-->
~CoretanSiPenaDaif~

..Pilih Mana Suka..

  • bola (1)
  • cerita ain (46)
  • cerpen (2)
  • cinta (18)
  • filem (1)
  • ilmu (1)
  • kata2 hikmah (2)
  • kecewa (4)
  • kekasih (1)
  • kereta (1)
  • kesihatan (3)
  • lagu (3)
  • langkawi (4)
  • lirik (2)
  • makan (3)
  • minat (1)
  • movie (1)
  • nasyid (1)
  • novel (5)
  • Novel : Segalanya Mungkin (36)
  • pandangan (10)
  • pengajaran (2)
  • pengalaman (21)
  • percutian (6)
  • perempuan (2)
  • perkongsian (21)
  • persoalan (3)
  • promot (17)
  • puisi (5)
  • ramadhan (6)
  • raya (6)
  • renungan (2)
  • resepi (19)
  • rindu (5)
  • rumahtangga (2)
  • sabah (2)
  • sahabat (4)
  • soal hati (5)
  • walimah (15)

3/5 Bintang Untuk Mael Lambong


Salam Jumaat semua!

Sebenarnya semalam dah nak update pasal movie Mael Lambong ni. Tapi langsung tak ada masa nak menempek dalam blog ni. File tengah bertimbun atas meja. Ni pun curi2 masa sikit. Hilangkan ngantuk sekali. (alasan!)..haha.. Korang jangan ngadu kat bos cik ain pulak. Kang tak pasal2 dia bagi naik gaji lagi. Ahaks..

2 hari lepas cik ain sempat pergi tengok movie ML walaupun tayangan rasminya semalam. So, pergi awal sehari la. Honestly, cik ain memang kurang berminat cerita melayu. Ngade kan? Hehe.. Tapi cik ain punya sebab kenapa tak suka cerita melayu. Wink..wink..disebabkan pelakon utamanya cik ain minat (ZIZAN), cik ain tengok jugak la.

Haaa...tapi siyes rasa tak menyesal. Tak kering gusi tengok zizan buat lawak ditambah pulak dengan beberapa orang pelakon yang boleh tahan kelakarnya. >_< Part yang akhir2 paling cute. Apa dia?? Tengok la sendiri. Hehe..

So, siapa yang tak tengok lagi dipersilakan! Cik ain tak nak komen lebih2 sebab nanti kalau korang tengok cerita tu & langsung tak menepati selera korang, tak pasal2 rumah cik ain kena bakor...weee...


Harap2 lepas ni keluar movie bestfriend dia pulak. AH CAI! Wahaha...kompom gi tengok.

~SELAMAT MENONTON~



p/s : kalau cerita melayu dengan tamil movie, cik ain pilih tamil movie larhhhh....ekeke..



~ TERIMA KASIH SUDI BACA ENTRY CIK AIN.. SINGGAH LAGI TAU! ~

cOreTaNdAiF oLeh Cik Ain at Friday, June 22, 2012
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
0 oRaNg cOmeL DaH MinUm KoPi

(Jerebu) Di Jiwa



Waahh...tajuk nak hot je kan. Haha.. Padahal tak ada kaitan dengan jiwa @ hati @ perasaan. Sudah2 la bercakap soal hatikan? Muak! >_< So, yang cik ain nak guna pakai sekarang adalah perkataan JEREBU. Yang DI JIWA tu simpan la dalam poket doraemon masing2..weee..

Sekarang ni cuaca di Penang boleh dikatakan dipenuhi dengan jerebu yang sederhana. Kabur mata dibuatnya. Dengan cuaca panas lagi. Ujian...tidur malam kalau tak berkipas memang boleh meroyan. Ingat, jangan ambil mudah dengan masalah jerebu ni. Sebab banyak sangat kesan buruk yang mana tubuh badan kita akan terima. Apa dia? Jom lompat!

>> sesak nafas @ sukar untuk bernafas
>> mata pedih & berair
>> hidung berair & kerap bersin
>> kulit badan gatal2
>> sakit dada

Sebenarnya banyak lagi kesan sampingan kalau kita ambil mudah soal jerebu ni. Jangan... kadang2 dari masalah kesihatan yang sikit boleh merebak kepada yang paling besar.

~jaga kesihatan..jaga diri..jaga iman~ 



~ TERIMA KASIH SUDI BACA ENTRY CIK AIN.. SINGGAH LAGI TAU! ~

cOreTaNdAiF oLeh Cik Ain at Thursday, June 21, 2012
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
0 oRaNg cOmeL DaH MinUm KoPi

Opah Dijemput Illahi


Salam kerinduan buat semua. Alhamdulillah, masih berkedip-kedip mata ni rupanya. Kiranya Allah lanjutkan lagi usia cik ain untuk hari ini. >_< yang pasti kematian itu masih setia menunggu kita hingga masanya tiba.

Ada awal pasti ada akhir. Ada hujung mesti adanya pangkal. Begitu juga dengan yang hidup. Pasti ada kematian buatnya. Pada tarikh 17/06/2012 sekitar jam 9.30 malam opah cik ain telah pun menghembuskan nafas terakhir akibat sakit tua.

