Lepas dah makan dengan senang hatinya kita menuju ke lift nak naik ke atas balik. Nak amek barang2. Kawan kita pergi toilet so, dia suh kita gi dulu. Tekan punya tekan tengok2 lift buat hal pulak pagi2 ni. Ya ampun...dalam hati pikir takkan nak naik tangga sampai tingkat 9 ni. Biar betul. Kebetulan bos kita satu family pun nak naik. Diorang tingkat 7. Kita bagi tau la lift rosak. Bos kita dah senyum2. Sebab semalam kita bangga sangat dapat duk tingkat 9. Hahaha..bos kita cakap "dipersilakan la naik tangga..." adoiii...mula2 kita bagi diorang dulu mendaki. hehehe..kita nak tunggu jugak lift tu sampai elok. Tunggu punya tunggu nampak gayanya macam tak ada harapan. So, dengan penuh keazaman kita pun naik la tangga menuju ke tingkat 9. Tingtong kita dibuatnya...memang 'nikmat' duk tingkat tinggi2 ni. Hahahaha...
Mengikut jadual tepat jam 8.30 pagi bus kami bergerak ke arah Gunung Kinabalu. Tour guides bagi tahu perjalanan mengambil masa lebih dari 2 jam. Lama tu! Sebelum bus bergerak, kita siap makan ubat untuk tahan rasa muntah sebab perjalanan kali ni mencabar lebih lagi. Jalan yang bengkang-bengkok dan jauh. Apa lagi, bila dah makan ubat tu mata tak boleh nak celik la. Tapi kita sempat jugak la tengok pemandangan sepanjang perjalanan tu. Kita ingat lagi, kita ada lalu depan UMS, depan masjid negeri Sabah dan sebagainya. Tour guides ada cakap yang di Sabah tinggi sesebuah bangunan tidak boleh melebihi dari 30 tingkat. Betul kan? Tu dia...kalau dekat semenanjung sampai terkehel tengkuk nak tengok bangunan tinggi...hehehe....berbezanya sana dengan sini.
Sepanjang perjalanan menuju ke kaki Gunung Kinabalu, kami melalui lereng2 bukit. Kita dapat la tengok penempatan di sana. Jauh dari pekan. Kalau pekan pun tak nampak sangat orang. Boleh kira dengan jari jer. Alhamdulillah....dipendekkan cerita, akhirnya kami sampai di kaki Gunung Kinabalu. Tapi sebelum ke sana kami telah dibawa menaiki van khas sebab bus tak boleh masuk dalam tu. Masuk jer kawasan situ terasa dingin sangat. Maklum la, bukit di sekeliling. Padahal matahari dah atas kepala dah.
Diberi nama PONDOK TIMPOHON |
Udara yang sangat segar |
Gunung Kinabalu |
Untuk pengetahuan bersama, sebelah dengan gunung Kinabalu ni ada sebuah lagi gunung yang rendah sikit dari gunung Kinabalu. Nama yang diberi Gunung Nabalu. Ada la sejarahnya mengikut kata orang Sabah. Kita nak citer pun panjang sangat...hehehe...
Kita duduk dekat atas tu sekejap je. Dah puas bergambar kami dibawa turun semula. Tempat yang akan kami tuju selepas ini adalah ke Canopy Walk yang tertinggi di dunia. Dengar nama je pun dah teruja sangat. Huhu...menuju ke sana kami hanya menaiki bus. Jaraknya tak ada la jauh sangat dari kaki gunung Kinabalu tadi. Tak sampai 15minit kami pun sampai di situ. Ya ampun, ramainya orang...
Gayat wooo jalan atas ni... |
Kolam air panas |
Kita tak kisah sangat dengan kolam air panas tu, hati kita dah tak sabar nak naik Canopy Walk tu. Tapi malangnya bila kami sampai sini, tour guides dapat information yang titi gantung tertinggi tu tengah dibaik pulih. So, tak leh la naik. Tapi...tapi...hehe...ada penggantinya. Titi gantung yang kedua. Cuma dia rendah sikit la. Jadi la dari terus kempunankan???huhuhu...dengan penuh semangat kami pun menuju ke situ.
Berita kurang baiknya, kalau nak bergambar dalam tu dengan handphone ke, camera digital ke atau seangkatan dengan itu kena bayar daa.....kalau h/p dengan camera digital kena bayar RM5.00 setiap satu. Kalau nak buat video kena RM30.00....fuhhh...nak tak nak kita pun bayar la. Kalau tak, tak ada la kenangan dalam tu.
Hahaha..kita ingatkan senang nak memanjat ke atas tu..rupa2nya...Ya Allah..nak tercabut kaki dibuatnya. Teramat la tinggi. Juahnya lebih kurang 250meter. Bayangkan la...bukannya mendatar, tapi menegak ke atas. Adoii..paling kesian dekat warga tua la. Nak patah balik bukannya dekat. Tak ada pilihan kena teruskan jugak la...sob3...tapi tak pe..kitakan muda lagi. Malu la dekat warga2 emas nanti. Tewah3...hehehe..
Huh...lega dan nikmat!! Jauh woo....nasib baik pakai seluar. Hehehe...kalau kain jawabnya naik tak turun2 la. Ada 4 titi gantung pendek tak silap kita. Lupa dah..hehe..memang gayat. Itu nasib baik tak naik yang paling tinggi, kalau tak habis la. Sekali jalan hanya dibenarkan 6 orang sahaja. Takut ada perkara yang tak diingini berlaku.
