Holla2 penuh kerinduan buat semua yang sudi singgah walaupun hanya mahu menjeling peraduan2 baru di sini! =) Dah lama rasanya cik ain tak tempek iklan2 hot dekat dinding kedai kopi ni. Terasa ingin menambah sedikit info pulak. Cuma kali ini, cik ain TAK ADA MOOD nak sharing2 cerita yang lucu, kelakar, ketawa sampai pengsan, berlari tak cukup tanah, baling selipar terkena tikus, makan cili rasa epal atau seangkatan tentera darat dengannya.
Cik ain YAKIN setiap yang bergelar manusia punya episod2 tersendiri dalam kehidupannya. Punya kisah & pengalaman sendiri. Punya rentak hidup sendiri. Tidak kiralah yang dirancang atau datang tanpa diundang. Mungkin entry kali ini lebih bersifat peribadi (sebab dalam hati dah bertekad tidak mahu terlampau berkongsi soal peribadi). Tetapi baca & ambillah perkongsian ini hanya sebagai perkongsian yang berguna. Bukan sebagai fitnah atau apa2 jenis laluan yang mengundang keburukan. Jika tidak memberi apa2 makna pada kalian, abaikan sahaja atau jangan teruskan membaca. ^__*
Tidak mahu sesekali mengeluarkan keluhan untuk entry kali ini kerana keluhan merupakan antara unsur2 yang boleh membawa kepada kelemahan diri. Benarkan? Selama cik ain bernafas hampir 22 tahun, tahun 2012 merupakan tahun yang benar2 menguji, mencermin, menunjukkan betapa sukarnya hidup sebagai WANITA yang sentiasa dikelilingi dengan hikmah & dugaan. Ya, benar2 terasa perit! Tidak mengapa, kehidupan itu sebuah pelajaran (sentiasa mengingati diri).
Sebelum ni tak rasa perit ke? Tak rasa susah ke? Benar, cik ain pernah merasai semua itu tetapi cik ain ulang sekali lagi tahun 2012 merupakan tahun yang benar2 menguji, mencermin, menunjukkan betapa sukarnya hidup sebagai WANITA yang sentiasa dikelilingi dengan hikmah & dugaan.
Jika dibandingkan dengan tahun2 yang lain, tahun 2012 merupakan 'chapter' yang agak susah pada permulaannya. Tetapi tidak mengapa, kehidupan itu pelajarankan? Cik ain berbesar hati untuk kongsikan sedikit pengalaman yang mungkin tidak memberi apa2 improvement, kebaikan, kelebihan atau kekisahan pada diri kalian. Tetapi perkongsian merupakan sesusah2 terjemahan yang mana sukar untuk menimbulkan point dalam penyampaiannya. ^__^
Dalam kehidupan kita mempunyai banyak chapter. Dari satu bab mungkin boleh membawa kepada cabang2 bab kecil yang lain. Selagi Allah Taala memanjangkan umur kita selagi itulah kita tidak akan pernah berhenti belajar. Betulkan? Kerana apa? Kehidupan itu adalah sebuah pelajaran.
Cik ain tidak mahu mencampuri, membincangkan, memperkatakan atau apa2 sahaja berkaitan dengan kehidupan orang lain kerana cik ain juga punya kehidupan sendiri yang tidak pernah habis mahu diulangkaji. Mengapa cik ain katakan bahawa tahun 2012 adalah tahun yang sangat menguji? Mari sini, pinjamkan sedikit masa membaca secebis perkongsian cik ain dengan menggunakan MATA HATI.
PERUBAHAN DIRI
Dugaan >> Pada tahun ini cik ain benar2 berazam mahu merubah diri kepada yang lebih baik. Dari segi pemakaian, sikap, jati diri & akhlak. Tetapi insan mana yang tidak dilanda fitnah apabila mahu melakukan perubahan yang baik. Cik ain pernah diperlekehkan konon2nya 'ketinggalan zaman', 'tak uptodate' & sebagainya. Dan rupa2nya baru cik ain tahu, bila kita berpakaian lebih baik/sopan, diri kita lebih banyak difitnah. Contoh yang berlaku pada cik ain sendiri, 'nak tarik perhatian lelaki la tu', 'mentang2 pakai sopan, ramai la peminat' & macam2 lagi.