Cik ain menerima berita tersebut sekitar jam 10 malam. Innalillah...opah kembali jua kepada penciptaNYA. Beliau selamat dikebumikan di Lahar Kepar, Kepala Batas, P.Pinang. Kerana kematian beliau berlaku pada sebelah malam, ahli keluarga membuat keputusan untuk mengebumikan jenazah pada sebelah pagi Isnin semalam (18/06/2012). Sementara menunggu kehadiran cucu & cicit yang berada jauh dari kediamannya.

Alhamdulillah, sebelum jam 12 tengahari segala2nya selesai. Mudah sahaja urusannya. Sedikit coretan tentang arwah opah cik ain. Melihat pada sijil kematiannya, arwah sudah berumur 94 tahun. Tetapi apa yang dimaklumkan oleh ibu2 saudara & yang lain, usia arwah yang sebenar sudah melebihi 100tahun. Malahan dia menjadi wanita tertua di kampungnya. Begitu sekali Allah panjangkan usia beliau. Kita bagaimana??

Sebelum pergi menghadap Illahi sudah hampir 2 minggu arwah tidak dapat menjamah sebarang makanan. Bayangkan sajalah bagaimana mahu ada tenaga jika langsung tidak menjamah makanan. Mungkin sudah ajal, tiada siapa yang bisa menghalangnya.

Benarlah setiap yang berlaku pasti ada hikmah. Semalam boleh dikatakan keseluruhan anak2, cucu2, cicit2 arwah Khadijah berkumpul di rumahnya. Kalah suasana ketika hari raya. Yang tak pernah berjumpa kembali bersua, yang jauh didekatkan & dekat semakin erat. :)

Tetapi ada beberapa perkara yang buat cik ain kurang bersetuju dengan cara orang (kampung opah) menghadapi hari kematian. Malah sedikit bertentangan dengan tuntutan agama & suruhan Rasulullah. Antaranya, yang mana menyuruh kaum wanita sama2 mengiringi jenazah ke kubur. Ingin dijelaskan di sini bahawa ianya tidak jatuh kepada hukum HARAM tetapi ianya berlawanan dengan sunnah nabi. Ianya berdasarkan hadith ini :

Al-Bukhari (1219) dan Muslim (938) meriwayatkan daripada Ummu ‘Atiyyah r.a. katanya: “Kami telah dilarang daripada mengikuti (mengiringi) jenazah. Walaubagaimanapun, (larangan tersebut) tidak dikuatkan ke atas kami (tidak sampai ke tahap diharamkan).”

Semalam cik ain & adik-beradik yang lain digesa juga oleh yang lain untuk ke tanah perkuburan. Mujurlah kami adik-beradik masih berpegang teguh pada 'larangan' yang telah ditetapkan. Biarlah ada yang mempertikaikan tindakan kami adik beradik seperti tidak mahu menghormati si mati, tetapi menyedekahkan AL-FATIHAH adalah penghormatan yang terbaik.


pergi jua... :'(

Hal yang kedua adalah berkaitan dengan solat jenazah. Cik ain sangat terkejut apabila dikhabarkan bahawa penduduk di sana apabila dibayar untuk solat jenazah baru mereka datang. Memang ramailah yang hadir  sebabnya diberikan duit. Apabila tiba masa untk membawa jenazah ke kubur untuk dikebumikan hanya tinggal beberapa kerat sahaja. Inilah yang terjadi pada tempoh hari. Tetapi pada yang berniat ikhlas cik ain kecualikanlah.

Inilah dunia akhir zaman. Sedih bukan? Hal2 seperti ini pun manusia sudah mahu diberi upah. Sudah mahu berkira. Nauzubillah..

Kini terserahlah pada diri kita sendiri bagaimana mahu mencorak masyarakat pada masa akan datang. Kalau terus dibiarkan tanpa sebarang tindakan, maka makin binasalah keperibadiaan sekalian manusia. Yang penting ubah diri sendiri terlebih dahulu berbanding orang lain. InsyAllah..Moga Allah redha, moga Allah berkati.

Cik ain kirimkan Al-Fatihah buat opah di sana sebagai tanda sayangnya cik ain pada opah selama ini. Moga opah ditempatkan di kalangan orang yang beriman & bertaqwa.

~AL-FATIHAH~




~ TERIMA KASIH SUDI BACA ENTRY CIK AIN.. SINGGAH LAGI TAU! ~

cOreTaNdAiF oLeh Cik Ain at Tuesday, June 19, 2012
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
0 oRaNg cOmeL DaH MinUm KoPi

Cik Skuter Sakit..


Saya stressss! Rasa nak berlari sambil menjerit..."tolong..tolong.."

Cik skuter dah sakit 2 hari. Langsung tak boleh start. Adakah enjinnya sudah tercabut? Tidakkk... Sekali lagi rasa nak pergi dekat cik skuter nak pulas tinge dia nak jerit.."kenapa kau selalu susahkan aku haaa? Boleh tak jangan nak mengada2! Lempang sikit pipi! Bese sangat tu..beli baru kang tau pulak nangis..haaa.."

