-->
~CoretanSiPenaDaif~

..Pilih Mana Suka..

  • bola (1)
  • cerita ain (46)
  • cerpen (2)
  • cinta (18)
  • filem (1)
  • ilmu (1)
  • kata2 hikmah (2)
  • kecewa (4)
  • kekasih (1)
  • kereta (1)
  • kesihatan (3)
  • lagu (3)
  • langkawi (4)
  • lirik (2)
  • makan (3)
  • minat (1)
  • movie (1)
  • nasyid (1)
  • novel (5)
  • Novel : Segalanya Mungkin (36)
  • pandangan (10)
  • pengajaran (2)
  • pengalaman (21)
  • percutian (6)
  • perempuan (2)
  • perkongsian (21)
  • persoalan (3)
  • promot (17)
  • puisi (5)
  • ramadhan (6)
  • raya (6)
  • renungan (2)
  • resepi (19)
  • rindu (5)
  • rumahtangga (2)
  • sabah (2)
  • sahabat (4)
  • soal hati (5)
  • walimah (15)

KuTip DuRiaN...yeAhhAaaa...

Assalamualaikum...^_^

Hohoho...sampai ke hari ni tak sihat2 ni. Maklum la, balik kampung minggu lepas jumpa pelbagai 'ubat' di rumah..huhu...

Itulah orang cakap jangan ikut nafsu. Nafsu??? Nafsu apa?? Jeng3....nafsu tak boleh tengok makanan favourite depan mata. Hadooiiii....^_^

Sebelum sampai di Perak memang jadual selama dua hari di sana sudah diketahui padat lagi penuh. (macam tak pernah balik!)

Ikut perancangan, sabtu pagi kami tiga beradik nak gi rumah akak dekat Ulu Kenas. Dia suruh datang rumah ambil durian. Husband ada dusun durian la katakan. Untongggg laa..hohoho...petangnya pulak nak ke pekan Taiping cari baju raya. Ekekeke...

Masa sampai dekat Perak dekat2 pukul 10.30 malam dah la. Masa dalam kereta akak tanya, kamu ni sihat ke nak berjalan merata2 esok. Kita pun jawab sihat...sihat..nak makan durian punya pasal. Hehehe...

Dah sampai rumah hadap Maharajalawak dulu. FINAL dah ni..huhu..badan dah rasa penat semacam je ni. Dah habis program tu ingatkan boleh la terus tidur sebab esok nak keluar rumah awal2 pagi. Elok nak tidur sambung menyembang dengan adik pulak. Adoiii..sudah2nya pukul 2 pagi jugak la tidurnya...

Esok tu kami keluar rumah pukul 7.30 pagi lebih kurang la. Sebelum sampai rumah akak gi pam tayar kereta dulu la, singgah tadika akak la. Macam2 hal. 

Bila dah sampai rumah akak, dia dah siap kupas buah durian bubuh dalam bekas. Apa lagi, nampak je durian terus NGAPPPP....tak ingat dah diri tengah tak sihat time tu. Yang penting dapat makan durian. Sedap bangatttt...ekekeke...

Akak cakap kalau nak bawak balik rumah, kena pi kutip dekat dusun dia la. Lagi pun dusun tu dekat je dengan rumah dia. Kitorang 4 beradik pergi la dusun tu. Tiga guni kosong kitorang bawak pergi tau. Konon2nya nak bawak balik banyak la. Huhuhu..

Sampai je dekat dusun durian tu, kita memulakan operasi mencari dan menyelamat. Hahaha...padahal kepala tengah pening2 ni. Kita kuatkan jela hati ni. Akak kita yang sorang lagi dengan adik kita macam perak sikit la sebab dorang tak ada pengalaman kutip buah durian lagi. Kita ada dah..ececehhh...

Memang semangat la kitorang. Sampai dah tak larat2. Tapi suka punya pasal kitorang redah sampai ke dalam. Bila kumpul2 dekat lima guni. Padahal guni bawak 3 jer tadi. Sudahnya abang ipar kita datang kemudian bawak guni lain pulak. Banyak gilerrrr buahnya...kalau jual boleh kaya 2 minit. Wink..wink..

Masa nak angkut buh dalam kereta yang parahnya. Sebab dusunnya ke bawah bukit sikit. Ya ampun..macam nak patah pinggang angkat sumer tu. Nak tinggal sayang. Kutip penat2 takkan nak tinggal macam tu jer kan. Dengan penuh keyakinan kitorang bertiga la yang angkat tiga guni naik atas. Akak yang sorang lagi tak berapa sihat jugak.

Fuhhh..tak pernah buat kerja seberat ini. Kalau makcik2 kat kampung tu tengok, mesti tak fikir dua kali nak ambil kitorang jadi tukang kebun. Huahuahuahua....

Dah peluh2 ni, adik kita ajak gi mandi sungai. Lalu kita pun berkata, (haha...) k.ain ni tak sihat...karang kalau mandi sungai bertambah teruk la...ekekeke..padahal malas nak gi mandi sungai. Ingat nak balik, nak tidur je. penat gilerrr...

Itu la pengalaman yang memenatkan tapi puas. Sekurang2nya kalau makan buah tu rasa bangga sikit la sebab pi kutip sendiri. Hehehe... Tapi akibatnya kena tanggung sendiri la. Sebabnya balik hari tu, buah durian+buah rambutan+ketul ais menjadi makanan ulangan. Fuhhh..suara sampai dah tak ada ni....wawawa.....nak sihat! Nak sihat!!!!!!


durian orang lain ni...hehehe...




p/s : makan durian..makan jugak..tapi jangan abai kesihatan macam kita ni...ekekeke...^_^



~ TERIMA KASIH SUDI BACA ENTRY CIK AIN.. SINGGAH LAGI TAU! ~

cOreTaNdAiF oLeh Cik Ain at Monday, June 27, 2011
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
0 oRaNg cOmeL DaH MinUm KoPi

Baju Raya!!

Salam buat semua... >_<

Wah3....raya lambat lagi ni. Tapi tanya la penjahit baju mana2 pun. Mesti tempahan dah penuh. Punya sakan orang Malaysia nak beraya ek?? Puasa belum lagi ni...tingtong...

Kita ni sepasang baju pun tak beli lagi. Rasa2 macam lambat lagi, tapi biler tengok kalendar, tu dia...dah dekat sangat kita nak puasa. Lebih kurang sebulan je lagi nak puasa pulak.

Biler sebulan lagi nak puasa, kiranya 2 bulan lagi la nak raya yer...Ish3...cepat sangat masa berlalu. Rasa macam baru lagi beli baju raya untuk tahun lepas punya.

