Alhamdulillah...syukur ke hadrat Illahi kerana masih memberi peluang kepada aku untuk terus mencoretkan sedikit kalimah jiwa yang terlalu sukar untuk diluahkan dengan kata2. Ya Allah...kuatkanlah hati ini untuk menempuh hari2 mendatang. Ameen...
Dia kembali bahagia. Ya..syukur alhamdulillah. Ini adalah antara hadiah terbaik dalam hidupku. Kesedihan dia bermula dari aku. Sudah pasti kebahagiaan seterusnya bukan berpunca dariku. Berbahagialah kamu. Berbahagia dengan insan selayaknya..
Sering aku tuturkan bahawa kebahagiaan dia adalah kebahagiaan buatku juga. Tidak pernah putus aku berdoa agar dia dikurniakan seorang pendamping yang lebih hebat dariku. Yang lebih sempurna dimatamu. Dulu dia bilang aku sudah cukup sempurna. Tetapi, setiap kali ayat itu yang dilontarkan aku tidak pernah yakin. Entah mengapa diri ini dapat merasakan, aku tidak sesempurna tuturanmu itu. Malah lebih terserlah kecacatan pada diriku ini.
Aku yakin, dia bisa kembali pulih atas kesakitan yang aku berikan. Aku sudah cukup mengenali dia. Dia seorang yang kuat, berkeyakinan, tidak mudah putus asa. Berbeza sekali dengan aku yang lemah. Lemah serba serbi..
Apabila melihat dia kembali tersenyum, membuatkan aku menitiskan air mata. Syukur..aku semakin jelas dengan hikmah atas dugaan yang menimpa kita. Kita punya hala tuju yang berbeza. Tetapi doaku agar dia terus menuju kebahagiaan yang diimpikan selama ini. Aku tidak mampu memberi, malah aku berhenti dipertengahan jalan.
Maaf..maaf..hanya itu yang mampu aku tuturkan. Betapa lemah diri ini. Walaupun kita semakin jauh tetapi hati tetap mengatakan antara kita masih punya ukhuwah. Ukhuwah persahabatan. Senang sekali apabila ianya terjadi. Kini, tanggungjawabku adalah untuk mendoakan kebahagiaan sahabat2ku.
Begitu juga kebahagiaan dia. Andai ditakdirkan dia menemui kebahagiaannya terlebih dahulu, aku langsung tidak akan mengeluh atau tidak berpuas hati. Kerana dia yang lebih disakiti berbanding diri ini. Malah dia lebih layak untuk tersenyum berbanding aku.
Percayalah sahabat, aku melakukan semua ini bukan atas kepentingan diri. Tetapi untuk lebih memuhasabah diri. Bimbang...bimbang dalam talian itu kita semakin jauh. Jauh dari redhaNYA. Aku juga tidak sesekali akan mengaku bahawa aku kini telah berkorban. Berkorban untuk apa? Tidak sama sekali.
Kini, dia sudah mula mengecapi bahagia untuk kesekian kali. Aku? Hanya Allah tempat aku mengadu. Biar beribu kata2 menzahirkan aku kini telah bahagia. Hakikatnya, biarlah hanya antara aku dan DIA di atas sana. Bahagia aku mungkin lain coraknya. Bahagia aku mungkin berbeza rasanya. Bahagia aku juga mungkin lebih sukar definisinya.
Biarlah sebagaimana bentuknya, aku beryukur apa adanya...dia...maafkan aku, pandanglah kehadapan kerana di sana bahagia yang selayaknya buat kamu...aku...biarlah di sini, secebis doa darimu sudah cukup untuk aku melakar semula bahagia yang bakal aku nikmati walaupun sedikit cuma...
p/s : maaf atas penggunaan bahasa 'AKU'... (>_<)
semoga kak ain lebih tabah:)
ReplyDeletela takhof wala tahzan...innallahamaana
syukran dear.. :)
Delete