Bila selamat sampai dekat bawah, tengok tapak kasut dah nipis. Hahaha..betapa kuatnya kita mencengkam tanah. Huhu...penat jangan cakap la. Turun2 terus pi cari air. Haus...haus...
Bila semua dah berjaya turun dengan selamat, kami menuju ke kolam ikan kelah pulak. Nak berendam kaki dekat situ. Tapi kena naik bus jugak la. Tak larat nak jalan kaki dah. Sumer kaki dah bengkok2. Ekekeke.. Tak sampai 10 minit kami pun sampai ke situ. Ingatkan dapat terus rendam kaki, rupanya kena tunggu giliran jugak. Adoiii...sebab orang ramai sangat. Tiket setiap orang kena RM5.00. Masa berendam hanya 15minit. Memang kaya la tokeh tu. Hahaha...
Ikan kelah memagut makanan yang digenggam |
Pintu masuk |
Kita pun mula2 tengok orang turun dulu. Baru je dorang letak kaki terus ikan kelah tu datang gesel2. Mak aii..geli seyhh! Besar2 pulak tu. Seriously mula2 kita takut nak masuk dalam air, tapi bila tengok budak kecik pun tak takut takkan kita nak takut pulakkan...hehe..dengan berhati2 kita pun masuk kaki sikit2. Ya ampun...memang geli giler. Takut kena geget..waaa... Sebab besar2 sangat. Tapi dah lama2 baru rasa best. Hehe...cukup 15minit kami pun dipanggil naik. Tak puas pulak rasanya..ermm...
Hari pun dah nak gelap. Kami tak leh nak leka2. Lepas sumer dah berkumpul balik atas bus, kami akan menuju ke tempat penginapan malam ni. Juga di atas bukit. Mount Kinabalu Heritage Resort & Spa. Panjang berjela... Ini merupakan satu2 nya resort yang dibina di atas gunung. Sebelum kami sampai ke resort tu, kami singgah di pekan yang menjual sayur-sayuran. Memang segar2 je. Tapi kita tak beli pun sebab tak tau nak sumbat dekat mana dah.
Akhirnya kami sampai jugak di resort tu. Memang tinggi! Memang cantik! Masa tunggu nak dapatkan kunci bilik hotel, lepak2 dulu dekat lobi. Memang terbaik hotel tu. 4 bintang & bulanlah katakan. Haha..Tapi ada satu berita yang sangat best..hik3..rupa2nya bos pilih untuk kami chalet. Bukan bilik hotel. Apa lagi, melompat keriangan la. Tapi dalam hati jela. Hahaha...sapa yang tak nak tidur dekat chalet tu...tempat paling comel dekat situ. Bertentangan je dengan hotel. Tapi suasana dia rasa macam dalam hutan la. Memang hebat!! Masuk2 je chalet tu tak berkelip mata. Indahnya...syukur..
Ada 24 chalet macam ni |
Dari sini boleh nampak jelas bukit-bukau |
Haa..tu dia...lepas lepak2 sat, kita siap2 nak pergi makan malam pulak dalam hotel tu. Perut pun dah kenyang kitorang dibawa ke bilik karaoke..haha..mula2 ada hati la jugak nak nyanyi, tapi ramai sangat. Kita pun batalkan la niat tu..hehehe..lagi pun bercampur la dengan mat2 saleh yang minum2 dalam tu. Dari terjebak sama, baik keluar hirup udara segar. Nanti nyanyi je dalam bilik air. Hahaha...macam tak biasa...huhu..
Malam tu pulak hujan lebat...apa lagi, tanpa memberi amaran mata pun mula la layu....huh..nikmatnya dapat tidur....thanks to Allah...esok dah nak balik. So, ini malam terakhir di bumi Sabah. Lepas ni entah bila la pulak dapat datang sini.
Keesokan harinya kita mengambil peluang bergambar sana dan sini. Permandangan dia macam lukisan. Kehijauan semuanya. MasyaAllah..begitu hebat ciptaan Tuhan. Amin ya Rabb...
Lepas berkemas semua, kami pun bertolak ke bandar Kota Kinabalu semula. Flight kita jam 5.10 petang. Sebelum terus menuju ke airport kami singgah di beberapa buah tempat. Antaranya Pekan Nabalu. Di sini ada menjual pelbagai jenis kraf tangan Sabah dan t-shirt2. Pilih je. Sampai tak tau nak pilih la....Jangan lupa konsepnya, pilih+ambil+bayar. Bukan pilih+ambil+blah...hahaha..
Lepas tu kami menuju ke Jamilah Jewellery dan Pasar Filipina sekali lagi. Seterusnya kami membeli-belah di Seafood Frozen. Harga di sana lebih murah berbanding di sini. Daging buaya pun ada jual tau..iyakkss..Akhir sekali, sementara masa masih berbaki, kami di bawa ke kilang coklat berdekatan dengan airport Kota Kinabalu.
Fuhh..letih sudah....Tepat jam 5.15 petang, kami bertolak pulang ke semenanjung Malaysia. Bye2 Sabah!! Ada rezeki jumpa lagi. Pengalaman indah di sana pasti tersemat rapi di minda dan juga hati. Tewah3....sob3....
p/s : sape2 yg berbesar hati nak sponser kita jalan2 lagi jangan malu2 nak kasi tau ek???ahakss~~~
0 oRaNg cOmeL DaH MinUm KoPi:
Post a Comment