Dah peruntukkan duit untuk baju raya ke? Hahahaha...maklum la, sekarang ni macam2 pesen ada jual. Nak warna yang terang, warna suram..sume ada la. Yang paling syok nak yang tebal pun ada, yang jarang pun melambak..huhuhu...

Pergi mana2 pun sekarang ni, melambak2 promosi kain untuk buat baju raya. Sampai rambang mata nak pilih. Yang dah berkeluarga ni lagi la pening bab nak pilih-memilih ni. Yang si suami dah jeling2 dari jauh. Bosan menunggu si isteri yang tak dapat2 lagi corak pilihan dari pagi sampai petang. Ekekeke...

(nasib baik kita tak ada suami lagi..ahaks...)

Setiap tahun, keluarga kita ada warna tema sendiri. Last year punya tema is gray. Tahun ni punya warna tema tak ada plan lagi. Hari tu discuss dengan akak & adik , diorang cakap dah pergi kedai kain tu nanti pilih la mana yang cantik. Hehehe...kita tak kisah. Ikut kita nak warna koko jer..huhuhu...

The best moment is before MAK kita dijemput Illahi, kita sempat buatkan dia sepasang baju raya dan tahun itu merupakan 1st year kitorang satu family memulakan misi tema-mentema ni...hehehe....

Raya raya jugak, bagi kaum Hawa dah habis bayar 'hutang' ke??? Teettt...^_^

Paling 'terbaik' la untuk tahun ni ialah 1st year jugak yang mana kita kena peruntukkan bajet (duit raya) untuk 17 orang anak buah. Adoiii...calculator boleh rosak mengira ni. Skru tercabut bergolek2..Ekekeke...

Pape pun, bagi menanti ketibaan bulan yang penuh mulia ni tidak lama lagi, berdoalah agar kita dipanjangkan usia untuk menempuhi satu lagi episod dalam kehidupan kita sebagai umat Islam. Walaupun Ramadhan kali ini dilalui tanpa insan2 tersayang, ingatlah bahawa kita sentiasa mengingati mereka di atas bukti kasih sayang yang berkekalan buat insan2 di sana. Amin Ya Rabb...


 p/s : kalau nak melaram pun jangan sampai tahap membazir yer adik2...!! (nak gi shopping baju raya weekend ni..huhu..)
      

~ TERIMA KASIH SUDI BACA ENTRY CIK AIN.. SINGGAH LAGI TAU! ~

cOreTaNdAiF oLeh Cik Ain at Thursday, June 23, 2011
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
0 oRaNg cOmeL DaH MinUm KoPi

Musim Sakit...sob3...

Assalamualaikum...^_^

Dah dua tiga hari kita diberi nikmat dari Yang Maha Esa. Nikmat apa?? Nikmat S.A.K.I.T...

Ikutkan hati yang sentiasa lemah ni, kita nak cuti jer. Duk rumah & rehat puas2. Kelemahan kita biler terkena virus selsema & batuk ni mula la demam + sakit kepala mai sekali tumpang. Buat kenduri kendara siap depa ni. Haishh...Senang citer 4 in 1 la. Lengkap pakejnya...^_^...


demam+batuk+selsema+sakit kepala


Tapi lepas kita mandi pagi tadi, kita cakap dekat diri kita, 'sabar ain...ini cuma dugaan kecik. Jangan manjakan sangat diri tu. Lawan sakit tu..bla..bla..' dah macam orang kurang siuman cakap sorang2. Tapi itu merupakan terapi bagi kita.

Kita beli ubat batuk apa semua, minum air 100plus nak bagi kuat balik tubuh badan. Kita dah set dalam mind yang kita tak nak ambil MC. Kesian dekat kawan kerja kita yang sorang tu. Nanti dia tinggal sorang2 dekat ofis.

Lagi pun esok dah Jumaat. Sabtu & ahad kita cuti. So, kita kena sabar untuk 2 hari je lagi. Lepas tu boleh rehat dekat rumah. Conoknyer......

Dulu kalau masa arwah mak ada, sakit sikit je mula la nak perhatian lebih. ekekeke... Nak mak tidur dengan kita la, nak mak sentiasa depan mata la..nak itu..nak ini..tapi sekarang??? BERDIKARI!!

Ain dah jadi seorang yang berdikari mak... Syukran Ya Tuhan di atas dugaan yang telah kau limpahi. Kini kita menjadi seorang anak yang sudah pandai berdikari....^_^...chayouk2!!

Kita harap kita akan terus kuat untuk hadapi sebarang kesulitan. Walaupun tanpa sokongan sesiapa, DIA sentiasa dengan kita...


p/s : jaga diri baik2 semua...!!

~ TERIMA KASIH SUDI BACA ENTRY CIK AIN.. SINGGAH LAGI TAU! ~

cOreTaNdAiF oLeh Cik Ain at Thursday, June 23, 2011
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
0 oRaNg cOmeL DaH MinUm KoPi

^_^Tanggungjawab (3S)^_^

Salam Petang buat pembaca...^_^

Bukan senang nak ada mase petang2 macam ni. Maklum la..kadang2 tu kena pi menoreh, kadang2 kena pi menjala ikan. Demi mencari sesuap nasi. Wink..wink..

Apa maksud Tanggungjawab (3S) tu ek? Ermm...I would like to say "Seorang Suami Soleh"

Meh nak kasi mukaddimah dulu. Ehem..ehem...semalam kita pergi rumah tok(nenek bagi orang utara). Rumahnya terletak di Lahar Kepar, Kepala Batas..sebab mak sedara kita ada buat kenduri untuk arwah husband dia. Kita ingatkan kenduri kecil2 jela. Sampai je situ..tu dia...tempat parking pun tak ada.

Mengikut kata abang kita, orang kampung tu memang macam tu. Disebabkan diorang akrab, so semua la dijemput walaupun kenduri tu kecik jer. Ooo..patut la pun..

Yang paling best my siblings dari kampung pun datang jugak. Bestnyer...4 buah kereta la kitorang semalam. Biasa la bila dah ramai2 tu. Sembang itu..sembang ini. Macam2 la citer yang keluar.

Sembang punya sembang...ada la beberapa topic yang menarik perhatian kita. Apa lagi kalau bukan berkaitan "Seorang Suami Soleh". Kita jugak perempuan biasa yang dicipta oleh Pencipta yang punya naluri inginkan seorang suami soleh yang dapat bimbing kita di dunia mahupun akhirat. 

Apa yang mereka bualkan tak perlulah kita huraikan secara terperinci. Just kita nak share perasaan kita bila dorang sembang itu dan ini. Dalam hati kita hanya satu yang terucap, "betapa susahnya untuk mendapat seorang suami soleh".

