-->
~CoretanSiPenaDaif~

..Pilih Mana Suka..

  • bola (1)
  • cerita ain (46)
  • cerpen (2)
  • cinta (18)
  • filem (1)
  • ilmu (1)
  • kata2 hikmah (2)
  • kecewa (4)
  • kekasih (1)
  • kereta (1)
  • kesihatan (3)
  • lagu (3)
  • langkawi (4)
  • lirik (2)
  • makan (3)
  • minat (1)
  • movie (1)
  • nasyid (1)
  • novel (5)
  • Novel : Segalanya Mungkin (36)
  • pandangan (10)
  • pengajaran (2)
  • pengalaman (21)
  • percutian (6)
  • perempuan (2)
  • perkongsian (21)
  • persoalan (3)
  • promot (17)
  • puisi (5)
  • ramadhan (6)
  • raya (6)
  • renungan (2)
  • resepi (19)
  • rindu (5)
  • rumahtangga (2)
  • sabah (2)
  • sahabat (4)
  • soal hati (5)
  • walimah (15)

Mee Udang Kuala Sepetang


Selamat pagi!

Dah kenapa pepagi buta nak cerita pasal makanan yang berat2. Ohh..cik ain! Baru pukul 9.30 kot. Tapi tak apa. Dah ada peluang nak buat entry baru ni jangan banyak membebel. Sebab kalau dah datang mood M karang, blog entah kemana, cerita entah kemana. Huhhh...

Dah pernah cuba Mee Udang Kuala Sepetang?? Mak Jah ke Mak Teh ke ikut suka korang la. Yang cik ain tahu mee udang je. Haha.. Dah lama dengar cerita pasal mee udang yang sangat fofular ni. Tapi masih belum berkesempatan nak merasa.

Nama je duduk K.Kangsar. Haha.. Kalau nak ke Kuala Sepetang tu ambil masa lebih kurang 45 minit sahaja! Alhamdulillah, sabtu yang lepas (22/06/13), zauji bawa pergi situ. Rupanya dia dah pernah rasa 2,3 kali. Sangatlah tidak adil! Mee Udang Mak Jah menjadi pilihan kami. Perlu diingatkan dekat sini, sepanjang jalan ke MUMJ tu, tak putus2 warung yang menjual mee udang. Nak tahu lokasi yang betul, warung Mak Jah ni betul2 ditepi jalan  & dari jauh dah nampak orang parking kereta macam datang kenduri tu. Penuh sepanjang jalan. So, kalau itu yang korang nampak, anda di lokasi yang betul!

Kami order yang special 1, biasa 1. Kata zauji, yang special tu udang dia banyak. Sampai tak nampak mee. Bila dengar macam tu, rasa excited yang terlampau. Bila dah sampai depan mata, cik ain tak nampak! Tak nampak udang yang banyak pun. Hak3..yang beza antara keduanya adalah special = udang besar2, biasa = udang lebih kecil. Tipu sangat tak nampak mee nya. Lalalalaaa...

Harga bagi yang special RM12.00, yang biasa RM8.00. Untuk 2 pinggan mee udang RM20 melebur. Kih3... Tak apa la. Baru nak merasa ni buat2 pejam mata jela. Not bad! Tapi yang paling cik ain kesal & menyesal, habis tudungku terkena percikan kuah mee ketika sedang asyik mengoyak2kan kulit udang tu. Ohhh...spoil! Lepas makan zauji ajak gi dating dekat Taman Tasik. Tapi dengan segala hormatnya cik ain menolak sebab tudung kotor punya pasal. Nampak selekeh bebeno!

Dari sumber2 yang cik ain boleh percaya, Mee Udang Mak Jah ni pernah masuk JJCM. Tapi cik ain tak ada la pergi cari plug JJCM tu pulak. Rasanya betul la kot. Bagi yang belum mencuba bolehlah datang beramai2. Tapi nasihat cik ain datang la time baru dapat gaji ek. Kalau tidak, menangis! Haha...


oohh..pinggan dah comot!


Selamat mencuba!



~ TERIMA KASIH SUDI BACA ENTRY CIK AIN.. SINGGAH LAGI TAU! ~

cOreTaNdAiF oLeh Cik Ain at Friday, June 28, 2013
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
0 oRaNg cOmeL DaH MinUm KoPi

Walimatulurus Ain + Aem : Part 5 (penutup)


Salam sayang!

Seperti yang cik ain janjikan, hari ni cik ain nak create entry pasal pelbagai persediaan untuk melangsungkan perkahwinan seperti kad kahwin, bunting & sebagainya.

Entry ni cik ain buat khas untuk sesiapa yang ada mesej & bertanya soal sewa itu di mana, beli ini di mana & beberapa soalan yang mungkin akan terjawab dekat sini. Pada sesiapa yang dah jemu dengan tajuk entry yang sama, tiada paksaan untuk terus stay di sini.

Cik ain kongsi bukan untuk menunjuk2 sebab tak ada apa yang special pun. Semuanya biasa2 sahaja. Nak katakan mewah, jauh sekali la. :) Cik ain cuma nak bantu kawan2 yang memang tengah membuat persiapan untuk majlis mereka. InsyaAllah sumber2 yang cik ain cerita ni akan dapat membantu anda serba sedikit untuk berjimat. Believe me!

Ok, jangan banyak membebel. Nanti kena jual. Ahaks.. Jom mula!


