-->
~CoretanSiPenaDaif~

..Pilih Mana Suka..

  • bola (1)
  • cerita ain (46)
  • cerpen (2)
  • cinta (18)
  • filem (1)
  • ilmu (1)
  • kata2 hikmah (2)
  • kecewa (4)
  • kekasih (1)
  • kereta (1)
  • kesihatan (3)
  • lagu (3)
  • langkawi (4)
  • lirik (2)
  • makan (3)
  • minat (1)
  • movie (1)
  • nasyid (1)
  • novel (5)
  • Novel : Segalanya Mungkin (36)
  • pandangan (10)
  • pengajaran (2)
  • pengalaman (21)
  • percutian (6)
  • perempuan (2)
  • perkongsian (21)
  • persoalan (3)
  • promot (17)
  • puisi (5)
  • ramadhan (6)
  • raya (6)
  • renungan (2)
  • resepi (19)
  • rindu (5)
  • rumahtangga (2)
  • sabah (2)
  • sahabat (4)
  • soal hati (5)
  • walimah (15)

.....Buat Bakal Imamku.....



Buat bakal imamku...
aku tak perlukan pujian darimu
kerana aku tahu
sebelum diriku pujian itu telah sampai dahulu
pada wanita lain

di mana istimewanya aku?

Buat bakal imamku...
aku tak mahukan kata2 manis darimu
kerana aku yakin
wanita lain pernah mendengar
ayat2 itu

mahu samakan aku dengan mereka?

Buat bakal imamku...
jangan janjikan aku
dengan apa yang kamu tak pasti
kerana aku mengerti
wanita lain pernah hampa dengan janji2mu dulu

adakah aku mahu diheret bersama?

Buat bakal imamku...
aku tak menginginkan hartamu semata-mata
kerana aku bersyukur
Allah memberikan aku kudrat
untuk berusaha ke arah itu juga

rezeki tak salah dikongsikan?

Buat bakal imamku...
aku tidak mengagungkan wajahmu
kerana aku percaya
di luar sana lebih ramai yang punya rupa

rupa menjanjikan bahagia ke?

Buat bakal imamku...
aku tidak akan mempertikaikan kerjayamu
kerana Allah merahmati setiap rezeki
hanya dari sumber yang halal
begitu juga aku

hebat kerjaya hebat ke agamamu?

Buat bakal imamku...
aku tidak mengharapkan
kesempurnaan darimu
cukuplah kamu hebat di mataku
kerana aku juga insan
yang penuh kekurangan

boleh kamu lengkapkan aku?

Buat bakal imamku...
aku bukan menagihkan
janji sehidup sematimu
kerana hidup & mati kita 
hanya Allah yang tahu

andai aku pergi dulu boleh dihalang ke?

Buat bakal imamku...
aku berasa benci andainya kamu
berlakon menjadi orang lain
kerana aku mahu kamu tetap menjadi kamu

nak pura2 sampai bila?

Buat bakal imamku...
aku tidak akan pernah memaksa
kamu mengikut rentakku
kerana aku tahu
setiap yang bernafas punya citarasa sendiri
tetapi cukuplah sekadar kamu memahami
diri & perasaanku

menyokong juga sudah cukupkan?

Buat bakal imamku...
aku mahu kamu sentiasa menjaga
adabmu kerana kamu bakal
memimpinku

mahu aku malu dengan sikap burukmu?

Buat bakal imamku...
aku merayu
jangan hilangkan kepercayaanku
kerana ianya tidak ada jual di mana2
melainkan yang selayaknya

percaya atau tidak?

Buat bakal imamku...
jangan berhenti menjadi yang lebih baik
kerana suatu hari nanti
kamu bakal menjadi sumber rujukanku

pergi tak majlis2 ilmu?

Buat bakal imamku...
jangan jemu untuk menasihati aku
kerana aku mahukan itu
tetapi jangan kamu turut lalai dengan duniamu

kamu mahu aku ditipu?

Buat bakal imamku...
jangan pernah letih untuk bersabar
kerana mungkin aku bakal
mencabar tahap kesabaranmu
di masa2 hadapan

aku juga punya perasaankan?