Ermm...kadang2 tu kita tak hairan la bila ada perempuan yang takut untuk berumah tangga. Pelbagai cerita kurang enak terlalu banyak di'hidang'kan pada mata dan telinga kita setiap hari dan seterusnya akan mempengaruhi minda si pembaca.

Tak percaya?? Bukak la newspaper esok, hari ni atau yang lepas2. Ada saja masalah rumahtangga yang dapat kita baca dan dengar. Kadang2 bila perkara tu tak terjadi di hadapan mata kita sendiri, memang kita anggap benda tu lumrah dunia...Tapi kalau yang pernah lihat semua tu dengan mata kepala sendiri macam mana pulak??? Tak percaya mak nak...

Kita memang tak ada pengalaman sebagai seorang isteri. Tapi jangan lupa, orang di sekeliling kita sudah terlalu ramai yang berumah tangga. Serba sedikit, hal ini tetap menjadi sebahagian dari hidup kita kan??

Setiap wanita menginginkan seorang suami yang soleh hadir dalam hidup mereka. Tanya la perempuan mana pun. Itu la jawapan yang pasti. Kita tak pernah dengar lagi la ada perempuan yang jawab, 'saya nak suami yang jahat2 sikit...yang tak bertanggungjawa..bla..bla..bla..'

Apa itu suami SOLEH? Jom kita baca ni sama2 :

http://halaqah.net/v10/index.php?topic=30.0

Di sini kita masukkan ciri2 suami yang soleh:

  • Suami yang taat dalam melaksanakan perintah serta suruhan Allah dan Rasulnya dan dapat pula membimbing isterinya.
  • Suami yang mampu memberikan nafkah sama ada zahir ataupun batin.
  • Suami yang sedia memberikan nasihat, bimbingan, dorongan, didikan dan tunjuk ajar dalam melaksanakan tugas serta tanggungjawap rumahtangga dan juga terhadap Allah s.w.t
  • Suami yang bijak dalam menyelesaikan permasalahan isteri yang timbul bersama jiran tetangga atau sebagainya.
  • Suami yang dapat memberikan pemerhatian dalam hal keselamatan, kebajikan dan kesihatannya.
  • Suami yang dapat menyediakan tempat tinggal, pakaian dan makanan yang sempurna mengikut kemampuanya.
  • Suami yang penyabar dan tidak menggunakan kekerasan dalam menyelesaikan sesuatu masalah atau untuk mendapatkan sesuatu.
  • Suami yang tidak cemburu buta tanpa asas terhadap isterinya yang mana boleh merosakkan keutuhan rumah tangga mereka.
  • Suami yang sentiasa memberikan kasih sayang, belas kasihan dan pergaulan yang baik terhadap isterinya.
  • Suami yang sentiasa menjaga rahsia isterinya dan tidak di dedahkan kepada orang lain.
  • Suami yang ikhlas dan jujur serta dapat menepati janji terhadap isteri dan anak-anak.
  • Suami yang menjauhkan diri dari perbuatan maksiat seperti meminum minuman keras, berjudi, berzina, menipu, mencuri dan sebagainya.
  • Suami yang dapat memberikan penjagaan dan pemerhatian yang baik terhadap isterinya penjagaan ini meliputi semua hal termasuk kehormatannya.
  • Suami mestilah bijak memahami perasaan dan hati isteri sama ada dengan perbuatan atau perkataan, jangan biarkan dirinya dalam keadaan sedih.
  • Suami yang sentiasa mengutamakan kebersihan diri, zahir dan batin.
  • Suami mestilah menahan dirinya dari bergaul secara bebas dengan wanita lain.
  • Suami yang dapat menyelidik secara cermat dan teliti segala hal yang disampaikan oleh orang lain yang berkaitan dengan isterinya



    Haa..apa kata lelaki?? Mampukah mereka memiliki semua sifat2 ni?? Jangan jadikan kata2 "setiap manusia ada buat silap" sebagai alasan untuk tidak menjadi Seorang Suami Soleh. Belum cuba belum tahukan.

    Sebut bab perkahwinan ni kita masih ingat masa kita study di KL dulu. Dalam kuliah Pengajian Agama, group kita kena bentangkan bab perkahwinan. Memang banyak input yang kita dapat sebab sebelum menyampaikan sesuatu perkara kepada orang lain, kita kena punya ilmu di dada supaya sebarang persoalan dapat dijelaskan dengan baik dan betul.

    Tetapi melalui penulisan ni, kita bukan nak hentam kaum Adam semata-mata. Tetapi ini hanya tatapan buat mata yang rajin untuk mencari ilmu pengetahuan dan ia bersangkutan dengan perbualan antara si dia dengan si dia pada majlis kenduri semalam.

    Dari sudut kaum Hawa sendiri pun timbul pelbagai masalah, ada rezeki dan masa terluang kita akan share topic itu pula.

    Kita bukan Tuhan untuk menghukum sesiapa. Sekali lagi kita tegaskan, bukan semua lelaki tidak mampu untuk menggalas tanggungjawab sebagai Seorang Suami Soleh. Sesiapa di antara kaum Hawa yang memiliki seorang suami soleh, bersyukurlah anda kerana bukan semua wanita di dunia ini terpilih untuk memiliki suami sedemikian rupa.





    “Apabila orang yang kamu redha agama dan akhlaknya datang meminang, hendaklah kamu kahwinkannya. Sekiranya kamu tidak melakukannya nescaya akan timbul fitnah dan kerosakan di atas muka bumi.” (Hadis Riwayat at-Tirmizi dalam kitab nikah, (no. 1080) daripada Abu Hatim al-Munzi)

    p/s: kita pun nak Seorang Suami Soleh jugak...^_^

    ~ TERIMA KASIH SUDI BACA ENTRY CIK AIN.. SINGGAH LAGI TAU! ~

    cOreTaNdAiF oLeh Cik Ain at Tuesday, June 21, 2011
    Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
    0 oRaNg cOmeL DaH MinUm KoPi

    Berakhir juga di...Sabah!!

    Ermm...nyamannya pagi ni. Macam biasa la. Kena bangun awal sebab nak teruskan pengembaraan..hahaha.. Yang paling penting kena kemas2 barang dulu sebab pagi ni nak check-out. Malam nanti kita akan bermalam di hotel lain pulak. Dah siap kemas barang, kita dengan kawan kita pun turun breakfast dulu. Mengikut perancangan, kitorang nak turun makan dulu lepas tu baru naik atas balik bawak turun barang ke bawah. Sebab masa banyak lagi. Kami breakfast pukul 6.30 pagi. Nak kena check-out jam 8.30 pagi.

