-->
~CoretanSiPenaDaif~

..Pilih Mana Suka..

  • bola (1)
  • cerita ain (46)
  • cerpen (2)
  • cinta (18)
  • filem (1)
  • ilmu (1)
  • kata2 hikmah (2)
  • kecewa (4)
  • kekasih (1)
  • kereta (1)
  • kesihatan (3)
  • lagu (3)
  • langkawi (4)
  • lirik (2)
  • makan (3)
  • minat (1)
  • movie (1)
  • nasyid (1)
  • novel (5)
  • Novel : Segalanya Mungkin (36)
  • pandangan (10)
  • pengajaran (2)
  • pengalaman (21)
  • percutian (6)
  • perempuan (2)
  • perkongsian (21)
  • persoalan (3)
  • promot (17)
  • puisi (5)
  • ramadhan (6)
  • raya (6)
  • renungan (2)
  • resepi (19)
  • rindu (5)
  • rumahtangga (2)
  • sabah (2)
  • sahabat (4)
  • soal hati (5)
  • walimah (15)

Walimah Ruby+Edy (22/12/12)


Salam sayang semua! ^_^

Memandangkan hari ni hari Jumaat, maka cik ain nak kongsi pasal benda yang indah2 je. Ada kaitan ke Jumaat dengan benda indah??? Wahaha..bantai jela! Janji ada benda yang nak dikongsikan. :)

Kali ni korang nak bom rumah cik ain pun, cik ain tak kisah sebab cik ain memang nak cakap pasal kenduri kahwin lagi! Bosan? Silakan membosan! Lalalala..

Cik ain nak cerita serba sedikit pasal walimah kawan cik ain ni! Ingat lagi tak cik ain pernah share pasal majlis nikah dorang?? Tak ingat?? Tak ada lain selain banyak makan.....???? Haaa..korang tau apa jawapannya.  Kekekeke...

Pada 22/12/12 yang lalu, berlangsungnya majlis perkahwinan sahabat cik ain ni. Di Kuala Kangsar, Perak. Alhamdulillah..nak kata sederhana sangat pun tak jugak. Sederhana sikit la kot dari yang grand2 tu. Tapi majlis dapat berjalan dengan lancar. Cuma sebelah petang sahaja hujan sedikit.

Tema majlis adalah HIJAU! Cik ain bantai pakai warna hitam biru. Boleh ke? Hahaha.janji berbaju dari yang tak berbaju. Opsss...! Karang sama dengan pengantin udoh mengelirukan pengantin lelaki. Harus tidak! Wee..

Cik ain bertugas sebagai jurugambar tak berbayar. Haha..tolong kawan! Haaa..maka, jom tengok gambar2 yang cik ain snap. Gambar yang ada wajah cik ain tu, kawan & anak buah yang tolong snap! Jadi la... :)

cantikkan pelamin dia??

hijau gitu!


dlm bilik pengantin

aini+ruby+k.una

afiqah+ruby+cik ain

suke gambar ni! tp bukan cik ain yg snap..:p

adik+anak buah cik ain

pengantin sampai

sblm makan

tengah makan

firdaus+edy+ruby+faiz+salman

tewah33..


kakak pengantin (kanan)


kakak angkat pengantin

oppsss...nyebuk pulop!hehe

ehhh...sekali lagi!kekeke..
Selamat pengantin baru~~



~ TERIMA KASIH SUDI BACA ENTRY CIK AIN.. SINGGAH LAGI TAU! ~

cOreTaNdAiF oLeh Cik Ain at Friday, December 28, 2012
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
0 oRaNg cOmeL DaH MinUm KoPi

Pulau Langkawi - Part 2


Holla!! 

Seperti yang dijanjikan, cik ain nak sambung Pulau Langkawi-Part 2 pulak! Di mana hari terakhir cik ain bercuti di Pulau Langkawi ni. Cik ain sambung ye? ^_^ Bismillahirrahmanirrahim..

Pada hari kedua (16/12/12) kami bertolak dari motel sekitar jam 8 pagi untuk menuju ke Kereta Kabel Langkawi yang terletak di Gunung Mat Chincang. Harus bertolak cepat sebab takut terlalu bersesak!

