan pada pihak hospital. Wahaha...

Untuk maklumat lanjut berkaitan dengan bayaran & service, silalah terjah ke web SG.

Cik ain & kawan2 semalam sampai situ area pukul 8 malam. Kami lepak dekat situ sampai pukul 9.30. Makan sebaik mungkin. Hahaha...BBQ dia sangat best! Ditambah pulak dengan steamboat yang tak over. >_<

Tanpa menulis secara berlebihan walaupun dah agak terlebih, cik ain nak share beberapa keping gambar yang sempat di'snap' semalam. Go!

yg ni curi gmbr org..xsempat nak snap dr depan smlm >_<

pilihan utk BBQ/steamboat

pilihan utk steamboat

pencuci mulut

berBBQ ++ bersteamboat

cik ain + cik yanie

banyak!



Ini jela yang mampu nak tunjuk. Yang penting HALAL! Tak percaya?? kena pergi sana tengok sendiri. Hehe

~SELAMAT MENCUBA~



~ TERIMA KASIH SUDI BACA ENTRY CIK AIN.. SINGGAH LAGI TAU! ~

cOreTaNdAiF oLeh Cik Ain at Monday, September 03, 2012
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
0 oRaNg cOmeL DaH MinUm KoPi

Nak Mula Dari Mana Ni?!


Setelah dibiarkan kedai kopi ni berdaki setebal 2 inci, barulah rasa nak menjenguk ke sini balik. Konon2nya mood nak menulis dah tak ada. Tak ada kenapa? Sibuk dengan berhari raya. Wahaha...

Sebelum terlambat & rasa memang dah terlambat pun, cik ain nak mengucapkan Selamat Hari Raya Adilfitri Maaf Zahir & Batin buat semua ahli keluarga, saudara-mara, sahabat yang jauh & dekat. Tidak lupa juga kepada semua yang mengenali cik ain secara langsung atau pun tidak langsung. >_<

Rasa betul2 ketinggalan zaman, ketinggalan bas & ketinggalan keretapi sebab hari ni baru sibuk nak bercakap soal hari raya. Sedangkan orang lain dah sibuk bercakap pasal cuti deepavali bulan 11 ni. Nasib kaulah cik ain! Pemalas! Hahaha..

Sebenarnya kita masih di pertengahan bulan syawal kan? Jadi masih ada lagi 2 minggu untuk kita kunjung mengunjung antara satu sama lainkan? So, pada sesiapa yang nak buat open house lagi, sila2lah menjemput. Cik ain bukan makan banyak pun. Cuma makan nasi je. Hahaha...

Selama kedai kopi ni ditinggalkan macam2 benda sebenarnya nak tempek dekat dinding kedai. Tapi, bila dah bercuti panjang berela-ela, memang tidaklah untuk meng'update' sebarang cerita dalam masa yang pantas. Sibuk dengan hal2 lain. Kononnya! Wink..wink..

So, untuk entry yang pertama selepas bercuti panjang, cik ain nak share sikit2 gambar ketika menyambut syawal bersama ahli keluarga beberapa minggu yang lepas. Tapi sedikit kiciwa sebab tak banyak gambar yang dapat di'snap' memandangkan tetamu yang datang ke rumah tanpa henti. :'(

raya pertama dgn adik bongsu..

cik wa masa raya kedua

dgn anak2 buah

cik wa yg glamour

kami!

raya kedua

konon2..haha

kakak farisha


mereka bertiga

~SELAMAT HARI RAYA~



~ TERIMA KASIH SUDI BACA ENTRY CIK AIN.. SINGGAH LAGI TAU! ~

cOreTaNdAiF oLeh Cik Ain at Monday, September 03, 2012
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
0 oRaNg cOmeL DaH MinUm KoPi
Subscribe to: Posts (Atom)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

..:AhLan WasAhLan:..

..:KePunYaAn EmPaYar:..

nurul ain haji jamli
24 april 1990
kuala kangsar, perak
penulis & blogger
dah jadi PUAN

kLik..kLik..

..:iMpiAn HatI:..

"Ya ALLAH, jaDikAn Aku WaNitA sOLehAh...yaNg bAik dI anTarA yAnG tErbAiK...kUrnIaKan jUgA PenDamPinG yAng BaIk daLam HiDupKu...baGi mEndApaTkAn SesUaTu YaNg TerBaIk dAri-Mu...aMin yA RaBb..."

..:pEcEbuK:..

Nurul Ain Haji Jamly

Create Your Badge

cE kOmE tRy bAce!!