Buat bakal imamku...
andainya kamu belum bersedia
menjaga 
menyayangi
mencintai
memahami
menasihati
memimpin
serta mengimamkan aku dalam solatmu
jangan sesekali benarkan dirimu 
memasuki taman hatiku
kerana aku seorang wanita yang tamak!
terima aku apa adanya...boleh?





p/s : siapa pun bakal suami cik ain, cik ain mahukan semua ni dari dia. tamak? memang cik ain tamak!!! ^__^
(alhamdulillah, 1st step sudah selesai....amin3...)




~ TERIMA KASIH SUDI BACA ENTRY CIK AIN.. SINGGAH LAGI TAU! ~

cOreTaNdAiF oLeh Cik Ain at Monday, February 27, 2012
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
0 oRaNg cOmeL DaH MinUm KoPi

_^_^_ Saya Kecewa _^_^_



saya kecewa!

kecewa dengan manusia yang 

tidak cuba memahami keadaan orang lain

saya kecewa!

kecewa dengan manusia yang

lebih suka mendengar khabar angin

saya kecewa!

kecewa dengan manusia yang

suka menuduh tanpa bukti

saya kecewa!

kecewa dengan manusia yang

tak mahu faham perasaan orang lain

saya kecewa!

kecewa dengan manusia yang

tidak mahu mendengar penjelasan terlebih dahulu

saya kecewa!

kecewa dengan manusia yang

berat sebelah

saya kecewa!

kecewa dengan manusia yang

pentingkan diri sendiri

saya kecewa!

kecewa dengan manusia yang

suka membuat kesimpulan sendiri

saya kecewa!

kecewa dengan manusia yang

menganggap diri mereka sempurna

saya kecewa!

kecewa dengan manusia yang

suka menuduh melulu

saya kecewa!

kecewa dengan manusia yang

tidak mahu berfikiran terbuka & matang

saya kecewa!

kecewa dengan manusia yang

dulunya sahabat kini bermasam muka

saya kecewa!

kecewa dengan manusia yang

dulunya setia kini semakin jauh

saya kecewa!

kecewa dengan manusia

yang menganggap saya sempurna

saya kecewa!

kecewa dengan manusia yang

tak boleh terima kelemahan saya

saya kecewa!

kecewa dengan manusia yang

mengharapkan baik2 saja dari saya

saya kecewa!!!

kalian tau tak saya kecewa

saya bukan manusia sempurna!

saya bukan manusia tak punya perasaan!

saya bukan manusia mulia!

jangan jadikan saya semakin tawar hati

dengan semua perkara

jangan jadikan saya semakin jauh hati

dengan semua benda

saya cuma manusia biasa

manusia biasa yang

kini kecewa...!!!

~ALLAHUAKBAR~






p/s : jangan letakkan saya di tempat yang terlalu tinggi kerana saya sendiri tidak yakin mampu mendaki... =(



~ TERIMA KASIH SUDI BACA ENTRY CIK AIN.. SINGGAH LAGI TAU! ~

cOreTaNdAiF oLeh Cik Ain at Friday, February 17, 2012
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
2 oRaNg cOmeL DaH MinUm KoPi

Mak Mertua Segera!!! Ermmm...



Salam penuh kasih sayang buat kekanda & adinda semua...cop3...jangan hentak2 kepala anda ke dinding terlebih dahulu. Ada cerita yang sangat sadis kita nak share. Sesadis mana cerita itu terletak pada kekacakan anda semua...^____^

Ada yang bertanya pada cik ain. Kenapa post2 dalam FB & blog kamoo macam ada sangkut paut je. Haha...cik ain tanya balik dekat mana yang sangkut dekat mana yang terpautnya...wink...wink...senang citer maksud meke2 tu "KAMOO NI UDOH NAK KAWIN KE?" teeeeettttt....sebelum cik ain jawab soalan ni jom kita baca cerita ni sama2...(kisah benar nii...jangan buat main2... >__<)


~~:::::~~


Nurul & Kak Joyah telah berjanji untuk makan malam bersama di La Garden. Maklumlah, kedua-dua mereka ini sudah lama tidak berjumpa disebabkan masing-masing sibuk dengan kerja sendiri. Peluang yang ada sengaja mereka gunakan untuk keluar makan malam bersama.

Bagi Nurul memang tiada masalah mahu keluar jam berapa sekali pun. Hidup bujanglah katakan. Tetapi Kak Joyah sudah mempunyai keluarga sendiri. Pada mulanya agak bimbang juga Nurul mahu keluar bersama kerana risaukan suami & anak2 Kak Joyah yang mungkin tidak suka Kak Joyah pulang lewat.