Dalam perjalanan menuju ke sana, bas kami singgah untuk isi minyak dulu. Yang menariknya, kami singgah di satu kawasan yang sangat cantik. Tempat di mana, kapal2 layar berlabuh. Kata pemandu pelancong, kapal2 tu majoritinya pelancong asing yang punya. Kaya raya kate ko!

cantik..

mak sedara+karmila+nabila+cik ain
Kami sampai di kaki gunung sekitar jam 9 pagi. Dari jauh dah nampak banyak bas telah sampai terlebih dahulu dari kami. Haha.. redha jela! Kami diminta masuk ke bahagian tiket. Kali ini agak lama jugak kami terpaksa tunggu akibat dari pelancong yang terlalu ramai. Tapi macam biasa la...tour guide yang tolong belikan tiket. Hua3..

Gunung Mat Chincang

Sebelum masuk ke kwsn membeli tiket


Akhirnya tiket dalam genggaman kami! Weee...satu gondola hanya muat untuk 6 orang sahaja. Haa..part yang paling cik ain malas adalah MENUNGGU giliran untuk naik kereta kabel ni. Tak silap cik ain hampir 1 jam jugak la kami beratur mengikut laluan yang telah disediakan. Ya ampun! Boring sesangat! Tapi mahu @ tidak kena jugak tempoh. Sedangkan yang lebih tua dari cik ain pun larat tunggu, takkan cik ain nak menyerah kalah. Haruslah tidak! Hehe..sabar itu kan separuh dari iman! ^_^

tgk atas tu..10 minit lg baru tiba giliran cik ain :(

sblm berangkat :p

Ohhh..akhirnya! Sampai jugak giliran cik ain and the geng untuk naik cable car tu. Dengan lafaz bismillah, cik ain melangkah ke dalam gondola. :) Dalam hati cukup2 gementar sebab bakal berada di ketinggian 713 meter. Fuhh!

Yang paling mendebarkan ketika mana cable car tiba di hentian yang pertama & terus naik ke atas. Masa tu segala zikir keluar dari mulut. Haha..gayat! Seram! Tinggi yang amat! Tapi satu pengalaman yang cik ain takkan lupakan sampai bila2.

kwn segondola..wee..

dh nak sampai kemuncak..huuhhh

Kami berada di atas bukit lebih kurang 15 minit je. Sebabnya orang semakin ramai. Jadi kena bahagi2 masa la. Kalau terlampau ramai, tak best pulak nak bergambar. Sekali lagi debaran muncul masa nak turun dari puncak gunung. Sudahlah cik ain duduk menghadap ke hadapan. Ya Allah...kecut2 hempedu dibuatnya!

family abang sulong

penyet tudung..waa..

peserta rombongan..separuh!

berangin giler masa ni..

anak saudara~karmila

tewah33..
Untuk sebarang maklumat tentang Cable Car Langkawi boleh klik SINI!!

Alhamdulillah...sampai jugak dekat bawah. Sedikit resah sebab bila dah turun pulak kepala jadi pusing2, loyar & terhuyung-hayang. Pelik pulak! Sebaik sahaja semua ahli rombongan telah berjaya sampai ke bawah, kami terus bergerak ke destinasi seterusnya iaitu Idaman Suri. Sekali lagi kami singgah untuk membeli-belah sebelum bertolak pulang. Masa tu lebih kurang jam 1 lebih (tengahari).

Bila berjalan dengan orang yang dah berkeluarga, dorang tak nampak benda lain dah selain shopping periuk, cawan, pinggan mangkuk..bla..bla..bla..huhu. Kami yang bujang2 ni ikutkan ajela walaupun beberapa tempat tak dapat kami kunjungi sebab masa yang teramat suntuk. Tau apa mende suntuk tu?? Haha..singkat!Sikit! Haaa... :p

Tiba di Idaman Suri cik ain ambil kesempatan shopping coklat sekali lagi sebab ini yang terakhir sebelum balik ke jeti. Haa..jadi peluang ni tak boleh dilepaskan! Wee...Puas hati!

(tak sempat ambil gambar dekat sini. SORRY!)

Tanpa berlengah kami diminta untuk naik semula ke atas bas & bergerak terus ke jeti P.Langkawi. Sampai sahaja di sana kami diberi masa untuk makan, solat & mengunjungi Dataran Helang. Tempat ni la pun yang paling penting untuk dikunjungi. Walaupun hanya ada seekor patung helang yang besar, tetapi ia merupakan main point untuk bergambar. Tulisan LANGKAWI besaq gila habaq hang!!!