    Lepas dah makan dengan senang hatinya kita menuju ke lift nak naik ke atas balik. Nak amek barang2. Kawan kita pergi toilet so, dia suh kita gi dulu. Tekan punya tekan tengok2 lift buat hal pulak pagi2 ni. Ya ampun...dalam hati pikir takkan nak naik tangga sampai tingkat 9 ni. Biar betul. Kebetulan bos kita satu family pun nak naik. Diorang tingkat 7. Kita bagi tau la lift rosak. Bos kita dah senyum2. Sebab semalam kita bangga sangat dapat duk tingkat 9. Hahaha..bos kita cakap "dipersilakan la naik tangga..." adoiii...mula2 kita bagi diorang dulu mendaki. hehehe..kita nak tunggu jugak lift tu sampai elok. Tunggu punya tunggu nampak gayanya macam tak ada harapan. So, dengan penuh keazaman kita pun naik la tangga menuju ke tingkat 9. Tingtong kita dibuatnya...memang 'nikmat' duk tingkat tinggi2 ni. Hahahaha...

    Mengikut jadual tepat jam 8.30 pagi bus kami bergerak ke arah Gunung Kinabalu. Tour guides bagi tahu perjalanan mengambil masa lebih dari 2 jam. Lama tu! Sebelum bus bergerak, kita siap makan ubat untuk tahan rasa muntah sebab perjalanan kali ni mencabar lebih lagi. Jalan yang bengkang-bengkok dan jauh. Apa lagi, bila dah makan ubat tu mata tak boleh nak celik la. Tapi kita sempat jugak la tengok pemandangan sepanjang perjalanan tu. Kita ingat lagi, kita ada lalu depan UMS, depan masjid negeri Sabah dan sebagainya. Tour guides ada cakap yang di Sabah tinggi sesebuah bangunan tidak boleh melebihi dari 30 tingkat. Betul kan? Tu dia...kalau dekat semenanjung sampai terkehel tengkuk nak tengok bangunan tinggi...hehehe....berbezanya sana dengan sini.

    Sepanjang perjalanan menuju ke kaki Gunung Kinabalu, kami melalui lereng2 bukit. Kita dapat la tengok penempatan di sana. Jauh dari pekan. Kalau pekan pun tak nampak sangat orang. Boleh kira dengan jari jer. Alhamdulillah....dipendekkan cerita, akhirnya kami sampai di kaki Gunung Kinabalu. Tapi sebelum ke sana kami telah dibawa menaiki van khas sebab bus tak boleh masuk dalam tu. Masuk jer kawasan situ terasa dingin sangat. Maklum la, bukit di sekeliling. Padahal matahari dah atas kepala dah.

    Diberi nama PONDOK TIMPOHON

     Udara yang sangat segar


    Gunung Kinabalu
    Tempat ni diberi nama Pondok Timpohon. Di sinilah kaki gunung Kinabalu atau lebih senang nak faham pintu permulaan bagi sapa2 yang nak daki gunung Kinabalu. Ada bayaran yang perlu dibuat kalau nak daki gunung ni. MasyaAllah!! Walaupun kita tak dapat panjat gunung Kinabalu ni syukur sangat sebab berpeluang lihat keindahan ciptaan Tuhan ni dari dekat. Tak pernah sangka begitu indah sekali apabila dilihat dari jarak yang begitu hampir. Tapi kalau nak tangkap gambar gunung ni seelok-eloknya di awal pagi. Pukul 6 - 7 pagi macam tu. Kalau melebihi masa tu kabus akan menutupi puncak gunung ni. So, tak nampak la ketinggian yang sebenar.

    Untuk pengetahuan bersama, sebelah dengan gunung Kinabalu ni ada sebuah lagi gunung yang rendah sikit dari gunung Kinabalu. Nama yang diberi Gunung Nabalu. Ada la sejarahnya mengikut kata orang Sabah. Kita nak citer pun panjang sangat...hehehe...

    Kita duduk dekat atas tu sekejap je. Dah puas bergambar kami dibawa turun semula. Tempat yang akan kami tuju selepas ini adalah ke Canopy Walk yang tertinggi di dunia. Dengar nama je pun dah teruja sangat. Huhu...menuju ke sana kami hanya menaiki bus. Jaraknya tak ada la jauh sangat dari kaki gunung Kinabalu tadi. Tak sampai 15minit kami pun sampai di situ. Ya ampun, ramainya orang...

    Gayat wooo jalan atas ni...


    Kolam air panas

    Patut la ramai orang. Rupanya di kawasan bawah tu ada kolam air panas. Tempat mandi-manda. Nak berjalan pun sampai berlaga2 bahu. Tapi kita tak sanggup la nak mandi. Ramai ya amat. Bercampur2 lak tu. Bukan pelancong jer yang datang ke situ, penduduk tempatan pun ramai jugak. Mana tak berebut2.

    Kita tak kisah sangat dengan kolam air panas tu, hati kita dah tak sabar nak naik Canopy Walk tu. Tapi malangnya bila kami sampai sini, tour guides dapat information yang titi gantung tertinggi tu tengah dibaik pulih. So, tak leh la naik. Tapi...tapi...hehe...ada penggantinya. Titi gantung yang kedua. Cuma dia rendah sikit la. Jadi la dari terus kempunankan???huhuhu...dengan penuh semangat kami pun menuju ke situ.

    Berita kurang baiknya, kalau nak bergambar dalam tu dengan handphone ke, camera digital ke atau seangkatan dengan itu kena bayar daa.....kalau h/p dengan camera digital kena bayar RM5.00 setiap satu. Kalau nak buat video kena RM30.00....fuhhh...nak tak nak kita pun bayar la. Kalau tak, tak ada la kenangan dalam tu.

    Hahaha..kita ingatkan senang nak memanjat ke atas tu..rupa2nya...Ya Allah..nak tercabut kaki dibuatnya. Teramat la tinggi. Juahnya lebih kurang 250meter. Bayangkan la...bukannya mendatar, tapi menegak ke atas. Adoii..paling kesian dekat warga tua la. Nak patah balik bukannya dekat. Tak ada pilihan kena teruskan jugak la...sob3...tapi tak pe..kitakan muda lagi. Malu la dekat warga2 emas nanti. Tewah3...hehehe..

    Huh...lega dan nikmat!! Jauh woo....nasib baik pakai seluar. Hehehe...kalau kain jawabnya naik tak turun2 la. Ada 4 titi gantung pendek tak silap kita. Lupa dah..hehe..memang gayat. Itu nasib baik tak naik yang paling tinggi, kalau tak habis la. Sekali jalan hanya dibenarkan 6 orang sahaja. Takut ada perkara yang tak diingini berlaku.