Ini bermakna dah 2 hari cik ain pergi kerja dengan cara lain. Semalam adalah kenangan terindah selama hampir 2 tahun bekerja dekat sini. Dengan segala hormatnya cik ain maklumkan, semalam cik ain pergi kerja jalan kaki! Sangatlah aman & damai...alah, setakat berjalan 40minit apalah sangat. Cuma rasa macam nak tercabut kaki je..wink..wink.. :p

Hari ni? Hari ni special sikit. Uhuk3..mujur cik yani berbesar hati nak hantar cik ain pergi kerja. Kalau tidak jalan guna lutut la pulak. Adeyhhh...ni la masalahnya orang perempuan. Time elok guna tak hingat dunia, rosak sikit terus hilang punca (cik ain lah orangnya! haha..)

Ehhh..tapi cik ain pandai tongkat 2 apa...pandai start guna manual walaupun ada starter! Haaa...hebatkan? Harus dapat award jugak!

Tapi kali ni cik ain tak berdaya dah nak menggodeknya. Letih serba serbi...tengah melancarkan rajuk dengan cik skuter. Nak marah, dialah yang banyak membantu pun. Huhu..pasrah..pasrah..
tolong la sihat balik cik skuter...capek niii... :'(


p/s : sapa2 yg teringin nak pakai skuter tu tukar la fikiran beli yg biasa. susah nak jaganya..believe me! >_<




~ TERIMA KASIH SUDI BACA ENTRY CIK AIN.. SINGGAH LAGI TAU! ~

cOreTaNdAiF oLeh Cik Ain at Friday, June 15, 2012
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
0 oRaNg cOmeL DaH MinUm KoPi

[ Endless Love...berakhir jua ]


Sob..sob..korang tengok tak EL episod akhir semalam? Waaa..kejam..kejam.. :'(

Cik ain tak dapat nak tengok waktu petang tu. Sebab masih di office. So, malam semalam cik ain tengok dekat tonton

Ya ampun..sedihnya. Menitik2 air mata. Haha..tambahan tengok semua pelakon2 dia pandai menangis. Lagi la sebak. Korang pun tau kan EL ni adaptasi dari filem korea Autumn In My Heart. Walaupun dah tahu ending dia macam mana tapi tetap nak tengok jugak. Tak kira! :p

EL pun bukan sepenuhnya meniru cerita AIMH. Masih ada kelainan. Last episode pun masih ada perubahan. Terbaik! Wink..wink..

So, sesiapa yang tak tengok episode akhir EL lagi boleh terjah dekat SINI. Kalau segan bagi orang tengok korang menangis, gi tengok dalam almari baju ok! >_<

~endless love~



~ TERIMA KASIH SUDI BACA ENTRY CIK AIN.. SINGGAH LAGI TAU! ~

cOreTaNdAiF oLeh Cik Ain at Wednesday, June 13, 2012
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
0 oRaNg cOmeL DaH MinUm KoPi

Dia kembali bahagia...Ameen


Alhamdulillah...syukur ke hadrat Illahi kerana masih memberi peluang kepada aku untuk terus mencoretkan sedikit kalimah jiwa yang terlalu sukar untuk diluahkan dengan kata2. Ya Allah...kuatkanlah hati ini untuk menempuh hari2 mendatang. Ameen...

Dia kembali bahagia. Ya..syukur alhamdulillah. Ini adalah antara hadiah terbaik dalam hidupku. Kesedihan dia bermula dari aku. Sudah pasti kebahagiaan seterusnya bukan berpunca dariku. Berbahagialah kamu. Berbahagia dengan insan selayaknya..

Sering aku tuturkan bahawa kebahagiaan dia adalah kebahagiaan buatku juga. Tidak pernah putus aku berdoa agar dia dikurniakan seorang pendamping yang lebih hebat dariku. Yang lebih sempurna dimatamu. Dulu dia bilang aku sudah cukup sempurna. Tetapi, setiap kali ayat itu yang dilontarkan aku tidak pernah yakin. Entah mengapa diri ini dapat merasakan, aku tidak sesempurna tuturanmu itu. Malah lebih terserlah kecacatan pada diriku ini.

Aku yakin, dia bisa kembali pulih atas kesakitan yang aku berikan. Aku sudah cukup mengenali dia. Dia seorang yang kuat, berkeyakinan, tidak mudah putus asa. Berbeza sekali dengan aku yang lemah. Lemah serba serbi..

Apabila melihat dia kembali tersenyum, membuatkan aku menitiskan air mata. Syukur..aku semakin jelas dengan hikmah atas dugaan yang menimpa kita. Kita punya hala tuju yang berbeza. Tetapi doaku agar dia terus menuju kebahagiaan yang diimpikan selama ini. Aku tidak mampu memberi, malah aku berhenti dipertengahan jalan.

Maaf..maaf..hanya itu yang mampu aku tuturkan. Betapa lemah diri ini. Walaupun kita semakin jauh tetapi hati tetap mengatakan antara kita masih punya ukhuwah. Ukhuwah persahabatan. Senang sekali apabila ianya terjadi. Kini, tanggungjawabku adalah untuk mendoakan kebahagiaan sahabat2ku.

Begitu juga kebahagiaan dia. Andai ditakdirkan dia menemui kebahagiaannya terlebih dahulu, aku langsung tidak akan mengeluh atau tidak berpuas hati. Kerana dia yang lebih disakiti berbanding diri ini. Malah dia lebih layak untuk tersenyum berbanding aku.