Puas bergambar di sekitar Dataran Helang tu, kami mula bergerak ke jeti PL semula. Sebab feri kami jam 4 petang. So, harus bergegas! Nasib baik DH dgn JPL tak berapa jauh. Jalan kaki dalam 10 minit je. Dekatkan?? Weee...

Sekali lagi kena tempuh orang ramai sebelum dapat duduk dalam feri. Adoiii! Tapi! Kali ni dapat duduk tepi tingkap. Yahoooo... :) Kerana badan yang teramat letih, maka cik ain banyak berdiam je sepanjang perjalanan balik ni. Sopan je..ayu je.. wakakaka..geliisssss!

letihhh.. :(
coklat yg cik ain sempat beli! :)

majoritinya dah habis! :p

Akhirnya, sekitar jam 5.30 ptg kami selamat sampai di JKP semula. Fuhh! Rasa macam baru sampai Langkawi je. Dah kena balik pulak. Haha..kena cari orang Langkawi nampak gayanya ni. Boleh gi melancong sana selalu. Wink..wink..

Banyak tempat yang tak dapat cik ain kunjungi. Moga kehadiran sekali lagi dengan..dengan.. dengan..arghhhh! Dengan sesapa jelah dapat menjanjikan pengalaman yang lebih menarik! ^_^

Haa..dekat part-1 cik ain ada tulis sapa yang sudi baca entry cik ain kali ni dapat something kan? Nak tahu apa dia? Pejam mata dulu! Pat! 1..2..3..

Tadaaa...

haa..nak x??
Nak tak?? Kalau nak, kena datang jumpa cik ain sebelum 31 Disember ni. Wee... directly tau! Bukan guna pos laju. Wink..wink.. Tak banyak dah yang tinggal ni. Sapa cepat dia dapat! Weee...

Tatatititutu...



~ TERIMA KASIH SUDI BACA ENTRY CIK AIN.. SINGGAH LAGI TAU! ~

cOreTaNdAiF oLeh Cik Ain at Thursday, December 27, 2012
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
2 oRaNg cOmeL DaH MinUm KoPi

Pulau Langkawi - Part 1


Salam Sayang! Salam Rindu!

Nak update ke tak nak? Tak nak? Nak? Aarghhhh..kena nak jugak! Kalau tidak cerita ni akan jadi basi kalau dah masuk ke minggu hadapan. Apa dia? Meh nak cerita. Tak nak baca takpe. Tapi rugi sebab ada something untuk korang2 yang sudi baca. Heww..heww..

Pada 14/12/12(Jumaat)-16/12/12(ahad) cik ain join trip ke Pulau Langkawi dengan keluarga & penduduk kampung cik ain. Plan ni punya lama dah diorang rancang. Akhirnya, Allah izinkan jugak ianya terjadi. Alhamdulillah.. 2 buah bas kami pulun! Haha... Lebih kurang 80 orang la yang ada. Semuanya ngam! Wee...cik ain dapat duduk 2 dari belakang. Ayyaa..manyak stress! Tapi ada sedikit privacy! Cewah33...

Cik ain kalau dengar bab2 berjalan gini memang laju je nak ikut. Ada  kos dengan tak ada kos je. Haha.. Syukur sangat sebab Allah bagi rezeki untuk cik ain join trip ni. Pada mulanya macam dah tak dapat nak join :'(. Sob..sob..Okeyssss! Now cik ain mula dengan hari pertama ek!

Kami bertolak dari Kuala Kangsar sekitar jam 11 malam. Dan selamat sampai di Perlis sekitar jam 5 pagi. Bas berhenti untuk kami mandi & solat subuh. Sebab lepas solat & mandi kami akan terus bergerak ke Jeti Kuala Perlis. Dekat masjid mana cik ain berhenti jangan tanya. Memang tak ingat sebab tengah duk mamai. Burung2 duk terbang2 lagi sekeliling kepala. Wakaka...

Akhirnya sekitar jam 7.30 pagi kami mula bergerak ke JKP. Tiba je dekat JKP dah tengok ramai giler manusia. Dalam hati fikir berapa jam lagi nak tunggu sampai dapat naik feri. Huhu.. Hakikat sebenar badan teramat letih sebab semalaman tak dapat tidur dengan selesa. Selalunya tidur beralaskan bulu angsa. Kali ni beralaskan bulu gajah! Wahaha...