    Bila selamat sampai dekat bawah, tengok tapak kasut dah nipis. Hahaha..betapa kuatnya kita mencengkam tanah. Huhu...penat jangan cakap la. Turun2 terus pi cari air. Haus...haus...

    Bila semua dah berjaya turun dengan selamat, kami menuju ke kolam ikan kelah pulak. Nak berendam kaki dekat situ. Tapi kena naik bus jugak la. Tak larat nak jalan kaki dah. Sumer kaki dah bengkok2. Ekekeke.. Tak sampai 10 minit kami pun sampai ke situ. Ingatkan dapat terus rendam kaki, rupanya kena tunggu giliran jugak. Adoiii...sebab orang ramai sangat. Tiket setiap orang kena RM5.00. Masa berendam hanya 15minit. Memang kaya la tokeh tu. Hahaha...

    Ikan kelah memagut makanan yang digenggam

    Pintu masuk

    Bila group kitorang dipanggil semua berebut2 nak turun. Memang banyak giler ikan kelah tu. Jinak2 pulak tu. Kata pemilik tempat tu, kalau musim banjir sekalipun ikan2 tu takkan berpindah ke tempat lain. Memang bagus la ikan2 ni. Dengar cakap. Tak curang. Hehehe...

    Kita pun mula2 tengok orang turun dulu. Baru je dorang letak kaki terus ikan kelah tu datang gesel2. Mak aii..geli seyhh! Besar2 pulak tu. Seriously mula2 kita takut nak masuk dalam air, tapi bila tengok budak kecik pun tak takut takkan kita nak takut pulakkan...hehe..dengan berhati2 kita pun masuk kaki sikit2. Ya ampun...memang geli giler. Takut kena geget..waaa... Sebab besar2 sangat. Tapi dah lama2 baru rasa best. Hehe...cukup 15minit kami pun dipanggil naik. Tak puas pulak rasanya..ermm...

    Hari pun dah nak gelap. Kami tak leh nak leka2. Lepas sumer dah berkumpul balik atas bus, kami akan menuju ke tempat penginapan malam ni. Juga di atas bukit. Mount Kinabalu Heritage Resort & Spa. Panjang berjela... Ini merupakan satu2 nya resort yang dibina di atas gunung. Sebelum kami sampai ke resort tu, kami singgah di pekan yang menjual sayur-sayuran. Memang segar2 je. Tapi kita tak beli pun sebab tak tau nak sumbat dekat mana dah.

    Akhirnya kami sampai jugak di resort tu. Memang tinggi! Memang cantik!  Masa tunggu nak dapatkan kunci bilik hotel, lepak2 dulu dekat lobi. Memang terbaik hotel tu. 4 bintang & bulanlah katakan. Haha..Tapi ada satu berita yang sangat best..hik3..rupa2nya bos pilih untuk kami chalet. Bukan bilik hotel. Apa lagi, melompat keriangan la. Tapi dalam hati jela. Hahaha...sapa yang tak nak tidur dekat chalet tu...tempat paling comel dekat situ. Bertentangan je dengan hotel. Tapi suasana dia rasa macam dalam hutan la. Memang hebat!! Masuk2 je chalet tu tak berkelip mata. Indahnya...syukur..

    Ada 24 chalet macam ni

    Dari sini boleh nampak jelas bukit-bukau


    Haa..tu dia...lepas lepak2 sat, kita siap2 nak pergi makan malam pulak dalam hotel tu. Perut pun dah kenyang kitorang dibawa ke bilik karaoke..haha..mula2 ada hati la jugak nak nyanyi, tapi ramai sangat. Kita pun batalkan la niat tu..hehehe..lagi pun bercampur la dengan mat2 saleh yang minum2 dalam tu. Dari terjebak sama, baik keluar hirup udara segar. Nanti nyanyi je dalam bilik air. Hahaha...macam tak biasa...huhu..

    Malam tu pulak hujan lebat...apa lagi, tanpa memberi amaran mata pun mula la layu....huh..nikmatnya dapat tidur....thanks to Allah...esok dah nak balik. So, ini malam terakhir di bumi Sabah. Lepas ni entah bila la pulak dapat datang sini.

    Keesokan harinya kita mengambil peluang bergambar sana dan sini. Permandangan dia macam lukisan. Kehijauan semuanya. MasyaAllah..begitu hebat ciptaan Tuhan. Amin ya Rabb...

    Lepas berkemas semua, kami pun bertolak ke bandar Kota Kinabalu semula. Flight kita jam 5.10 petang. Sebelum terus menuju ke airport kami singgah di beberapa buah tempat. Antaranya Pekan Nabalu. Di sini ada menjual pelbagai jenis kraf tangan Sabah dan t-shirt2. Pilih je. Sampai tak tau nak pilih la....Jangan lupa konsepnya, pilih+ambil+bayar. Bukan pilih+ambil+blah...hahaha..

    Lepas tu kami menuju ke Jamilah Jewellery dan Pasar Filipina sekali lagi. Seterusnya kami membeli-belah di Seafood Frozen. Harga di sana lebih murah berbanding di sini. Daging buaya pun ada jual tau..iyakkss..Akhir sekali, sementara masa masih berbaki, kami di bawa ke kilang coklat berdekatan dengan airport Kota Kinabalu.

    Fuhh..letih sudah....Tepat jam 5.15 petang, kami bertolak pulang ke semenanjung Malaysia. Bye2 Sabah!! Ada rezeki jumpa lagi. Pengalaman indah di sana pasti tersemat rapi di minda dan juga hati. Tewah3....sob3....



    p/s : sape2 yg berbesar hati nak sponser kita jalan2 lagi jangan malu2 nak kasi tau ek???ahakss~~~



    ~ TERIMA KASIH SUDI BACA ENTRY CIK AIN.. SINGGAH LAGI TAU! ~

    cOreTaNdAiF oLeh Cik Ain at Friday, June 10, 2011
    Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
    0 oRaNg cOmeL DaH MinUm KoPi

    Bermulanya di...Sabah!!

    Assalamualaikum...=)

    Wah3...Semalam (6 Jun) sampai airport(penang) pukul 8 malam. Sampai rumah pukul 10 malam. Hari ni masuk kerja macam biasa. Cuma big bos bagi masuk lewat sikit...Syukran2..=)

    Alhamdulillah...itu jer yang mampu kita ucapkan setelah 4 hari berada di bumi Sabah dan selamat sampai ke semenanjung semula. Bermula dari 3 Jun 2010 sampai la 6 Jun 2010 kita berada dekat sana.