Percayalah sahabat, aku melakukan semua ini bukan atas kepentingan diri. Tetapi untuk lebih memuhasabah diri. Bimbang...bimbang dalam talian itu kita semakin jauh. Jauh dari redhaNYA. Aku juga tidak sesekali akan mengaku bahawa aku kini telah berkorban. Berkorban untuk apa? Tidak sama sekali.

Kini, dia sudah mula mengecapi bahagia untuk kesekian kali. Aku? Hanya Allah tempat aku mengadu. Biar beribu kata2 menzahirkan aku kini telah bahagia. Hakikatnya, biarlah hanya antara aku dan DIA di atas sana. Bahagia aku mungkin lain coraknya. Bahagia aku mungkin berbeza rasanya. Bahagia aku juga mungkin lebih sukar definisinya.

Biarlah sebagaimana bentuknya, aku beryukur apa adanya...dia...maafkan aku, pandanglah kehadapan kerana di sana bahagia yang selayaknya buat kamu...aku...biarlah di sini, secebis doa darimu sudah cukup untuk aku melakar semula bahagia yang bakal aku nikmati walaupun sedikit cuma...





p/s : maaf atas penggunaan bahasa 'AKU'... (>_<)





~ TERIMA KASIH SUDI BACA ENTRY CIK AIN.. SINGGAH LAGI TAU! ~

cOreTaNdAiF oLeh Cik Ain at Wednesday, June 13, 2012
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
2 oRaNg cOmeL DaH MinUm KoPi

Public Phone!

Salam sejahtera kamu, kamu & kamu! Sihat x kamu semua ni? Kalau tak sihat jom berguling di depan tv. (mood : rasa nak balik rumah & tido sampai esok) Letihhhh... :(

Hayyyarghhh....semangat! Semangat! :)

Biasa la hari isnin. Semua orang buat2 letih, buat2 tak ada mood, buat2 nak bermanja. Ahaks..pi rah! Diri sendiri (cik ain) yang pemalas, tetiba nak menyalahkan hari Isnin. Wink..wink..

Hari ni memulakan rutin seperti biasa. Pergi kerja dengan skuter. Sambil2 mata menjeling orang sekeliling. (itu pun kalau tak lambat ke office, kalau tidak pecut macam bikut tiger) haha...

Pagi tadi dalam sejarah(setelah sekian lama) tengok ada sorang mamat ni guna public phone. Ada lagi ek public phone?? Ececeh...buat2 lupa diri pulak cik ain ni. Eleh, korang pun sama kan? Wehehe..

Dah lama betul cik ain tak tengok orang guna public phone. Maklum jelah, konsep yang diguna pakai sekarang adalah, "SATU KEPALA, SATU HANDPHONE". Betulkan? Pergi la tanya budak darjah 2 pun dah pakai handset sendiri tau!

Cik ain dulu, lepas Form 5 baru ada handphone sendiri! Tapi cik ain sikit pun tak kisah. Bersyukur sangat bila lambat kenal handphone.Wink..wink..

Teringat balik masa zaman2 pak kadok yang mana public phone la yang menjadi tempat bertenggek paling best! Haha... Eleh, jangan nak menafikan. (O_O) Malah, public phone la yang menjadikan manusia2 kat dunia ni pantang nampak duit syiling. Mesti dia nak rembat. Betulkan? Ahaks..

Sekarang ni dah lain. Public phone orang tak pandang dah. Cik ain sendiri pun kadang2 tak tahu yang public phone ni masih berfungsi atau tak. Dulu kalau pergi kat public phone yang rosak mesti nak tendang2 tiang telefon tu. Wakaka... Geram sebab tak boleh telefon pakwe. Bukan cik ain ek! >_<

Sekarang ni, ya ampun. Dengan pelbagai tawaran hebat & murah dari pelbagai rangkaian telefon, orang lebih mudah menggunakan handphone berbanding public phone kan? Yelah, sapa yang nak susah2 menapak ke public phone semata-mata nak telefon someone. Dah la tak ada privasikan? Duk sedap bercakap, orang belakang dah hentak2 kaki! Tak sabar nak guna pulak. Haha...

Tambahan pulak handphone sekarang ni dah canggih2. Tak ada maknanya nak tekan2 keypad macam dulu. Semua touchscreen. Konon! Weee...

Tapi kita jangan lupa, public phone jugak banyak membantu kita pada satu masa dulu. Boleh jugak dijadikan alat penghubungkan? So, jangan lupa diri sangatlah! Haha...

semangat...!toink..toink..






~ TERIMA KASIH SUDI BACA ENTRY CIK AIN.. SINGGAH LAGI TAU! ~

cOreTaNdAiF oLeh Cik Ain at Monday, June 11, 2012
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
0 oRaNg cOmeL DaH MinUm KoPi

Dah Khatam! ~KKKC~


Salam Jumaat semua! Toink..toink..pening masih tak hilang! (terlanggar pintu bilik air pagi tadi) :'(

Akhirnya khatam jugak baca Novel KAN KU KEJAR CINTAMU by Fauziah Ashari. Mak aii.. 2 minggu ambil masa nak habiskan 1 novel. Semput dibuatnya.

Korang kenal x siapa Fauziah Ashari ni? Opkos tau kan! Penulis novel OMBAK RINDU. Filem Ombak Rindu yang ramai giler peminatnya tu. Cop33! Kecuali cik ain. wink..wink.. Onesli, cik ain TAK SUKA filem dia. Novel dia memang super duper best. Tapi filem dia..ermm...*&%#%$

So, nak share sikit tentang KKKC. Karya terbaru Fauziah Ashari.