Tanpa cik ain sangka2, rupanya tiket kami dah lama dibooking! Yabedabedu..kami antara kumpulan pertama yang dapat naik feri untuk ke Pulau Langkawi. Ohsem! Inilah untungnya kalau ikut rombongan sebab tiket feri boleh booking awal2. Kami cuma diminta beratur untuk keluar dari pintu berlepas. Suke33!

Nak tahu harga tiket feri & masa berlepas boleh klik SINI!!

Jeti Kuala Perlis

Kami bertolak dari JKP sekitar jam 8.30pagi. Perjalanan hanya mengambil masa lebih kurang 1jam 15-30 minit. Sempat jugaklah cik ain lelapkan mata. Letih beno! Dapat pulak duduk tengah2. Memang hilang keinginan nak tengok permandangan dari tingkap feri. Lebih baik tidur! Hehe..

Kami selamat sampai di Jeti Pulau Langkawi sekitar jam 10 pagi. Alhamdulillah..first time cik ain sampai di Pulau Langkawi ni. Excited nak memulakan pengembaraan! :)

ji'a + ija + enon + cik ain

dlm feri ~ karmila (anak saudara)

sblm ketiduran..wee..

tiba...

Sebaik sahaja tiba di sana, ada bas lain pulak yang akan bertanggungjawab membawa rombongan kami selama mana kami di Pulau Langkawi. Disertakan dengan seorang tour guide. Rupanya menjadi 1 kesalahan besar jika sebuah bas rombongan tidak menyediakan seorang pemandu pelancong. Seperti yang diceritakan kepada kami, denda RM1000.00 akan dikenakan kepada pihak yang bertanggungjawab. Huhu..

Ok! Mahu memulakan perjalanan! Hehe..Untuk destinasi yang pertama kami akan dibawa untuk bersarapan terlebih dahulu. Lapaq gila! Rupa2nya tempat makan yang kami singgah berdekatan dengan kedai minyak gamat. Jalan kaki 2 minit sahaja! Minyak gamat memang sangat sinonim dengan PL. Boleh dilihat sepanjang perjalanan ada sahaja kedai yang menjual minyak gamat & produk2 berasaskan minyak gamat. 

Istimewanya kedai minyak gamat yang kami singgah ini adalah pemilik kedai itu sendiri yang akan membuat penerangan tentang jenis2 minyak, khasiat, kegunaan & sebagainya. Tambah ilmu! Tapi sejujurnya cik ain tak dengar pun. Haha..duk galak ambil gambar! Heww..heww.. Cik ain berkesempatan jugak melihat proses penyediaan minyak gamat & mencelup jari ke dalam minyak gamat yang masih menggelegak dalam kawah besar. Magicnya, tak panas langsung walaupun dekat bawah kawah tu unggun api masih menyala. Sebelum celup dah takut jari akan putus kalau tersalah celup. Wakaka...meroyan! Rupa2nya tak!

nabila + karmila

pelbagai jenis minyak gamat

bestfriend ~ ija

Tanpa membuang masa, kami meneruskan perjalanan ke Underwater World Langkawi. Tiket bagi dewasa adalah RM28.00. Kanak2 12tahun ke bawah adalah RM18.00. Mahal kot! Haha.. Tapi keinginan nak masuk teramat tinggi sebab first time sampai. Sejujurnya bila dah masuk, tak seseronok macam dalam gambar. Nak kata tak suka tengok binatang, tak jugak. Mungkin sebab suasananya dah tak macam dulu. Khabarnya banyak binatang dah mati dalam tu. Serius, memang agak suram suasana dalamnya.

Nak tahu harga tiket & masa beroperasi boleh klik SINI!!












Sebaik sahaja keluar dari UWW tu, kami sempat shopping coklat di luar UWW itu sahaja. Perlbagai jenis coklat yang terhidang depan mata. Tambahan pulak dengan harga yang sangat2 murah berbanding tempat kita. DAIM sudah semestinya menjadi pilihan utama. Yummy!

Selepas selesai memborong coklat, kami akan terus dibawa ke tempat penginapan. Sebelum pukul 2 petang kami perlu tiba ditempat penginapan kerana khidmat bas yang kami guna hanya sampai pukul 2 petang sahaja. Jadi, aktiviti petang itu adalah bebas. Motel kami terletak di Pekan Kuah. Sangat2 dekat dengan kemudahan lain seperti tempat membeli belah, kedai makan & sebagainya.