    Kitorang pergi bawah agensi pelancongan (Kembara Riadah). Group kitorang saja dekat 40 orang la termasuk pengurus lawatan semua sekali. Penuh la satu bas. Kita bertolak dari airport Bayan Lepas lebih kurang pukul 8.30 malam-Jumaat (AirAsia yang sempit). Weee...

    Masa dalam flight tu punya la boring. Perjalanan dekat 3 jam. Dengan keadaan yang sempit lak tu. (Patut la AirAsia murah...hehehe...). Macam nak giler di buatnya. Perasaan naik flight tu biasa2 jer. Cuma masa nak terbang dan mendarat tu jer rasa gementar gila. Macam2 bermain dalam fikiran ni. Tengok ke luar pun tak nampak apa. Dah malam. So, duduk jela menunggu masa mendarat.

    Lebih kurang pukul 11.45 malam kita selamat mendarat di airport Kota Kinabalu. Masa dah turun flight tu macam tak caya jer dapat pijak kaki di bumi Sabah. Al-maklum la, nak harap diri sendiri entah bila la dapat pergi. Semenanjung pun tak habis pusing lagi. Alamak!!

    Memang betul la kata orang, suasana dekat sana berbeza dengan kita di semenanjung ni. Tapi berbezanya tidaklah terlampau ketara. Sikitttt jer..hehe..

    Elok jer lepas bahagian imegresen apa sumer, ada bas yang datang jemput kami semua. Badan dah penat giler ni. Dengan beg besarnya lagi, dengan perasaan teruja nak tawan bumi Sabah lagi...ececeh...excited tahap siput sedut...wehehe...

    Mengikut jadual kami akan makan malam di restoran Sempelang berdekatan dengan hotel penginapan. Sebelum sampai ke restoran tu sempat la pusing2 kejap dekat bandar Kota Kinabalu tu. Masa tu dah pukul 12 lebih dah. Tapi keadaan sunyi jer. Tak macam kat tempat kita. Walaupun Kota Kinabalu merupakan bandar raya besar bagi negeri Sabah, ia  berbeza dengan Kuala Lumpur. Tapi terasa tenangnya berbanding KL. Hehe..

    Maklum la, nama pun pakej so semua lengkap la. Semua dah siap depan mata. Malam tu disebabkan dah lewat sangat, nak makan pun tak ada selera. Diorang hidang nasi apa entah. Nak kata nasi minyak bukan, nasi ayam bukan, nasi jagung pun bukan. Nasi putih lagi la bukan. Tapi tibai jela buat lapik perut. Wehehe..

    Dah habis makan kami pun bertolak ke Hotel King Park. Dapat lak tingkat 9. Punya la tinggi. Tapi yang bestnya sapa yang dapat duk tinggi2 dapat la tengok pemandangan yang terbaik. Kita dapat bilik yang menghadap ke laut. Heaven! Hehe... Kita duk sebilik dengan kawan kita. Letih punya pasal tak lama lepas kemas2 ape sumer kita pun bummm....! Haha..

    Lebih kurang 4.30 pagi dah subuh dekat sana. Punya la best tidur sampai tak sedar dah pagi. Tapi tak leh lepak2 gak sebab pukul 6 lebih subuh dah bis. So, gagahkan bangun jugak la. Nasib baik ada air panas. Kalau tak beku la..hoho..Sentiasa kena tengok jam sebab dah kompius dengan cuaca kat sana.

    Pukul 7 pagi kita turun breakfast. Masakan dia walaupun ikut tempat kita (requested) tapi rasa dia memang agak pelik. Macamana pun kena makan sebab sat lagi nak jalan jauh. Lepas sumer dah ready kitorang semua berkumpul jam 8.30 pagi untuk bertolak ke Jeti Jesselton.

    Tak jauh pun dari hotel penginapan kita. 10 minit jer dari situ. Masa sampai tu punya la ramai manusia sementara diorang menunggu kaunter bukak untuk beli tiket ke Pulau Manukan. Air lautnya jernih jer. Ikan warna-warni semua nampak dari tepi jeti tu. Kat bawah ni kita ada tempekkan gambar sekitar Jeti Jesselton. Tapi kita pinjam gambar orang lain la. Tak sempat nak upload gambar kita lagi. Hehe...

    Pintu Masuk Jeti Jesselton



    Sekitar jeti (bot yg akan m'bawa penumpang ke Pulau Manukan)

    Haa...macam ni la keadaannya masa dekat sana. Walaupun jam masa tu belum pukul 10 pagi tapi matahari dah tercacak atas kepala. Pihak pengurusan terpaksa beratur panjang sebab nak dapatkan tiket ke Pulau Manukan. Nak tak nak kena tunggu la jugak sebab tujuan utama memang nak ke Pulau Manukan. Nak snorkeling di sana.

    Dah dapat tiket ape sumer kita pun bertolak ke Pulau Manukan. Tak sabar dah ni. Satu bot maximum leh naik 12 orang. Ya ampun, ingatkan atas bot leh la tangkap gambar tapi macam dah nak melayang dibuatnya. Rasa bot tu bukan jalan atas air tapi atas batu. Melambung2! Nasib baik perjalanan lebih kurang 10 minit je.   Lebih kurang pukul 10 lebih kita sampai di Pulau Manukan. Tu dia....mata tak puas memandang. Nak pergi lagi..nak pergi lagi...=)...


    Dari jeti ni boleh nampak pelbagai jenis ikan di dasar laut



    Pantai yang sangat cantik di mana aktiviti snorkeling dijalankan


    Memang menakjubkan. Tapi bila tiba dekat sini kena kuatkan iman la yer. Benda yang tak sepatutnya dipandang terhidang je depan mata. Dah nama pun tempat melancong. Takkan la kuda pulak yang melepak2 ek..mesti la manusia. Wahaha..

    Kita memang excited nak snorkeling ni. Maklum la, pengalaman pertama. Yang menjadi sifu adalah anak2 bos kita. Haha.. Mula2 belajar tu macam nak tercabut nyawa. Rasa susah sangat sebab tak pernah buat. Ase dah give up dah time tu. Air laut yang masin berkrim tu dah penuh satu badan. Nak muntah, pening pale semua ada. Tapi bila ingat2kan balik, peluang ni tak boleh dilepaskan dan dengan sokongan dua anak dara tu kita berjaya jugak...yabedabeduuuu...