-jalan cerita yang super complicated
-kadang2 rasa macam pening2 sikit baca cerita ni
-ada jugak plot best
-lama sangat Raiyan emnesia =(
-4/10 bintang

So, kepada penggila2 novel yang masih belum mendapatkan novel ni, sila2lah merembat di kedai buku ya? Lain orang lain pendapatnya. Secara jujur, sorry to say sedikit kuciwa dengan karya FA kali ini. :(

Alma + Raiyan


p/s: faham macam mana perasaan orang yang dikritik karyanya. tetapi jadikan kritikan itu sebagai pemangkin untuk karya yang seterusnya. ^_*



~ TERIMA KASIH SUDI BACA ENTRY CIK AIN.. SINGGAH LAGI TAU! ~

cOreTaNdAiF oLeh Cik Ain at Friday, June 08, 2012
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
0 oRaNg cOmeL DaH MinUm KoPi

Hukum Memakai Gelang Kaki


Salam sejahtera buat semua >_<

Alhamdulillah, lega sikit sebab kerja dekat opis dah siap! So, bolehlah luangkan sikit masa dekat sinikan? Hanya sekadar menambah ilmu pengetahuan. Tambah & kongsi. Itulah tujuannya.

Mungkin ramai yang dah tahu tapi buat2 tak tahu berkaitan dengan hukum memakai gelang kaki. Haa..sebenarnya selepas mengetahui hukum sebenar cik ain pun ada perasaan sedikit frust. Sebab sebelum ni cik ain pun pakai gelang kaki jugak. Siap berloceng lagi tu. Tapi dalam frust tu ada syukurnya kerana tidak terus lalai.

Sebelum ni pernah la dengar tentang hukum memakai gelang kaki berloceng. Tapi buat dek je. Sampailah ditegur oleh seseorang yang benar2 menyedarkan cik ain berkaitan dengan perkara ini. So, sebelum terima bulat2 teguran tu cik ain cari la dalil2 & info yang kukuh.

Rupanya pakai gelang kaki pun ada 2 style. YANG BERLOCENG & TANPA LOCENG. Masing2 ada hukum tertentu mengikut sebab musababnya.

GELANG KAKI YANG BERLOCENG hukumnya HARAM. Kenapa? Ianya jelas diterangkan dalam Firman Allah Taala yang bermaksud :

“Dan Katakanlah kepada perempuan-perempuan Yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali Yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya Dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki Yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak Yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa Yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Wahai orang-orang Yang beriman, supaya kamu berjaya.” (An-Nur : 31)

Ia menjadi HARAM apabila bunyi loceng yang kuat itu memang bertujuan untuk menarik perhatian yang bukan mahram dengannya untuk melihat ke arah beliau dan jelas mahu menunjukkan kecantikan pada si polan2 tersebut. Itulah yang dinamakan NIAT. Malah malaikat Rahmat tidak akan mendekatinya berdasarkan Hadith Rasulullah yang bermakasud :

“Tiada menyertai malaikat Rahmat bersama jamaah (kumpulan) yang ada di dalamnya anjing dan loceng” (Riwayat Tarmizi)

Sudah jelas bukan?

Bagi GELANG KAKI TANPA LOCENG pula hukumnya HARUS. Tetapi ianya juga bergantung pada niat. Bimbang jika ia bertujuan yang sama seperti di atas ia boleh membawa kepada dosa & maksiat. Lebih molek andai gelang kaki itu disembunyikan dengan memakai stokin atau pakaiannya yang labuh.

Sesiapa yang masih memakai gelang kaki berloceng silalah buang loceng tersebut jika masih mahu mengenakan gelang di pergelangan kaki kalian. Bimbang bertambah2 dosa kita tanpa sedar. Hanya sekadar perkongsian yang dirujuk di SINI.

Sekiranya terdapat apa2 kesalahan/salah faham di dalam perbincangan ini jangan malu2 untuk menegur. Cik ain juga mahu belajar! >_<



~ TERIMA KASIH SUDI BACA ENTRY CIK AIN.. SINGGAH LAGI TAU! ~

cOreTaNdAiF oLeh Cik Ain at Thursday, June 07, 2012
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
0 oRaNg cOmeL DaH MinUm KoPi

Khasiat Buah Plum @ Prun


Salam ukhuwah till jannah buat kalian yang disayangi semua >_< Alhamdulillah! Bumi P.Pinang dituruni hujan yang lebat pagi tadi. Moga ianya sentiasa menjadi hujan rahmat bagi mengatasi cuaca panas yang kadang kala melebihi tahap penerimaan manusia yang sentiasa lemah.

Kali ni kita masuk sikit dalam bab kesihatan ya? Bersama dengan saya Dr. Nurul Ain (doktor yang takut darah) bagi mengupas, menyelidik, membongkar & memperkatakan kepada anda tentang KHASIAT BUAH PLUM @ PRUN. Ahaks..

Tahu tak buah plum tu macam mana? Jangan cakap semua tau. Sebab ada di kalangan sahabat2 cik ain tak pernah makan & tak pernah ambil tahu buah plum ni bentuknya bagaimana, rasanya seperti apa bla..bla..bla.. Jom usha apa itu buah plum @ prun.