Rupa2nya suami Kak Joyah memang seorang yang sporting. Yang penting Kak Joyah pandai menjaga diri. Lagi pun hanya keluar makan dengan seorang kawan perempuan sahaja. Seperti yang dijanjikan, Kak Joyah datang menjemput Nurul di rumahnya. Wah! Kali ni Kak Joyah datang dengan kereta. Kereta adiknya! ^__^

Mereka terus menuju ke La Garden. Waa...memang cantik tempatnya. Maklumlah, restoran baru. Yang lebih membanggakan empunya restoran itu adalah melayu. Syabas! Tanpa membuang masa, mereka memesan makanan & minuman. Nurul memesan bihun tomyam & teh tarik. Kak Joyah pula mahukan nasi goreng ikan masin & teh panas.

Ketika sedang asyik bercerita itu & ini sambil menjamah makanan, mereka didatangi seorang anak muda. Lalu anak muda itu terus menyalam & mencium tangan Kak Joyah. Nurul berasa pelik. Setahu Nurul, anak lelaki Kak Joyah bukan macam itu rupanya. Pantas Nurul bertanya pada Kak Joyah, siapa budak lelaki itu. Kak Joyah membalas sambil tersenyum penuh makna. "Ni menantu akak."

Terhenti sebentar Nurul menyuapkan makanan ke dalam mulutnya. Dalam hati mula bermain dengan macam2 sangkaan. 'Seingat aku, anak perempuan Kak Joyah masih bersekolah & Kak Joyah tak pernah menjemput aku ke rumahnya untuk sebarang majlis perkahwinan.' Nurul semakin keliru tetapi hanya membiarkan sahaja anak muda itu & Kak Joyah berbual.

Sebaik sahaja anak muda itu beredar, Nurul yang memang tidak boleh duduk diam selagi tidak mendapat jawapan terus bertanya pada Kak Joyah, "Menantu akak? Bila pulak anak Kak Joyah kahwin?"

"Eh, tadi tu pakwe anak akak." Balas Kak Joyah.

Terbeliak biji mata Nurul. 'Haaa? Pakwe sekali pun dah boleh salam tangan mak makwe ke? Wahhh! Hukum baru ke ni... bakal mak mertua & bakal menantu. Pasti jadi ke?' ^__^ Apa yang pernah Nurul fahami, hukum bakal menantu lelaki memegang tangan bakal ibu mertua sama ertinya dengan memegang tangan bakal isteri. Begitu juga jika sebaliknya.


Nurul berkata lagi, "Oo...pakwe...eh, bukan anak Kak Joyah yang perempuan tu berkawan dengan budak lelaki lain ke?" Seingat Nurul, sebelum ini anak perempuan Kak Joyah yang berusia 17 tahun ber'kapel' dengan budak lelaki lain. Pelik Nurul. "Yang tu dah putus. Masa hari dorang putus tu anak akak punya la melalak satu hari. Belah malam tu dia bukak Facebook. Terus dapat pengganti." Kak Joyah tersenyum mesra.


Haaa...?? Sekali lagi Nurul terkedu. 'Hebat betul anak Kak Joyah ni. Dalam duk meraung2 terus jumpa pengganti. Ni baru tingkatan 5 dah 'hebat'!


Akhirnya Nurul terus mengunci mulut dari bertanyakan soalan yang seterusnya. Makin banyak yang ditanya makin 'seram' pula rasanya. Mereka meneruskan perbualan ke arah lain pula. Selesai sahaja makan Kak Joyah terus menghantar Nurul pulang.


~~:::::~~


Apa yang korang fikir pasal situasi ni? Boleh ke benda ni terjadi? Sebelum masing2 membuat penilaian, ayuh kita terjah Sabda Rasulullah S.A.W dekat bawah ni. Ingat! Selagi belum sah lafaz akad nikah, 'bakal' ibu mertua/ayah mertua tetap BAKAL. Sekali pun mahu menunjukkan penghormatan pada yang lebih tua, banyak lagi cara lain selain berpegangan tangan.