    Tapi yang kelakarnya, kononnya kitorang nak snorkeling sampai jeti tu la. Sebab dekat situ lagi banyak ikan-ikan cantik. Dengan penuh semangat kitorang pun berenang (berenang la sangat...) sampai ke situ. Elok dah sampai situ ada 2,3 suara tegur dari atas.."dik..dik..tak boleh snorkeling sampai sini. Nanti orang nak tengok ikan tak nampak" wawawa....malu giler time tu. Tak sangka la pulak tu tempat larangan. Dengan penuh semangat, kitorang pun pelan2 naik ke darat. Fuhh..amazing...fantastic..kita takkan lupakan pengalaman ni sampai bila2. Thanks adik Iffah & adik Anis...korang sifu terbaik...=)

    Bila dah naik baru la perasan kaki kita luka2 sebab kena batu karang. Tapi tak payah fikir sangat la kan. Yang paling penting, berpeluang melihat keindahan ciptaan Tuhan di dasar laut sana >_<

    Lepas sampai semula di Jeti Jesselton hujan renyai2. Risau gak ni sebab aktiviti kitorang lepas ni adalah SHOPPING!! Hua3...orang perempuan memang tak leh dengar word tu. Bersemangat je. Huhu...Lepas semua dah siap berkumpul, kitorang pun bertolak ke bandar Kota Kinabalu semula untuk shopping di sana. Tempat pertama yang kami pegi adalah Jamilah Jewellery. Untuk informasi, Jamilah Jewellery ni ada dua kedai. Satu harga yang murah dan satu lagi harga mahal. So, pengunjung boleh pilih nak pergi mana satu sebab kedainya dekat2 je. Kakak kita ada pesan nak mutiara tulen. So, pilih punya pilih dapat la apa yang kita nak. Disebabkan Jamilah Jewellery dah bekerjasama dengan agensi pelancongan ni, harga barang semua dapat diskaun.

    Ni kedai Jamilah Jewellery yang mahal harganya


    Dah puas membeli-belah kat situ, kitorang dibawa ke Pasar Filipina pulak. Dekat je dengan kedai Jamilah ni. Jalan kaki jer...sebelum beli apa2 kitorang memang minta pendapat tour guides tu..takut kalau beli benda yang tak sepatutnya. Takut membazir pada benda yang salah.

    Pasar Filipina ni terbahagi kepada 3 bangunan besar. Yang pertama hanya jual jenis ikan2 masin dan kuih-muih. Bangunan kedua mutiara atau t-shirt sabah. Dan yang ketiga air kelapa. Semua la kita round. Kita cari apa yang tour guides tu suggested la...itu pun untuk orang lain...hahaha....macam nak tercabut tangan bawak semua barang tu. Orang lain ada gak bawak pengiring, kita ni nak tak nak hangkut la sorang2. Kesimpulannya nya, pasar ni memang sesak giler..jangan la bawak budak2 kecik ke sini. Kesian dorang. Panas lagi, sempit lagi...tak bernafas dibuatnya. Tambahan dia tepi laut. Lagi panas...nak hilangkan kepanasan tu  kita pun lepak la dekat gerai air kelapa sekejap.

    Sesak giler wooo...
    Ni bangunan yang jual mutiara

    Lega giler bila nampak bus kita sampai. Nak aircond...nak aircond..dapat duk dalam bus satu kenikmatan. Mata pun mula la mengantuk...lepas puas shopping kitorang balik hotel dulu. Mandi, rest apa sumer dulu sebab 8 malam ni nak pergi makan malam dekat restoran makanan laut Likas. Kalau tak silap kita la. Hehe...ase2 betul la nama tempat tu. Medan selera di tepi pantai. Angin sepoi2 bahasa jer..wah3...malam tu kitorang makan berjemaah....satu group 4 orang. Lauk yang dihidangkan adalah tomyam campur, ikan sweet sour, udang goreng rempah, sayur campur dan satay ayam & daging. Disebabkan badan terlampau letih makan pun tak larat. Memang banyak giler membazir...adoiii...

    Lepas masing2 dah kenyang sebelum balik ke hotel, kami dibawa ke pasar malam Kg. Air. Dekat je dengan hotel tu. Jalan kaki jugak. Semua orang jalan dah berdengkut-dengkut. Hahaha...hakikat dah letih yang teramat, tapi teringin nak gi punya pasal sanggup pegi jugak la walaupun dah nampak katil empuk jer. Tapi kita pegi sat jer..pukul 9 lebih kita dah balik. Nafsu membeli-belah dah luput. Ekeke..

    Wah3...ni la masa yang ditunggu-tunggu sangat. Masuk je bilik hotel terus lambung barang2...dush3...lepas kemas sikit2 kita terus tidur. Haha..puas giler...Apa yang kita tahu, esok punya program bermula dari pagi sampai petang. Non-stop!...nite....


    p/s : ikuti sambungan di lain entry >_<



    ~ TERIMA KASIH SUDI BACA ENTRY CIK AIN.. SINGGAH LAGI TAU! ~

    cOreTaNdAiF oLeh Cik Ain at Friday, June 10, 2011
    Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
    1 oRaNg cOmeL DaH MinUm KoPi

    Asmara2 vs Nora Elena



    Assalamualaikum & Selamat Pagi...

    Rasanya ramai yang tengok episod akhir Asmara 2 semalamkan? Mula-mula kita ingat tak dapat tengok dah. Maklum la, anak buah berebut-rebut nak tengok kartun tak kira waktu. Dush3 sama astro...hahaha...

    Tapi tak disangka pulak lagi 15minit nak habis kita dapat jugak tengok. Itu pun sebab naikkan rotan. Hahaha...gurau la. Kita tak main la pukul2 ni. Baik punya!! Tingtong... Jadi la dapat tengok sikit dari tak dapat tengok langsung.

    Kita tak puas hati la. Tak adil jer ending dia. Ramai tul yang kacau hubungan dorang. Last2 kawan dia yang dapat Asmara. Cehh...bosan betul. Walaupun kita tak tengok cerita tu tiap2 minggu, kita tau jugak la perkembangan citer tu. Tapi biler ending dia cam tu tak best la. Nak bakar tv, tv ada satu je. Haha..

    Tapi nak buat camana, bukan kita directornya. Kalau kita director kita buat sumer citer ikut suka hati kita. Hahaha... Sekarang ni baru nak intai cerita Nora Elena. Tapi kita dah baca novel dia banyak kali. Tengok drama dia kurang seronok. Hehehe...tak dapat menyelami cerita tu dengan baik. (Lelebih pulak) So, kita jeling2 jela cerita tu. Waktu pulak tak kena. Adoii..time nak solat maghrib la pun. Good Job TV3!!

    Itu la lumrah alamkan. Tak semesti pengakhirannya sesuatu yang menyenangkan. Kadang2 ase nyesal jer follow drama2 yang ending dia tak memuaskan hati kita. Tapi itu la namanya kehidupan. So, teruskan menyokong filem2, drama2 dan sebagainya. Sebab kita malas nak sokong. Ngegegege~~


    p/s : kehidupan realiti bukan boleh di 'arah' kan oleh suara kita!!