Comel kan? Dia ala2 epal pun ada. Cuma kecil & lembut sedikit berbanding epal merah. 

Petang ahad yang lepas cik ain ke Jusco Seberang Prai. Tujuan utama adalah kerana memenuhi jemputan housemate cik ain untuk merembat steamboat dekat sana. Dah banyak kali tolak pelawaan dia. So, kali ni cik ain pergi buat pertama kalinya. Tak baik orang dah jemput tapi kita menolakkan?

Lepas menculik steamboat yang membuatkan cik ain sedikit loya, kami bertiga (cik ain+cik pia+cik angah) menuju ke Supermarket Jusco pulak. Bercadang nak beli barang2 dapur. Sampai saja di bahagian buah2an, cik ain ternampak buah plum. Agak lama dah cik ain tak menggeget buah ni. So, teringin punya pasal jom lah menculik 4,5 biji.

Tapi cik ain memang suka buah plum ni. Dulu, masa kecil2 memang tak pernah makan & tahu buah plum ni macamana. Bila sekali orang bagi rasa, terus kata SANGAT LAZAT! Haha.. Rasanya tidak terlalu manis. Tapi kadang2 kalau tersalah beli dapat jugak la yang masam/tawar. So, kalau nak yang manis cik ain boleh tolong belikan. Sebiji caj RM1.50. wink..wink..

Sambil2 makan semalam terasa nak tahu sangat apa kebaikan/kelebihan buah plum ni. So, hari ni bertekad nak cari dengan cik google. Toink..toink..banyaknya khasiat buah plum ni rupanya. So, benda baik jangan segan2 nak berkongsi ya? Nak tahu apa khasiat dia jom cik ain habaq kat hangpa! ^_*

KHASIAT BERSAMA

-mengurangkan berat badan (mengurangkan kolestrol)
-mengurangkan risiko peningkatan tekanan darah
-mengatasi masalah sembelit
-membantu menurunkan risiko kanser usus
-melindungi tubuh dari serangan jantung



Haaa...banyakkan khasiat dia. Nak tahu banyak lagi boleh terjah SINI. Banyak maklumat tambahan yang boleh korang perolehi. So, lepas ni kalau pergi kedai buah jangan lupa beli buah plum sekali ok? Jangan asyik berkepit je dengan  buah epal & anggur. Sangat international la tueww. Wehehe..

Tapi setiap kebaikan pasti terselit sedikit keburukan. So, take note darling!

Plum dan prun dikatakan mengandungi sejumlah oksalat yang sederhana. Individu yang mempunyai sejarah batu buah pinggang mengandungi oksalat perlu menghadkan pengambilan buah plum dan prun







~ TERIMA KASIH SUDI BACA ENTRY CIK AIN.. SINGGAH LAGI TAU! ~

cOreTaNdAiF oLeh Cik Ain at Wednesday, June 06, 2012
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
1 oRaNg cOmeL DaH MinUm KoPi

Lain Orang Lain Caranya



Tak jawab tandanya tak comei. Baik jawab pat! Wink..wink..

Guna highway jela ek? Mukaddimah panjang2 kang rasa cam naik bus wei tong pulak(bus dekat k.kangsar.. sangat slow) >_<. Cik ain nak kongsi pasal satu komen dekat FB semalam. Walaupun tak ada kaitan dengan cik ain, tapi cik ain sangat33 tertarik dengan pandangan si polan ni.

Yang membuatkan cik ain rasa terkait adalah kerana topic yang dibincangkan adalah berkaitan dengan dunia penulisan (novel). So, opkos ada kaitan dengan jiwa cik ain. Kenapa kita ni mudah sangat judged orang tanpa tahu hujung pangkalnya. Kan? (peringatan untuk cik ain jugak)

Dalam komen si polan tu ada mengatakan penulis2 novel ni tak ramah atau friendly dengan pembaca @ peminat! (sebabnya tak buat fanpage or berkomen2 dgn pembaca dalam FB). Bla..bla..bla..

Ehem33... Tak semua penulis macam tu dik ^_^(cik ain anggap adik la yer). Kalau nak bermesra 24 hours dalam FB kerja macam mana? Study macam mana? Bukan semua penulis duk lepak dekat rumah seharian suntuk. Keadaan penulis tak sama. Ada yang punya kerjaya tetap, ada yang masih menyambung pelajaran.

Kadang2 penulis itu sendiri tak ada masa nak on9 dan sebagainya. So, jangan cepat sangat menuduh seorang penulis itu begitu & begini. Percayalah, penulis mana yang tidak menghargai setiap sokongan, pujian, keramahan & kesantunan para pembaca yang setia mengikuti perkembangan penulisan mereka.

Logik atau tidak apabila kita menghasilkan sesebuah karya yang memang bertujuan untuk berkongsi dengan orang lain tetapi tuan empunya karya pulak sombong. Logik atau tidak? Kadang2 tu tidak terkata rasa bersyukur. Sesetengah penulis hanya mengucap syukur atas penerimaan orang ramai terhadap karyanya.

Lainlah kalau terserlah sikap sombong dan bongkaknya. Sekali lagi cik ain tekankan. Keadaan setiap orang itu tidak sama. Nak tahu tak?? Penulis novel zaman dulu kala ada yang langsung tak menunjukkan diri mereka pada khalayak. Kerana apa? Mereka mahukan pujian, kritikan atau pandangan yang ikhlas. Mahukan keaslian.