Hikmah >> Bila kita melakukan perubahan dengan hati & niat yang IKHLAS, Allah Taala akan mempermudahkan jalan kita. Percayalah! Dengan segala tohmahan2 & fitnah, cik ain menjadi seorang yang lebih kuat. Cik ain lebih mengenali dari mana asalnya cik ain yang dulu. Kadang2 menangis sendiri mengenangkan betapa cik ain jahil selama ini. Dan bila Allah Taala membuka ruang, perjalanan itu lebih tenang. Nasihat cik ain, rajin2lah ke majlis ilmu!
UMUR
Dugaan >> Semakin lama sudah tentu umur kita semakin meningkatkan? Orang kata, 21tahun merupakan tahun kebebasan dari kongkongan ibubapa. Betul ke? Malangnya cik ain tak pernah rasa macam tu. Sebabnya, cik ain sudah lama kehilangan 2 insan tercinta ini. Kehilangan ayahanda & bonda ketika umur cik ain masih mentah. Kini, umur cik ain hampir ke-22tahun. Di mana rasa bebasnya selagi cik ain tidak benar2 dapat berkhidmat untuk ayahanda & bonda cik ain? Dugaan apabila melihat insan lain mampu memeluk, mencium, bermanja dengan 2 insan tersayang ini sekali pun umur sudah melebihi 21tahun. Menangis apabila mengenangkan tiada ibubapa mengiringi ketika mahu mendaftar sebagai 'murid baru'.
Hikmah >> Ramai yang berkata pada cik ain, "kesian, masih muda tapi dah tak ada makayah", "maaf..tak tahu yang kamu dah tak ada makayah..." Hentikan! Hentikan kata2 yang melemahkan semangat. Memang bunyinya sangat kasihan, tetapi dengan kehilangan kedua ibubapa lebih mematangkan diri cik ain. Lebih mengenal erti hidup berdikari tanpa mengharapkan @ menyusahkan orang lain. Biarpun makayah cik ain tidak sempat 'menyekolahkan' cik ain di peringkat yang lebih tinggi, hakikatnya mereka sudah memberi satu pelajaran yang tidak semua orang mampu tempuhi. (Al-Fatihah buat 2 insan tercinta cik ain. Moga kalian ditempatkan di kalangan hamba2 yang beriman & bertaqwa).
WANITA
Dugaan >> Mungkin ada yang setuju, mungkin ada yang tak setuju apabila cik ain katakan, MUDAH SEBENARNYA MENJADI PEREMPUAN tetapi SUKARNYA MENJADI WANITA ISLAM. Sebagai wanita rupa2nya kita banyak mengundang fitnah. Contoh yang cik ain hadapi sendiri, kerana cik ain ada insan bermasam muka. Kerana cik ain ada orang terluka. Kerana cik ain ada manusia yang alpa. Benar! Diri cik ain sering mengundang dosa pada insan2 lain. Cik ain bukan sempurna & tak mungkin akan sempurna!
Hikmah >> Sukarnya menjadi wanita islam jika kita tidak pernah tahu atau mahu mencuba mengikut jalan yang telah diberikan oleh Allah Taala sebagai wanita islam. Tetapi sukar bukan mahu mengistiqamahkan diri? Ingatlah! Wanita mudah masuk syurga malah senang juga untuk masuk neraka. Cik ain bersyukur kerana kesedaran itu semakin hari semakin timbul di hadapan cik ain sendiri. Moga Allah Taala kuatkan hati & naluri cik ain dalam menempuhi hidup yang entah bila penghujungnya.