Cik ain dapat 1 bilik share 4 orang. Tak kisah! Janji dapat rehat & mandi dengan aman. Weee... mengikut kata ketua rombongan, kami diminta berkumpul jam 6.30 petang untuk sama2 berjalan kaki ke pasar malam Pekan Kuah. Jalan kaki sebab tak jauh mana. :)

tempat penginapan

Cik ain bantai tidur sampai pukul 5 petang. Balas dendam! Haha..Pasar malam sana, sama je macam pasar malam dekat tempat kita. Haha..Selepas ke pasar malam, kami berjalan kaki ke Pekan Kuah. Destinasi yang menjadi tumpuan adalah Haji Ismail Group. Tempat untuk memborong coklat & pinggan mangkuk! Ya ampun! Sesak sesangat dalam tu. Terpaksa berhimpit2. Tapi nak borong coklat punya pasal, cik ain tak peduli! Heeewwww...

pekan kuah

haji ismail group

Selesai membeli-belah kami pulang semula ke motel. Awal lagi masa tu. Tak silap cik ain sekitar jam 8.30 malam. Sampai je motel tak terus masuk bilik. Lepak2 sambil makan dekat pangkin motel dengan anak2 buah & makcik2 yang join rombongan ni. Menariknya motel yang kami menginap ni adalah kerana tempatnya bebas untuk ke sana ke mari. Tambahan pulak, 1 motel itu sahaja dipenuhi dengan rombongan kami. Jadi, tak ada masalah nak melepak sampai pukul berapa pun! Hehe..

Dah kenyang, dah puas menyembang, puas bergambar & puas menjeling :p, cik ain naik semula ke bilik. Nak mandi, rehat & tidur. Sebab esok pagi kami akan bergerak awal ke destinasi yang seterusnya. Ke mana? Nantikan Pulau Langkawi -Part 2! wink..wink..

Tataaa....




~ TERIMA KASIH SUDI BACA ENTRY CIK AIN.. SINGGAH LAGI TAU! ~

cOreTaNdAiF oLeh Cik Ain at Monday, December 24, 2012
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
0 oRaNg cOmeL DaH MinUm KoPi
Subscribe to: Posts (Atom)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

..:AhLan WasAhLan:..

..:KePunYaAn EmPaYar:..

nurul ain haji jamli
24 april 1990
kuala kangsar, perak
penulis & blogger
dah jadi PUAN

kLik..kLik..

..:iMpiAn HatI:..

"Ya ALLAH, jaDikAn Aku WaNitA sOLehAh...yaNg bAik dI anTarA yAnG tErbAiK...kUrnIaKan jUgA PenDamPinG yAng BaIk daLam HiDupKu...baGi mEndApaTkAn SesUaTu YaNg TerBaIk dAri-Mu...aMin yA RaBb..."

..:pEcEbuK:..

Nurul Ain Haji Jamly

Create Your Badge

cE kOmE tRy bAce!!

  • ►  2013 (47)
    • ►  October (3)
    • ►  September (8)
    • ►  August (4)
    • ►  July (7)
    • ►  June (6)
    • ►  May (4)
    • ►  April (3)
    • ►  March (3)
    • ►  February (3)
    • ►  January (6)
  • ▼  2012 (78)
    • ▼  December (8)
      • Walimah Ruby+Edy (22/12/12)
      • Pulau Langkawi - Part 2
      • Pulau Langkawi - Part 1
      • Dah Kena Warning Dengan Pihak JPJ
      • Mula Rasa Dendam..Allah..
      • Review novel : Suami Yang Kubenci
      • Majlis Kahwin : Arif + Ayu
      • Misteri Jodoh
    • ►  November (2)
    • ►  October (6)
    • ►  September (9)
    • ►  August (2)
    • ►  July (8)
    • ►  June (12)
    • ►  May (14)
    • ►  April (9)
    • ►  March (1)
    • ►  February (6)
    • ►  January (1)
  • ►  2011 (79)
    • ►  December (7)
    • ►  November (10)
    • ►  October (10)
    • ►  September (7)
    • ►  August (32)
    • ►  June (7)
    • ►  May (6)

..:FoLLowErS:..