Honestly, cik ain mengimpikan seperti itu suatu hari nanti. Biar karya cik ain yang menjadi pengantara bagi si penulis & si pembaca. Tetapi tidak salah sekiranya seorang penulis itu mahu beramah mesra dengan pembacanya. Langsung tidak salah malah orang2 seperti ini boleh dipuji sikapnya.

Tidak mahu menyalahkan mana2 pihak. Kadang2 manusia ini terlalu mengharap balasan atas pemberian. Itu sebab yang baik boleh jadi buruk dan sebaliknya. Cuma sama2lah kita berfikir sebelum melontarkan apa2 pandangan. Biar lebih cool. >_< wink..wink..


menulislah kerana keikhlasan..bukan mengharapkan pujian semata2 >_<




p s/: masih menanti...menanti...menanti...AS-SOBRU MINAL IMAN (!)


~ TERIMA KASIH SUDI BACA ENTRY CIK AIN.. SINGGAH LAGI TAU! ~

cOreTaNdAiF oLeh Cik Ain at Tuesday, June 05, 2012
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
0 oRaNg cOmeL DaH MinUm KoPi

Erkk...bayar mahal tapi...


Salam keisninan semua. Hushhh...bila mood awal minggu kurang betul akan terbawak2 la sampai hujung minggu. Yo kah? =(

Mana ada manusia yang sepi tanpa dugaan. Apa da cik ain ni...astaghfirullah... Bukan nak mengeluh, tapi memang dah mengeluh. Haha..

Semenjak dua ni cik ain selalu beli barang on9. Entah kenapa rasa mudah, lebih murah, tak payah penat2 menapak ke kedai tersebut & beberapa kelebihan yang lain. Just bukak web, pilih mana nak beli, bank in duit & dapat la barangnya. MUDAH kan?

Sebelum ni apa2 barang yang cik ain beli ok je. Kiranya macam tu yang cik ain tengok dalam gambar, macam tu la yang cik ain dapat. Tapi minggu lepas...aduhhh...bengangnya!

Cik ain beli apa? Ada la...haha...tapi cik ain beli barang ni dalam bentuk 1 set. Cik ain pilih yang tu sebab ingatkan dialah yang terbaik. Dalam gambar, ya ampun. Lengkap serba serbi. Tapi bila dapat. Waaa.... :'(.. lain beno!

Ingatkan benda tu dapat membantu tapi menyakitkan kepala lagi ada. Huh!
Nak tahu jugak ke apa yang cik ain beli? Mesti tak nak kan? Kan? Kan? Haha...(gelak kiutt) Cik ain beli STARTER KIT FELT. Apa tu?? Pi la suh cik goo (google) carikan. 

Cik ain beli dekat mana & dengan sapa tak perlu la cik ain cerita. Nanti memburukkan business dia pulak. So, cik ain simpan diam2 dalam poket sudah. Paling cik ain tak boleh terima bahagian tutorial. Print langsung tak nampak apa, bentuk2 yang cik ain sendiri musykil & beberapa hal lagi yang cik ain tak puas hati.

Bukan apa, bila kita beli sesuatu dah tentu la kita mahukan kepuasan. Betul tak? Tak betul ek? Tak mo kawan!

Sudah2nya dari mood membara nak mula terus jatuh saham mood cik ain. Akhirnya tersimpan la barang tersebut di satu sudut dalam bilik cik ain. Sob..sob..ganti balik duit kita! :p

Gambar pun cik ain tak nak selit dekat sini. Kang kantoi lak produk mana. Cik ain saja nak meluahkan rasa tak puas hati. So, sorry sebab pinjam perhatian korang kejap. >_<

Tata..titi..tutu.. (puk dinding sebab geram...)






~ TERIMA KASIH SUDI BACA ENTRY CIK AIN.. SINGGAH LAGI TAU! ~

cOreTaNdAiF oLeh Cik Ain at Monday, June 04, 2012
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
0 oRaNg cOmeL DaH MinUm KoPi
Subscribe to: Posts (Atom)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

..:AhLan WasAhLan:..

..:KePunYaAn EmPaYar:..

nurul ain haji jamli
24 april 1990
kuala kangsar, perak
penulis & blogger
dah jadi PUAN

kLik..kLik..

..:iMpiAn HatI:..

"Ya ALLAH, jaDikAn Aku WaNitA sOLehAh...yaNg bAik dI anTarA yAnG tErbAiK...kUrnIaKan jUgA PenDamPinG yAng BaIk daLam HiDupKu...baGi mEndApaTkAn SesUaTu YaNg TerBaIk dAri-Mu...aMin yA RaBb..."

..:pEcEbuK:..

Nurul Ain Haji Jamly

Create Your Badge

cE kOmE tRy bAce!!