Rasulullah SAW bersabda, "Sekiranya kepala salah seorang daripada kamu ditusuk dengan jarum besi, itu adalah lebih baik bagi kamu daripada kamu menyentuh wanita yang tidak halal bagi kamu." (Hadith Riwayat Ath-thabrani)

Tepuk dada tanya IMAN!!! >_<



p/s : yang baik sama2 kita kongsi, yang kurang baik sama2 kita perbaiki..^___^ Oppsss...jawapan bagi soalan untuk cik ain dekat atas tadi >>> sekiranya Allah Taala segera menemukan cik ain dengan orang yang baik AGAMA & AKHLAKnya cik ain akan bertukar kepada PUAN ain...wink...wink...







~ TERIMA KASIH SUDI BACA ENTRY CIK AIN.. SINGGAH LAGI TAU! ~

cOreTaNdAiF oLeh Cik Ain at Friday, February 17, 2012
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
0 oRaNg cOmeL DaH MinUm KoPi

~** Mak... Nak Tau Tak... **~



mak...

kita dah dewasa

mak...

kita dah bekerja

mak...

kita dah pandai berdikari

mak...

kita ada ramai kawan

mak...

kita nak kahwin boleh (^___^)

tapi kan mak...

walaupun kita dah dewasa

kita masih perlukan mak

tapi kan mak...

walaupun kita dah bekerja

kita tak puas sebab tak dapat

kongsi apa2 dengan mak

tapi kan mak...

walaupun kita dah boleh berdikari

kita nak jugak dengar nasihat2 mak

tapi kan mak...

walaupun kita ada ramai kawan

tetap tak serupa dengan

mak yang seorang

tapi kan mak...

kalau kita nak kahwin

kita nak mak tengok calon kita

kita nak mak komen tentang dia

kita nak mak belek muka dia

kita nak mak tanya dia macam2 soalan

kita nak mak nasihat dia

kita nak mak amanahkan dia

supaya jaga kita baik2

kita nak mak berbual dengan dia

kita nak mak senyum2 dengan dia

tapi kan mak...

impian kita tu tak bawa

apa2 makna kan

mak...

kita rindu...

rindu...

rindu...

mak......




p/s : saat insan lain semakin jauh dengan kita, kasih ibu antara penawar duka... ^___^ ~AL-FATIHAH~








~ TERIMA KASIH SUDI BACA ENTRY CIK AIN.. SINGGAH LAGI TAU! ~

cOreTaNdAiF oLeh Cik Ain at Friday, February 10, 2012
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
0 oRaNg cOmeL DaH MinUm KoPi

Mereka Kata... Dia.....




mereka kata

aku tak layak untuk dia

mereka kata

darjat kita berbeza

mereka kata

aku tidak setanding dia

mereka kata

banyak lagi calon lain selain dia

mereka kata

aku akan hidup susah dengan dia

mereka kata

tak perlu nak cantik2 sangat

bila mahu bertemu dia

mereka kata

tak payah terlampau

menutup aurat kerana dia

mereka kata

dia tak sayang aku

sebab selalu sangat

 menguji kesabaran

mereka kata

dia banyak pilihan lain selain aku

mereka kata

kerana dia aku hidup susah

mereka kata

aku hilang kawan kerana dia

mereka kata

kalau terlampau sayangkan dia

tak ada kemewahan untuk aku

mereka kata

carilah yang lebih sempurna

mereka kata

cinta dia berbelah-bagi

mereka kata

tak perlu berkorban sangat

untuk dia

mereka kata

aku akan terima cacian kerana dia

mereka kata

cinta dia sering berubah

mereka kata

dia sering menjadi rebutan

mereka kata

hidup tak bebas dengan dia

mereka kata

dia kejam sebab

tak henti2 memaksa aku

merayu pada dia

mereka kata

kerana dia aku lupa segalanya

tetapi

aku tak peduli dengan 

kata2 mereka

kerana aku benar2 mencintai dia

siapa mereka

untuk mengatakan itu & ini

siapa mereka

untuk atur kehidupan aku

siapa mereka

untuk tentukan pilihan aku

siapa mereka

dalam hidup aku

ya... memang aku

diuji.. dihina.. disindir..