  • ►  2013 (47)
    • ►  October (3)
    • ►  September (8)
    • ►  August (4)
    • ►  July (7)
    • ►  June (6)
    • ►  May (4)
    • ►  April (3)
    • ►  March (3)
    • ►  February (3)
    • ►  January (6)
  • ▼  2012 (78)
    • ►  December (8)
    • ►  November (2)
    • ►  October (6)
    • ▼  September (9)
      • Mengertilah..Walau Sedikit Cuma
      • ~Untuk Tiga Hari~
      • Review Novel : Takdir Itu Milik Aku
      • Review Novel : My Love Is Playgirl
      • Aku Sudah Bebas!!!
      • Adab Tinggal Sebilik/Serumah
      • Sampul Duit Raya Yang Cumel
      • Makan Time : SEOUL GARDEN
      • Nak Mula Dari Mana Ni?!
    • ►  August (2)
    • ►  July (8)
    • ►  June (12)
    • ►  May (14)
    • ►  April (9)
    • ►  March (1)
    • ►  February (6)
    • ►  January (1)
  • ►  2011 (79)
    • ►  December (7)
    • ►  November (10)
    • ►  October (10)
    • ►  September (7)
    • ►  August (32)
    • ►  June (7)
    • ►  May (6)

..:FoLLowErS:..

..:i foLLow u:..

  • Blog Cik Nurfarah
    HI 2025
  • Jia creatifelt
    Harry Potter Et Les Reliques De La Mort : 1ère Partie (2010) Watch Full Movie Streaming Online
  • Warong Makcik Senah
    Watch Clifton Hill 2019 Free Online
  • Kisah BudaxXx Montel ^^
    Watch Cardboard Boxer 2016 Free Online
  • Entirely Of Flaws
    Bank Indonesia Memberi Penghargaan Atas Pelaporan Uang Palsu
  • ♥cOraT cOret NusHA ♥
    TRAGEDI OKTOBER : Duit bagi tapi tak cukup!
  • TAMU JAJAKRAF
    NOTICE BOARD
  • ~BabyComel~ Hanya insan Biasa
    Suratan Takdir Gersang Kisah Si Curang
  • I CANT HEAR THE SILENT MELODIES
    Jual Obat Maximoz Peningkat Vitalitas, Stamina Dan Obat Ejakulasi Dini Di Sidoarjo
  • Nurhafizah ❤
    5 Tips Bagaimana Menjaga Fikiran Positif Setiap Hari
  • Wanita Melayu Akhir Zaman
    J-Pace SUV Review 2018
  • SaHaBaT BUKIT BOTAK
    Ninja : Genap 1 Tahun 4 Bulan
  • silenceaneesa ♥
    Langkah Memberi warna Baju Dengan Wantex supaya Sembuh Seperti Baru Lagi
  • Reading is the most relaxing moment. (I'm only eighteen)
    Siri Kak Senah: Misteri Kasih Mansion 5
  • BILA KATA HATI MENULIS
    Terus Mencintaimu
  • Wardah Alisya
    8 tahun usia Wardah Alisya
  • Dazzi Lurzzi Official Blog
    Redha 2016 Movie Hack Full
  • ya allah kuatkan hati kami
    Obat herbal murah berkhasiat paling ampuh
  • oLd_sChOoL
    Selangor Juara Piala Malaysia, Kenduri Kahwin Member Lebih Penting
  • [ hujung peNa... papan kekuNci ]
    "Letihlah nak pikir duit..."
  • JoY AnD SoRrOw
    FiRsT eNtRy FoR tHiS yEaR
  • Anas Muallim
    Cuti yang panjang
  • segalanyamungkin
    BAKTI SISWA TERENGGANU (KAMPUNG SEBERANG TAKIR)
  • ! ~ Salam Ukhuwah ~ !
    Giveaway dan Lucky Draw
  • misyaain amna
    TANDA HIDUP TAK BERKAT
  • ^◕‿◕^
    UPDATE NEW STOCK ** MEN'S SHIRTS **
  • The Karl Nyzam™
    Erti Sebuah Kemaafan
  • col0ur ur life
    Tukar Lagi.
  • kami craft
    Pek Kombo Tona~~ Murah Gilaa~~~!!!
  • Abu HurairaH
  • My Life
    Hujung Minggu
  • ~~ ketulusan hati ~~
    Dia kekasih aTi Qu...
  • ♥ CATATAN SEORANG HAMBA ♥
    ♥ KISAH MAYAT MEMBACA SURAH YASSIN DI MEKAH ♥
  • maiza husna
  • PERCUTIAN TERINDAH
    PAKEJ 3HARI 2MALAM DI PANGKOR
  • ! .. ✿Ɖαʏα Ƭнɛ Ƨιϰтн✿ .. !
    Korean Fashion :)
  • Ibnu Sina ATC
    Sekitar Karnival Ekonomi Muslim
  • ~liFeminEswEEtsoUr~
  • Celoteh Deqyah Pegeon~
  • Triple L
  • JuZ a sImPLe guRL DiaRy
  • BerLARI ke LANGIT
  • ♥
  • Muni Izzah
  • ♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•.♫•♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•.♫• ♫•*¨*•.¸¸
  • vip eema..
  • Eimma
  • kedai mu
  • Hafiz Hamidun
  • Seek ONLY for MARDHOTILLAH
  • BLOG ALAN
  • ✿ Missz.Nana.Punyer.Cerita ✿
  • ..sEriKanDi isLaM..
  • *sUkA-suKi DunIakU*
  • hello !!!
Backgrounds & Flower Backgrounds
Powered by Blogger.