IMPIAN
Dugaan >> Setiap manusia sudah tentu mempunyai impian. Mungkin sudah terlaksana, mungkin menunggu masa @ mungkin takkan tercapai pun. Impian besar cik ain pada tahun ni ada 2. Apakah? dua2 dalam kategori 'menunggu masa'. Sangat2 menguji kesabaran kerana 2 impian ini akan merubah seluruh kehidupan cik ain selama hampir 22tahun bernafas. Impian yang pertama adalah menanti kelahiran 'anak sulung'. Sesiapa yang mengikuti sisipan kisah hidup cik ain, akan mengerti apa makna 'anak sulung' itu. Cik ain tidak mahu terlampau bercerita mengenai itu kerana ianya masih dalam proses menunggu. Bimbang impian hanya tinggal impian. Impian ke2 adalah bergelar 'makmum' buat bakal 'imam' cik ain. Siapakah? Hanya Allah Taala yang tahu. Tidak pernah putus berdoa agar Allah Taala permudahkan jalan kami & ketemukan cik ain dengan 'imam' yang punya AGAMA & AKHLAK yang mantap!
Hikmah >> Kesabaran yang timbul benar2 mendewasakan cik ain. Cik ain mengerti apa itu sabar. Apa itu ikhlas. Dalam menunggu impian2 ini tercapai, cik ain lebih2kan dalam menuntut ilmu sebagai persediaan. Untuk menempuh kehidupan yang lebih mencabar memerlukan ilmu yang cukup di dada.
SAHABAT
Dugaan >> Kalian pernah rasa punya ramai sahabat tetapi rupanya hanya sedikit yang benar2 bersahabat dengan kita atas dasar keikhlasan. Ya! Tahun ini cik ain lebih mengenali siapa sebenarnya sahabat cik ain. Sangat2 terkilan apabila insan yang cik ain sangka pembawa semangat pada diri rupa2nya akan berjauhan dengan cik ain apabila cik ain ditimpa dugaan. Yang suka membuat sangkaan tanpa mengetahui perkara sebenar. Setelah penat 'mencaci maki', barulah datang semula memohon maaf. Tetapi tidak mengapa, kalian sahabat cik ain dunia akhirat. Memaafkan dengan ikhlas adalah sesusah2 tindakan.
Hikmah >> Apabila cik ain semakin kenal siapa sahabat yang bersahabat kerana Allah Taala bermakna semakin membuaklah kasih sayang cik ain pada mereka. Thanks to Allah kerana memanjangkan persahabatan cik ain dengan seorang sahabat yang kini sedang menuntut ilmu di kota London. Dia benar2 sahabat cik ain dunia akhirat. Walaupun jarak tempat, taraf pendidikan & berbeza waktu, kami tidak pernah terputus hubungan kerana kami bersahabat kerana ALLAH. Dia banyak menasihati & memberi kata2 semangat untuk cik ain teruskan hidup ketika dilanda kedukaan. Tidak menyebut bukan bermakna tidak sayang ya!
KELUARGA
Dugaan >> Cik ain dikurniakan adik beradik yang ramai. 9 beradik semuanya. Cik ain anak yang ke8. Kedua bongsulah kiranya (mahu jugak gelaran bongsu tu). Hidup dalam keluarga yang kecil pun diduga Allah Taala, hidup dalam keluarga besar lagi2lah diuji Allah Taala. Inilah pentingnya bermesyuarah. Apa2 masalah yang timbul selalu2lah bawa berbincang. Terutama kami yang sudah tidak ada sumber rujukan yang hebat iaitu 2 insan tercinta itu tadi.
Hikmah >> Ramai yang mengatakan pada cik ain, "seronoknya ada keluarga besar" Jawapannya, YA! Memang sangat seronok. Cik ain bersyukur sangat walaupun sudah tidak punya kedua ibubapa, cik masih ada kakak2, abang2 & seorang adik yang akrab. Kami sering melakukan aktiviti bersama2. Ada sahaja masa terluang, kami akan makan di luar beramai2, buat aktiviti riadah bersama2 & yang menjadi rutin adalah berkumpul beramai2 di kampung halaman, Kuala Kangsar ketika musim cuti sekolah @ cuti umum yang lain. Jadi, kepada bakal 'imam' cik ain, bersiap sedialah anda untuk masuk ke dalam family besar cik ain. Jangan anggap anda orang luar kerana anda adalah sebahagian dari kami nanti.