    ~ TERIMA KASIH SUDI BACA ENTRY CIK AIN.. SINGGAH LAGI TAU! ~

    cOreTaNdAiF oLeh Cik Ain at Wednesday, June 01, 2011
    Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
    0 oRaNg cOmeL DaH MinUm KoPi
    Subscribe to: Posts (Atom)

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    ..:AhLan WasAhLan:..

    ..:KePunYaAn EmPaYar:..

    nurul ain haji jamli
    24 april 1990
    kuala kangsar, perak
    penulis & blogger
    dah jadi PUAN

    kLik..kLik..

    ..:iMpiAn HatI:..

    "Ya ALLAH, jaDikAn Aku WaNitA sOLehAh...yaNg bAik dI anTarA yAnG tErbAiK...kUrnIaKan jUgA PenDamPinG yAng BaIk daLam HiDupKu...baGi mEndApaTkAn SesUaTu YaNg TerBaIk dAri-Mu...aMin yA RaBb..."

    ..:pEcEbuK:..

    Nurul Ain Haji Jamly

    Create Your Badge

    cE kOmE tRy bAce!!

    • ►  2013 (47)
      • ►  October (3)
      • ►  September (8)
      • ►  August (4)
      • ►  July (7)
      • ►  June (6)
      • ►  May (4)
      • ►  April (3)
      • ►  March (3)
      • ►  February (3)
      • ►  January (6)
    • ►  2012 (78)
      • ►  December (8)
      • ►  November (2)
      • ►  October (6)
      • ►  September (9)
      • ►  August (2)
      • ►  July (8)
      • ►  June (12)
      • ►  May (14)
      • ►  April (9)
      • ►  March (1)
      • ►  February (6)
      • ►  January (1)
    • ▼  2011 (79)
      • ►  December (7)
      • ►  November (10)
      • ►  October (10)
      • ►  September (7)
      • ►  August (32)
      • ▼  June (7)
        • KuTip DuRiaN...yeAhhAaaa...
        • Baju Raya!!
        • Musim Sakit...sob3...
        • ^_^Tanggungjawab (3S)^_^
        • Berakhir juga di...Sabah!!
        • Bermulanya di...Sabah!!
        • Asmara2 vs Nora Elena
      • ►  May (6)

    ..:FoLLowErS:..

    ..:i foLLow u:..

    • Blog Cik Nurfarah
      HI 2025
    • Jia creatifelt
      Harry Potter Et Les Reliques De La Mort : 1ère Partie (2010) Watch Full Movie Streaming Online
    • Warong Makcik Senah
      Watch Clifton Hill 2019 Free Online
    • Kisah BudaxXx Montel ^^
      Watch Cardboard Boxer 2016 Free Online
    • Entirely Of Flaws
      Bank Indonesia Memberi Penghargaan Atas Pelaporan Uang Palsu
    • ♥cOraT cOret NusHA ♥
      TRAGEDI OKTOBER : Duit bagi tapi tak cukup!
    • TAMU JAJAKRAF
      NOTICE BOARD
    • ~BabyComel~ Hanya insan Biasa
      Suratan Takdir Gersang Kisah Si Curang
    • I CANT HEAR THE SILENT MELODIES
      Jual Obat Maximoz Peningkat Vitalitas, Stamina Dan Obat Ejakulasi Dini Di Sidoarjo
    • Nurhafizah ❤
      5 Tips Bagaimana Menjaga Fikiran Positif Setiap Hari
    • Wanita Melayu Akhir Zaman
      J-Pace SUV Review 2018
    • SaHaBaT BUKIT BOTAK
      Ninja : Genap 1 Tahun 4 Bulan
    • silenceaneesa ♥
      Langkah Memberi warna Baju Dengan Wantex supaya Sembuh Seperti Baru Lagi
    • Reading is the most relaxing moment. (I'm only eighteen)
      Siri Kak Senah: Misteri Kasih Mansion 5
    • BILA KATA HATI MENULIS
      Terus Mencintaimu
    • Wardah Alisya
      8 tahun usia Wardah Alisya
    • Dazzi Lurzzi Official Blog
      Redha 2016 Movie Hack Full
    • ya allah kuatkan hati kami
      Obat herbal murah berkhasiat paling ampuh
    • oLd_sChOoL
      Selangor Juara Piala Malaysia, Kenduri Kahwin Member Lebih Penting
    • [ hujung peNa... papan kekuNci ]
      "Letihlah nak pikir duit..."
    • JoY AnD SoRrOw
      FiRsT eNtRy FoR tHiS yEaR
    • Anas Muallim
      Cuti yang panjang
    • segalanyamungkin
      BAKTI SISWA TERENGGANU (KAMPUNG SEBERANG TAKIR)
    • ! ~ Salam Ukhuwah ~ !
      Giveaway dan Lucky Draw
    • misyaain amna
      TANDA HIDUP TAK BERKAT
    • ^◕‿◕^
      UPDATE NEW STOCK ** MEN'S SHIRTS **
    • The Karl Nyzam™
      Erti Sebuah Kemaafan
    • col0ur ur life
      Tukar Lagi.
    • kami craft
      Pek Kombo Tona~~ Murah Gilaa~~~!!!
    • Abu HurairaH
    • My Life
      Hujung Minggu
    • ~~ ketulusan hati ~~
      Dia kekasih aTi Qu...
    • ♥ CATATAN SEORANG HAMBA ♥
      ♥ KISAH MAYAT MEMBACA SURAH YASSIN DI MEKAH ♥
    • maiza husna
    • PERCUTIAN TERINDAH
      PAKEJ 3HARI 2MALAM DI PANGKOR
    • ! .. ✿Ɖαʏα Ƭнɛ Ƨιϰтн✿ .. !
      Korean Fashion :)
    • Ibnu Sina ATC
      Sekitar Karnival Ekonomi Muslim
    • ~liFeminEswEEtsoUr~
    • Celoteh Deqyah Pegeon~
    • Triple L
    • JuZ a sImPLe guRL DiaRy
    • BerLARI ke LANGIT
    • ♥
    • Muni Izzah
    • ♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•.♫•♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•.♫• ♫•*¨*•.¸¸
    • vip eema..
    • Eimma
    • kedai mu
    • Hafiz Hamidun
    • Seek ONLY for MARDHOTILLAH
    • BLOG ALAN
    • ✿ Missz.Nana.Punyer.Cerita ✿
    • ..sEriKanDi isLaM..
    • *sUkA-suKi DunIakU*
    • hello !!!
    Backgrounds & Flower Backgrounds
    Powered by Blogger.