kerana memilih dia

tetapi

aku tetap tidak peduli

kerana aku mahukan

cinta dia

jangan kamu cuba

membisikkan kata2

burukmu di telinga aku

kerana

sudahku pekakkan telinga ini

jangan kamu cuba

menarik tangan aku

untuk pergi jauh dari dia

kerana

sudahku tambat pada tangannya

pergilah

kamu semua dari hidup aku

kerana aku

tidak perlukan kamu

aku bangga dengan pilihanku

aku tenang dalam cintanya

aku asyik dalam kasih sayangnya

selamat tinggal

kata2 mereka itu

selamat tinggal

bisikan bohong mereka itu

kerana

bagi aku

DIA adalah cinta

yang hakiki & abadi



~ ALLAH HURABBI ~







p/s : ^____^


~ TERIMA KASIH SUDI BACA ENTRY CIK AIN.. SINGGAH LAGI TAU! ~

cOreTaNdAiF oLeh Cik Ain at Friday, February 10, 2012
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
0 oRaNg cOmeL DaH MinUm KoPi

~:: Perjalanan Seorang Muslimah (INDAH) ::~


Salam kecomelan penuh kerinduan buat semua pengunjung2 kedai kopi cik ain. Ya Allah, terlalu lama rasanya cik ain tak update blog. Alasan yang ada cuma satu >> masa sangat mencemburui cik ain...tewah33.. >___< Teramatlah rindu nak bermerepek di sini. Tapi merepek yang masih dalam kategori bertauliah yer..weee..yang pasti cik ain rindu tahap lemon dengan senyuman2 kalian. So, sebelum apa2 kasi sikit senyuman kalian pada cik ain yang ketandusan masa ni. Hoho... ^____^

Seperti biasa, cik ain tak pernah lupa untuk berdoa agar kalian semua sentiasa di bawah naunganNYA. Agar kalian terus-terusan mendapat rahmat & berkat dari yang Maha Esa atas setiap tindakan kalian dalam hidup seharian. Amin Ya Rabbal Alamin...

Topik kali ini tidaklah terlalu berat tetapi ianya sangat33 berguna pada cik ain sebagai penghayatan dalam hidup cik ain sebagai wanita yang dilahirkan berjantina perempuan + ISLAM. Jadi tidak ada salahnya jika kalian yang bergelar wanita juga turut sama2 fikirkan apa yang cuba cik ain sampaikan. Walaupun tidaklah sehebat insan lain di luar sana, cukuplah sekadar menambah ilmu di dada. Cik ain tak CERDIK tapi cik ain tak pernah putus asa mahu menambah ilmu dunia mahu pun akhirat. Semoga Allah s.w.t menyinari lorong2 cik ain dengan NUR NYA. >__<

Pernah kalian semua mendengar cerita pada zaman jahiliah bahawa anak perempuan akan dibunuh atas alasan mereka (anak perempuan) akan memalukan keluarga. Peristiwa ini terbukti dalam ayat Al-Quran yang berbunyi [ "kerana dosa apakah dia (anak perempuan) dibunuh (dikuburkan hidup-hidup)?" -Surah At-Takwir Ayat 9 ]. Kejam bukan? Hanya manusia yang tidak punya perasaan sanggup melakukan perkara hina seperti ini. Ya Allah...

Tanpa mereka sedari INDAH sekali kejadian sebagai seorang wanita/perempuan jika benar2 dipandang kewujudan itu dari sudut ISLAM. Mengapa? Bayangkan sahaja PERJALANAN hidup sebagai wanita sangat33 molek diatur PENCIPTA. Setelah membaca & meneliti serta berfikir, cik ain cuba aplikasikan kehidupan sebagai wanita sangat comel di mata Islam. Ayuh kita renung2kan bersama apa itu PERJALANAN yang dimaksudkan oleh cik ain tadi!


::BERMULA::


~1~ Lahir Sebagai Perempuan Islam

[ Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud : "Setiap kelahiran (anak) itu mengikut fitrah (ibarat kain putih), & ibubapa merekalah (yang mencorakkannya) sama ada menjadi Yahudi, Majusi atau Nasrani." ]
Pointnya di sini, IBARAT KAIN PUTIH. Putih itu sendiri melambangkan kesucian bukan? Siapa yang tidak suka dengan kesucian. Malah tenang & sejuk hati memandangnya. Tidak kiralah kita dilahirkan sebagai bayi lelaki/perempuan. Tetapi inilah hebat & indahnya jika dipandang dari sudut Islam bukan dari pandangan jahiliah. Setelah itu barulah akan dicorakkan kain itu dengan pelbagai warna dunia. Bayangkan jika kita dilahirkan dalam agama lain. MasyaAllah...musnah hidup kita.