PASANGAN HIDUP
Dugaan >> Hakikatnya cik ain kurang selesa bercakap soal ini. Kerana selagi belum termaktub ijab & kabul, hanya Allah Taala yang tahu di mana pasangan hidup cik ain kan? Tetapi tidak mengapa, cik ain hanya bercerita sebagai perkongsian pengalaman yang merupakan pelajaran terbesar dalam hidup cik ain. Manusia memang gemar menjanjikan sesuatu yang dia sendiri tidak pasti. Cik ain juga tidak terkecuali. Cik ain pernah gagal dalam bercinta. Mengapa? Sebab jahil & tidak mahu memahami konsep, "selagi 2 hati belum diijabkabulkan, dia bukan siapa2 buat kita". Cik ain mengambil kesempatan memohon jutaan kemaafan buat 'insan' itu jika dia membaca entry cik ain kali ini. Honestly, cik ain banyak berjanji dengan 'insan' itu tetapi gagal merealisasikan impian beliau. Hanya Allah yang tahu betapa berat dugaan ini. Tetapi cik ain manusia biasa. Cik ain tahu, lihat & fahami keperitan yang dia alami kerana keputusan cik ain, tetapi cik ain tidak mampu mengubahnya. Cik ain tidak akan pernah putus berdoa agar beliau diketemukan dengan wanita yang JAUH LEBIH BAIK dari cik ain. Akhlak serta agamanya. Maafkan cik ain!
Hikmah >> Sesudah selesai satu episod duka, cik ain telah berazam ingin menamatkan 'konsep satu' & mahu menjengah ke 'konsep 2' pada tahun ini. Jika diizin Allah Taala. Dengan istikharah yang cik ain titipkan, cik ain berjumpa dengan jawapannya. Dengan sokongan keluarga, cik ain bertambah kuat untuk menempuhnya. Dengan nasihat rakan taulan, cik ain ingin meneruskan impian ini. Ya Allah, kau permudahkanlah jalan cik ain untuk hajat ini. Cik ain tidak mahu lagi menjadi fitnah buat lelaki2 lain. Cik ain tidak mahu menyusahkan & mengecewakan lelaki2 yang berhajat terhadap hati cik ain. Maaf! Hanya dengan berpegang pada AGAMA & AKHLAK yang ada padanya, cik ain serahkan urusan kita padaNYA.
Inilah yang dinamakan kehidupan itu sebuah pelajaran. Kenapa tidak kita sama2 fikirkan betapa bertuahnya kita diberi nafas oleh Allah Taala untuk merasai betapa nikmatnya sebuah pelajaran yang dianugerahkan oleh Allah Taala tanpa meminta sebarang bayaran. Cik ain tidak mengatakan bahawa cik ain adalah sempurna. Tetapi perlu ditegaskan bahawa cik ain kini sedang mempelajari, memahami, mempraktikalkan 'chapter' kehidupan cik ain bagi tahun 2012. Mungkin kehidupan di masa hadapan lebih mencabar. Tetapi biarlah kehidupan selepas ini sama2 ditempuhi bersama 'imam' cik ain. Ingatlah! Jika sudah terdetik di hati, itu tandanya Allah sayangkan kalian. Jangan lepaskan peluang yang ada hanya semata2 untuk mengejar kepuasan hidup tanpa redhaNYA.
Akhir kalam dari cik ain buat sesiapa yang mungkin sudah boring, mengantuk setaraf cicak, bengang setinggi awan atau pening sehabis masam. Yang buruk datangnya dari cik ain, yang baik2 sudah tentu Allah Taala yang punya. Wallahu'alam...
p/s : jika kamu benar2 mengenali siapa yang hampir dengan kamu, tidak sukar untuk memahami rentak kehidupannya. Setiap yang Allah aturkan punya jalan cerita yang hebat. Pelakonnya adalah kamu! ^__^

Hidup ~ belajar ~ praktikal ~ Istiqamah ^_^
ReplyDeleteNa'am ya ukhti =)
Delete