..:i foLLow u:..

  • Blog Cik Nurfarah
    HI 2025
  • Jia creatifelt
    Harry Potter Et Les Reliques De La Mort : 1ère Partie (2010) Watch Full Movie Streaming Online
  • Warong Makcik Senah
    Watch Clifton Hill 2019 Free Online
  • Kisah BudaxXx Montel ^^
    Watch Cardboard Boxer 2016 Free Online
  • Entirely Of Flaws
    Bank Indonesia Memberi Penghargaan Atas Pelaporan Uang Palsu
  • ♥cOraT cOret NusHA ♥
    TRAGEDI OKTOBER : Duit bagi tapi tak cukup!
  • TAMU JAJAKRAF
    NOTICE BOARD
  • ~BabyComel~ Hanya insan Biasa
    Suratan Takdir Gersang Kisah Si Curang
  • I CANT HEAR THE SILENT MELODIES
    Jual Obat Maximoz Peningkat Vitalitas, Stamina Dan Obat Ejakulasi Dini Di Sidoarjo
  • Nurhafizah ❤
    5 Tips Bagaimana Menjaga Fikiran Positif Setiap Hari
  • Wanita Melayu Akhir Zaman
    J-Pace SUV Review 2018
  • SaHaBaT BUKIT BOTAK
    Ninja : Genap 1 Tahun 4 Bulan
  • silenceaneesa ♥
    Langkah Memberi warna Baju Dengan Wantex supaya Sembuh Seperti Baru Lagi
  • Reading is the most relaxing moment. (I'm only eighteen)
    Siri Kak Senah: Misteri Kasih Mansion 5
  • BILA KATA HATI MENULIS
    Terus Mencintaimu
  • Wardah Alisya
    8 tahun usia Wardah Alisya
  • Dazzi Lurzzi Official Blog
    Redha 2016 Movie Hack Full
  • ya allah kuatkan hati kami
    Obat herbal murah berkhasiat paling ampuh
  • oLd_sChOoL
    Selangor Juara Piala Malaysia, Kenduri Kahwin Member Lebih Penting
  • [ hujung peNa... papan kekuNci ]
    "Letihlah nak pikir duit..."
  • JoY AnD SoRrOw
    FiRsT eNtRy FoR tHiS yEaR
  • Anas Muallim
    Cuti yang panjang
  • segalanyamungkin
    BAKTI SISWA TERENGGANU (KAMPUNG SEBERANG TAKIR)
  • ! ~ Salam Ukhuwah ~ !
    Giveaway dan Lucky Draw
  • misyaain amna
    TANDA HIDUP TAK BERKAT
  • ^◕‿◕^
    UPDATE NEW STOCK ** MEN'S SHIRTS **
  • The Karl Nyzam™
    Erti Sebuah Kemaafan
  • col0ur ur life
    Tukar Lagi.
  • kami craft
    Pek Kombo Tona~~ Murah Gilaa~~~!!!
  • Abu HurairaH
  • My Life
    Hujung Minggu
  • ~~ ketulusan hati ~~
    Dia kekasih aTi Qu...
  • ♥ CATATAN SEORANG HAMBA ♥
    ♥ KISAH MAYAT MEMBACA SURAH YASSIN DI MEKAH ♥
  • maiza husna
  • PERCUTIAN TERINDAH
    PAKEJ 3HARI 2MALAM DI PANGKOR
  • ! .. ✿Ɖαʏα Ƭнɛ Ƨιϰтн✿ .. !
    Korean Fashion :)
  • Ibnu Sina ATC
    Sekitar Karnival Ekonomi Muslim
  • ~liFeminEswEEtsoUr~
  • Celoteh Deqyah Pegeon~
  • Triple L
  • JuZ a sImPLe guRL DiaRy
  • BerLARI ke LANGIT
  • ♥
  • Muni Izzah
  • ♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•.♫•♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•.♫• ♫•*¨*•.¸¸
  • vip eema..
  • Eimma
  • kedai mu
  • Hafiz Hamidun
  • Seek ONLY for MARDHOTILLAH
  • BLOG ALAN
  • ✿ Missz.Nana.Punyer.Cerita ✿
  • ..sEriKanDi isLaM..
  • *sUkA-suKi DunIakU*
  • hello !!!
Backgrounds & Flower Backgrounds
Powered by Blogger.