~2~ Menjadi Anak(perempuan) Yang Solehah

[ Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud : "Apabila matinya seorang manusia, terputuslah pahala amalannya kecuali dari tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang diambil manfaat dengannya & anak soleh yang mendoakan untuknya." -Riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah r.a- ]
ANAK SOLEH! Apabila kita dilahirkan sebagai anak perempuan Islam sudah semestinya agama menuntut kita menjadi seorang anak yang solehah. Bayangkan kalian, anak yang solehah boleh menjamin kebahagiaan ibubapanya di akhirat kelak. Hebatkan 'kuasa' anak solehah ini? Bagaimana mahu menjadi anak yang solehah? Ikutlah suruhanNYA, tinggallah laranganNYA. Susah? Memang susah jika kita tidak mahu mengubah diri kita menjadi yang lebih baik.


~3~ Belajar Hidup Sebagai Muslimah

[ Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud : "Dunia ini adalah perhiasan, & sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah." -Hadith riwayat Muslim- ]
Ya Allah, seronok bukan bila diri kita sebagai wanita dianggap sebaik-baik hiasan. Kalah bunga-bungaan cantik atas dunia ni. Tetapi bukan sekadar wanita biasa. Dia mestilah menjadi seorang'wanita solehah'. Tidak dinafikan untuk menjadi wanita solehah bukan calang2 dugaannya. Terlalu banyak ujian yang akan kita terima tetapi ingatlah wahai semua, Allah s.w.t akan menguji hamba yang disayangiNYA. Sekali pun kita tidak layak mendapat gelaran itu cukuplah sekadar memperbaiki kekurangan yang sedia ada.


~4~ Jodoh Buat Wanita Islam

[ Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud : "Apabila orang yang engkau redha agama & akhlaknya datang meminang, maka kahwinkanlah dia. Jika tidak kamu lakukan demikian akan berlakulah fitnah di bumi & kerosakan yang besar." ]
Sudah menjadi lumrah, setiap yang bernyawa itu pasti punya perasaan ingin disayangi. Bohong seandainya ditanya pada seseorang wanita adakah dia punya keinginan untuk berumahtangga jawapannya 'TIDAK'. Sudah pasti jawapannya 'YA'. Siapa tidak mahu dicintai & mencintai. Tetapi sedarlah wahai wanita, jadikan akhlak & agamanya sebagai syarat utama untuk dijadikan pemimpin kamu. Pastikan bakal suamimu itu tidak meninggalkan solat, pandai membaca al-quran dan mampu menjadi imam solatmu. Jangan biarkan alasan 'tidak tahu' menjadi penghalang kepada perubahan. Belajar! Belajar! Belajar! Indah sekali jika alam rumahtangga yang bakal dilayari itu bersama seorang suami yang indah AGAMA & AKHLAKnya. Sudah tentu kita juga menjadi semakin 'indah'.


~5~ Tugas Sebagai Isteri Solehah

[ Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud : "Apabila seseorang isteri menjaga solat lima waktu, berpuasa di bulan ramadhan, menjaga kehormatannya & taat kepada suaminya, maka ketika berada di akhirat dikatakan padanya : masuklah kamu ke dalam syurga dari pintu mana sahaja yang kamu suka. -Hadith riwayat Ahmad-]
Lihatlah, Allah menjanjikan syurga untuk isteri solehah. Malah boleh memilih syurga mana yang mahu diduduki. Hebatkan menjadi isteri solehah? Tidak dapat kita nafikan dalam berumahtangga pasti ada onak & durinya (walaupun masih belum berkahwin contoh banyak depan mata >_<). Bagi yang sudah berumahtangga, jangan malas untuk mencari bahan2 ilmu yang mampu mendidik diri supaya berjaya menjadi isteri yang solehah. Bagi yang masih belum berumahtangga tidak ada khilaf langsung jika kamu berniat mahu menambah ilmu tentang alam rumahtangga yang bakal mendapat redha Allah s.w.t.


~6~ Kuasa Seorang Ibu

[ Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud : "Bersungguh-sungguh dalam berbakti kepada ibumu, kerana sesungguhnya syurga itu berada di bawah kedua kakinya." ]
Apabila sudah berjaya masuk ke alam rumahtangga Allah tidak akan menghentikan rezeki kita hanya setakat itu. Antara rezeki yang terhebat dalam rumahtangga adalah dianugerahkan zuriat yang lahir dari kasih sayang kedua ibubapanya. Renung2kanlah betapa indahnya menjadi seorang ibu. Allah meletakkan syurga anak2nya di bawah tapak kaki si ibu itu. Dan sudah tentu seorang ibu adalah wanita >_<. Betapa besar hikmahnya menjadi seorang ibu. Tetapi sebagai ibu juga, kita haruslah memberikan didikan agama yang baik agar anak2 turut menjadi yang soleh/solehah.


