Wahai Si Pemilik Dunia...
Wujudnya Aku Di Atas KurniaanMu Ini
Adakah Kerana Aku Yang Terpilih?
Terpilih Melayari Dugaan Maha Hebat...
Hebat Di Mata Dunia, Amat Dahsyat Di Mata Jiwa
Apabila Emosi Berlarian Sekata Keresahan Yang Tiada Penghujungnya
Aku Mula Didatangi Kebimbangan...Bimbang Dengan Takdir Yang Bakal Terlakar
Terlakarnya Satu Coretan Dunia Yang Buruk Coraknya...
Saat Ini, Aku Dihujani Suatu Kedaifan Jiwa
Aku Hilang Tumpuan Pada Tanggungjawab Di Atas Dunia...
Siapa Bilang Aku Tidak Punya Pilihan?
Si Pemilik Dunia Tidak Sekejam Seperti Isinya
Tetapi Pilihan Itu Aku Tidak Tahu Simpulnya Di Mana
Mungkin Juga Bisa Merubah Kehidupan Alpaku Ini...
Jika Pilihan Rasa Yang Aku Takluki,
Sudah Tidak Dapat Aku Lalui Titian Itu Seperti Dahulu...
Jika Pilihan Jiwa Yang Aku Jelajahi,
Pasti Bakalku Musnahi Kehidupan Di Sipiku...
Mengapa Tidak Dijadikan Pencipta Sebagai Rujukan Hati?
Kerana Aku Takut Dengan JawapanNya
Aku Bimbang Dengan Kebenaran Yang Sukar Dizahirkan
Tidak Sekali-kali Aku Selitkan Kemarahan Emosi,
Kebencian Diri Dan Penyesalan Ilusi Dalam Mencari Jawapan...
Tetapi Aku Cuba Resapi Naluri Murni,
Kesabaran Hakiki Dan Nilai Sejati Untuk Menyelami Jawapan Sebenar
Aku Silap, Aku Naif Lagi Hina...
Kerana Tidak Semua Jiwa Mampu Memahami
Memahai Setiap Gelodak Jiwa Yang Cuma Aku Tahu Rentaknya
Cubaku Fahami Apa Yang Ingin Kutunjuki,
Tetapi Pastikah Dia Mengerti?
Mengerti Tangisan Kalbuku Yang Tidak Dapat Ditahan Lagi...
Sedaya Mampu Aku Ketepikan Kemarahan Dan Kebencian
Entah Mengapa Aku Gagal Lagi...
Tembok Kesabaranku Roboh Bagai Menyembah Bumi
Fahamilah Aku Wahai Hati, Fahamilah Aku Wahai Jiwa
Aku Cuba Mencari RedhaMu Di Setiap Langkahku...
Aku Cuba Berkongsi Keresahan Jiwa Yang Mampu Membunuhku
Sekali Lagi Aku Titipkan, Fahamilah Aku...
Aku Manusia Lemah Nurani Dan Pekertinya
Aku Insan Hina Pada Kejahilan Sendiri
Bukan Harta, Bukan Rupa, Bukan Pangkat Nilaianku...
Cuma Tarbiahanmu Aku Rayu
Cuma Tarbiahanmu Impianku Saat Ini
Sudahku Patrikan, Andai Tiada Jalan Lurus Di Situ,
Aku Bisa Mengundur Dan Mencari Lorong Yang Satu
Redha Dan Pasrah Aku Pohon,
Bukan Derita Jiwa Insan Lain Yang Aku Tagihkan...
Jangan Ikat Aku Pada Kemusnahanmu
Jangan Tambat Aku Dengan Kata-kata Lemahmu
Kerana Aku Tidak Bisa Hidup Di Atas Kemusnahan Insan Lain
Aku Tidak Mampu Ya Tuhan...
Kerana Kekejaman Bukan Pilihanku
Berkatilah Harapan Daifku Ini
Ampunilah Insan Yang Lemah Serba-serbi
Aku Cuma Insan Biasa, Yang Sentiasa Ingin Mencari Jalan LurusMu
Tanpa PanduanMu, Sesatlah Aku Di Muka Bumi Indah Ini...
Wahai Si Hati Itu, Redhailah Keputusanku...
p/s: benci & marah sekali-kali bukan pilihan kita... ^_^
0 oRaNg cOmeL DaH MinUm KoPi:
Post a Comment