  • ►  2013 (47)
    • ►  October (3)
    • ►  September (8)
    • ►  August (4)
    • ►  July (7)
    • ►  June (6)
    • ►  May (4)
    • ►  April (3)
    • ►  March (3)
    • ►  February (3)
    • ►  January (6)
  • ▼  2012 (78)
    • ►  December (8)
    • ►  November (2)
    • ►  October (6)
    • ►  September (9)
    • ►  August (2)
    • ►  July (8)
    • ▼  June (12)
      • 3/5 Bintang Untuk Mael Lambong
      • (Jerebu) Di Jiwa
      • Opah Dijemput Illahi
      • Cik Skuter Sakit..
      • [ Endless Love...berakhir jua ]
      • Dia kembali bahagia...Ameen
      • Public Phone!
      • Dah Khatam! ~KKKC~
      • Hukum Memakai Gelang Kaki
      • Khasiat Buah Plum @ Prun
      • Lain Orang Lain Caranya
      • Erkk...bayar mahal tapi...
    • ►  May (14)
    • ►  April (9)
    • ►  March (1)
    • ►  February (6)
    • ►  January (1)
  • ►  2011 (79)
    • ►  December (7)
    • ►  November (10)
    • ►  October (10)
    • ►  September (7)
    • ►  August (32)
    • ►  June (7)
    • ►  May (6)

..:FoLLowErS:..

..:i foLLow u:..

  • Blog Cik Nurfarah
    HI 2025
  • Jia creatifelt
    Harry Potter Et Les Reliques De La Mort : 1ère Partie (2010) Watch Full Movie Streaming Online
  • Warong Makcik Senah
    Watch Clifton Hill 2019 Free Online
  • Kisah BudaxXx Montel ^^
    Watch Cardboard Boxer 2016 Free Online
  • Entirely Of Flaws
    Bank Indonesia Memberi Penghargaan Atas Pelaporan Uang Palsu
  • ♥cOraT cOret NusHA ♥
    TRAGEDI OKTOBER : Duit bagi tapi tak cukup!
  • TAMU JAJAKRAF
    NOTICE BOARD
  • ~BabyComel~ Hanya insan Biasa
    Suratan Takdir Gersang Kisah Si Curang
  • I CANT HEAR THE SILENT MELODIES
    Jual Obat Maximoz Peningkat Vitalitas, Stamina Dan Obat Ejakulasi Dini Di Sidoarjo
  • Nurhafizah ❤
    5 Tips Bagaimana Menjaga Fikiran Positif Setiap Hari
  • Wanita Melayu Akhir Zaman
    J-Pace SUV Review 2018
  • SaHaBaT BUKIT BOTAK
    Ninja : Genap 1 Tahun 4 Bulan
  • silenceaneesa ♥
    Langkah Memberi warna Baju Dengan Wantex supaya Sembuh Seperti Baru Lagi
  • Reading is the most relaxing moment. (I'm only eighteen)
    Siri Kak Senah: Misteri Kasih Mansion 5
  • BILA KATA HATI MENULIS
    Terus Mencintaimu
  • Wardah Alisya
    8 tahun usia Wardah Alisya
  • Dazzi Lurzzi Official Blog
    Redha 2016 Movie Hack Full
  • ya allah kuatkan hati kami
    Obat herbal murah berkhasiat paling ampuh
  • oLd_sChOoL
    Selangor Juara Piala Malaysia, Kenduri Kahwin Member Lebih Penting
  • [ hujung peNa... papan kekuNci ]
    "Letihlah nak pikir duit..."
  • JoY AnD SoRrOw
    FiRsT eNtRy FoR tHiS yEaR
  • Anas Muallim
    Cuti yang panjang
  • segalanyamungkin
    BAKTI SISWA TERENGGANU (KAMPUNG SEBERANG TAKIR)
  • ! ~ Salam Ukhuwah ~ !
    Giveaway dan Lucky Draw
  • misyaain amna
    TANDA HIDUP TAK BERKAT
  • ^◕‿◕^
    UPDATE NEW STOCK ** MEN'S SHIRTS **
  • The Karl Nyzam™
    Erti Sebuah Kemaafan
  • col0ur ur life
    Tukar Lagi.
  • kami craft
    Pek Kombo Tona~~ Murah Gilaa~~~!!!
  • Abu HurairaH
  • My Life
    Hujung Minggu
  • ~~ ketulusan hati ~~
    Dia kekasih aTi Qu...
  • ♥ CATATAN SEORANG HAMBA ♥
    ♥ KISAH MAYAT MEMBACA SURAH YASSIN DI MEKAH ♥
  • maiza husna
  • PERCUTIAN TERINDAH
    PAKEJ 3HARI 2MALAM DI PANGKOR
  • ! .. ✿Ɖαʏα Ƭнɛ Ƨιϰтн✿ .. !
    Korean Fashion :)
  • Ibnu Sina ATC
    Sekitar Karnival Ekonomi Muslim
  • ~liFeminEswEEtsoUr~
  • Celoteh Deqyah Pegeon~
  • Triple L
  • JuZ a sImPLe guRL DiaRy
  • BerLARI ke LANGIT
  • ♥
  • Muni Izzah
  • ♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•.♫•♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•.♫• ♫•*¨*•.¸¸
  • vip eema..
  • Eimma
  • kedai mu
  • Hafiz Hamidun
  • Seek ONLY for MARDHOTILLAH
  • BLOG ALAN
  • ✿ Missz.Nana.Punyer.Cerita ✿
  • ..sEriKanDi isLaM..
  • *sUkA-suKi DunIakU*
  • hello !!!
Backgrounds & Flower Backgrounds
Powered by Blogger.