~7~ Matinya Seorang Muslimah

[ Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud : "Apabila seseorang isteri meninggal dunia & suaminya redha kepadanya, maka ia akan masuk syurga." -Riwayat Tirmidzi & Ibn Majah-]
Subhanallah, Allah menjanjikan syurga untuk wanita sehingga saat kematiannya. Itulah hebatnya jika kita hidup sebagai wanita islam. Islam sentiasa mendidik manusia menjadi yang lebih baik. Sejak dilahirkan hingga sampai ke garisan terakhir dunia, Islam sentiasa memberi kelebihan kepada wanita/perempuan. Ingat! Bila kalian sudah tiada kelak & suami kalian pula meredhai diri kalian selama mana menjadi isterinya, SYURGAlah tempat kamu. Malah jika kamu dikurniakan anak2 yang soleh & solehah atas didikan kamu maka lebih banyak lagi ganjaran akan diberikan sekali pun nyawa sudah diambil Tuhan. ^___^


::BERAKHIR::


Adakah kalian nampak jelas kelebihan sebagai wanita/perempuan jika menempuh PERJALANAN sebagai MUSLIMAH? Ya, memang mudah berbicara tetapi sukar untuk melaksana. Tetapi Allah s.w.t sudah bukakan jalan seluas-luasnya untuk kita sama2 menimba ilmu yang berguna. Bukalah mata, bukalah minda! cik ain juga masih mahu menimba ilmu selagi diizinkan Tuhan. Sentiasa mendambakan bimbingan dari pemimpin yang SOLEH.




p/s : diri ini sentiasa berdoa agar dikurniakan seorang suami yang berAGAMA & berAKHLAK kerana masih terlalu banyak kekurangan yang memerlukan bimbingan darinya. juga sudah semestinya mengimpikan sebuah rumahtangga yang penuh barakah. ^______^


~ TERIMA KASIH SUDI BACA ENTRY CIK AIN.. SINGGAH LAGI TAU! ~

cOreTaNdAiF oLeh Cik Ain at Thursday, February 02, 2012
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
0 oRaNg cOmeL DaH MinUm KoPi
Subscribe to: Posts (Atom)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

..:AhLan WasAhLan:..

..:KePunYaAn EmPaYar:..

nurul ain haji jamli
24 april 1990
kuala kangsar, perak
penulis & blogger
dah jadi PUAN

kLik..kLik..

..:iMpiAn HatI:..

"Ya ALLAH, jaDikAn Aku WaNitA sOLehAh...yaNg bAik dI anTarA yAnG tErbAiK...kUrnIaKan jUgA PenDamPinG yAng BaIk daLam HiDupKu...baGi mEndApaTkAn SesUaTu YaNg TerBaIk dAri-Mu...aMin yA RaBb..."

..:pEcEbuK:..

Nurul Ain Haji Jamly

Create Your Badge

cE kOmE tRy bAce!!

  • ►  2013 (47)
    • ►  October (3)
    • ►  September (8)
    • ►  August (4)
    • ►  July (7)
    • ►  June (6)
    • ►  May (4)
    • ►  April (3)
    • ►  March (3)
    • ►  February (3)
    • ►  January (6)
  • ▼  2012 (78)
    • ►  December (8)
    • ►  November (2)
    • ►  October (6)
    • ►  September (9)
    • ►  August (2)
    • ►  July (8)
    • ►  June (12)
    • ►  May (14)
    • ►  April (9)
    • ►  March (1)
    • ▼  February (6)
      • .....Buat Bakal Imamku.....
      • _^_^_ Saya Kecewa _^_^_
      • Mak Mertua Segera!!! Ermmm...
      • ~** Mak... Nak Tau Tak... **~
      • Mereka Kata... Dia.....
      • ~:: Perjalanan Seorang Muslimah (INDAH) ::~
    • ►  January (1)
  • ►  2011 (79)
    • ►  December (7)
    • ►  November (10)
    • ►  October (10)
    • ►  September (7)
    • ►  August (32)
    • ►  June (7)
    • ►  May (6)

..:FoLLowErS:..

..:i foLLow u:..

  • Blog Cik Nurfarah
    HI 2025
  • Jia creatifelt
    Harry Potter Et Les Reliques De La Mort : 1ère Partie (2010) Watch Full Movie Streaming Online
  • Warong Makcik Senah
    Watch Clifton Hill 2019 Free Online
  • Kisah BudaxXx Montel ^^
    Watch Cardboard Boxer 2016 Free Online
  • Entirely Of Flaws
    Bank Indonesia Memberi Penghargaan Atas Pelaporan Uang Palsu
  • ♥cOraT cOret NusHA ♥
    TRAGEDI OKTOBER : Duit bagi tapi tak cukup!
  • TAMU JAJAKRAF
    NOTICE BOARD
  • ~BabyComel~ Hanya insan Biasa
    Suratan Takdir Gersang Kisah Si Curang
  • I CANT HEAR THE SILENT MELODIES
    Jual Obat Maximoz Peningkat Vitalitas, Stamina Dan Obat Ejakulasi Dini Di Sidoarjo
  • Nurhafizah ❤
    5 Tips Bagaimana Menjaga Fikiran Positif Setiap Hari
  • Wanita Melayu Akhir Zaman
    J-Pace SUV Review 2018
  • SaHaBaT BUKIT BOTAK
    Ninja : Genap 1 Tahun 4 Bulan
  • silenceaneesa ♥
    Langkah Memberi warna Baju Dengan Wantex supaya Sembuh Seperti Baru Lagi
  • Reading is the most relaxing moment. (I'm only eighteen)
    Siri Kak Senah: Misteri Kasih Mansion 5
  • BILA KATA HATI MENULIS
    Terus Mencintaimu
  • Wardah Alisya
    8 tahun usia Wardah Alisya
  • Dazzi Lurzzi Official Blog
    Redha 2016 Movie Hack Full
  • ya allah kuatkan hati kami
    Obat herbal murah berkhasiat paling ampuh
  • oLd_sChOoL
    Selangor Juara Piala Malaysia, Kenduri Kahwin Member Lebih Penting
  • [ hujung peNa... papan kekuNci ]
    "Letihlah nak pikir duit..."
  • JoY AnD SoRrOw
    FiRsT eNtRy FoR tHiS yEaR
  • Anas Muallim
    Cuti yang panjang
  • segalanyamungkin
    BAKTI SISWA TERENGGANU (KAMPUNG SEBERANG TAKIR)
  • ! ~ Salam Ukhuwah ~ !
    Giveaway dan Lucky Draw
  • misyaain amna
    TANDA HIDUP TAK BERKAT
  • ^◕‿◕^
    UPDATE NEW STOCK ** MEN'S SHIRTS **
  • The Karl Nyzam™
    Erti Sebuah Kemaafan
  • col0ur ur life
    Tukar Lagi.
  • kami craft
    Pek Kombo Tona~~ Murah Gilaa~~~!!!
  • Abu HurairaH
  • My Life
    Hujung Minggu
  • ~~ ketulusan hati ~~
    Dia kekasih aTi Qu...
  • ♥ CATATAN SEORANG HAMBA ♥
    ♥ KISAH MAYAT MEMBACA SURAH YASSIN DI MEKAH ♥
  • maiza husna
  • PERCUTIAN TERINDAH
    PAKEJ 3HARI 2MALAM DI PANGKOR
  • ! .. ✿Ɖαʏα Ƭнɛ Ƨιϰтн✿ .. !
    Korean Fashion :)
  • Ibnu Sina ATC
    Sekitar Karnival Ekonomi Muslim
  • ~liFeminEswEEtsoUr~
  • Celoteh Deqyah Pegeon~
  • Triple L
  • JuZ a sImPLe guRL DiaRy
  • BerLARI ke LANGIT
  • ♥
  • Muni Izzah
  • ♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•.♫•♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•.♫• ♫•*¨*•.¸¸
  • vip eema..
  • Eimma
  • kedai mu
  • Hafiz Hamidun
  • Seek ONLY for MARDHOTILLAH
  • BLOG ALAN
  • ✿ Missz.Nana.Punyer.Cerita ✿
  • ..sEriKanDi isLaM..
  • *sUkA-suKi DunIakU*
  • hello !!!
Backgrounds & Flower Backgrounds
Powered by Blogger.