KAD KAHWIN


~ Percaya tak? Kad kahwin cik ain PERCUMA. Satu sen pun tak keluar untuk kos kad kahwin. Di situ dah terlalu banyak jimat. Bayangkan pada mulanya cik ain bajet kos untuk kad kahwin RM400. Tiba2 jangan katakan RM400, RM1 pun cik ain tak keluarkan langsung. Syukur! Di mana cik ain tempah?? Korang terjah je FB  Kad Kahwin Percuma / blog dorang ni ek kadkahwinpercuma.com! Follow diorang punya rule & korang akan dapat kad kahwin percuma sebanyak mana yang korang nak. Tapi perlu cik ain ingatkan di sini, design kad tak banyak pilihan. Tapi pada cik ain ok2 je designnya. Begitu jugak dengan jenis kertas kad tu. Kita tak boleh pilih. Dorang dah tentukan sendiri. Itu semua pada cik ain tak jadi hal sebab yang paling utama adalah niat kita buat kad tu adalah untuk menjemput para tetamu kan?? So, biar niat tu sampai sekali pun kad kahwin kita murah & simple. Dari situ kita dah boleh elak dari pembaziran. Sebab apa? Buat la kad kahwin secantik mana pun, lama2 orang akan buang jugak. Kalau yang menyimpan pun mungkin 1/100. Ini kenyataan! Bukan mainan. Wehehe... Kalau yang nak terus ke kedai dorang boleh jugak. Bagi sesiapa yang tinggal di Kuala Kangsar mungkin senang nak cari. Lokasi kedai terletak berdekatan dengan Stesen Bas K.Kangsar. Belakang deretan kedai mamak yang jual air, keropok, buah & sebagainya tu / pun sebelah kedai fotostat belakang tu. Haa..pandai2 la cari. Sebab alamat penuh tak dijumpai. Wahaha..


BANTING


~ Banting ni ditempah bertujuan untuk mengelakkan sebarang kekeliruan / tersalah kenduri. Wink..wink.. Sangat berguna uolls. Sebabnya ramai kenalan2 datang dari daerah luar. So, untuk meyakinkan bahawa mereka tak salah kenduri so, banting dapat membantu. Maklumlah, pada tarikh tersebut kenduri terlalu banyak. Jenuh jugak cik ain cari tempat untuk tempah banting sekitar K.Kangsar & online. Susah nak jumpa yang murah. Alhamdulillah, akhirnya berjumpa dengan satu kedai ni. Kedai orang melayu lagi tu. Cik ain & zauji berpuas hati dengan kerja diorang. Yang paling best cik ain berurusan dengan mereka hanya melalui email. Maklum balas yang diterima sangat pantas! Sesiapa yang nak tempah banting, banner, kad nama & sebagainya boleh terjah FB Zamar Advertising. Dorang ada 2 cawangan. Satu di K.Kangar satu lagi di Taiping. Lokasi kedai berhadapan dengan Shell Talang (K.Kangsar). Korang nak tahu alamat penuh, cari je dekat FB diorang. Senang! ^_^


CENDERAHATI


~ Ada beberapa cenderahati yang cik ain sediakan masa hari kenduri. Majoriti beli di Pekan Ipoh je. Tapi ada satu ni cik ain order online. Sangat comel & murah. Dengan diorang kalau boleh tempah la awal. 3,4 bulan sebelum kenduri pun tak apa. Bukan apa, takut nanti diorang tak terima tempahan sebab dah banyak sangat tempahan yang menunggu. Yang paling best boleh tawar menawar tau. Hihi.. cik ain pulak sukakan something yang kreatif, so apa yang cik ain hajati tercapai. Design cenderahati tu cik ain punya idea tau. Hak3.. Selain menerima tempahan seperti cenderahati cik ain ni, diorang turut menjual pelbagai aneka peralatan untuk majlis perkahwinan. Pilih je mana yang berkenan & order. Tapi cik ain tetap dengan niat nak berjimat & tidak mahu membazir. So, inilah pilihan cik ain. :) Boleh buat tempahan di FB diorang DoorGiftPerkahwinanSweetLove!! Mesti rambang mata uollsss..


BORDER LACE


~ Tau tak apa benda ni?? Haa..orang yang gilakan fesyen pasti tau! Alaa, benda ni orang tempek dekat tepi2 baju, bahagian lengan atau di bahagian bawah kain. Border lace bukan kain lace tu ek. Yang tu senang nak cari. Selalunya digunakan pakai untuk busana kosong. So, nak bagi menarik tambah la benda ni. Macam baju cik ain ni. Haaa... Macam senang nak cari, tapi hakikat yang sebenar amat payah! Cik ain try cari dekat nagoya, kamdar memang takkan ada la. Try jugak cari dekat jakel tapi teramatlah mahal & langsung tidak memenuhi kehendak cik ain. Pilihan yang ada cuma beli secara online. Kalau korang nak tahu, beli border lace secara online lebih murah berbanding beli di  mana2 kedai. Kalau korang duduk dekat indonesia lain cerita la. Diorang memang pembekal border lace ni. Haha.. Meh cik ain nak bagi beberapa link yang korang boleh usha border lace yang diorang jual. SiChantekBorderLace, DFinas-Online-Boutiqe, houseborderlace. Haa..ni antara online shop yang menjadi pilihan penggemar border lace. Harga pun boleh tahan murah berbanding yang lain.


CADAR KATIL


~ Satu lagi impian cik ain tercapai untuk walimah adalah, cik ain tak nak gunakan cadar katil satin yang liplap2 tu. Adoii.. nampak memang cantik, tapi siyesli sangat tidak selesa. Beli & pakai masa hari kahwin je. Lepas tu tanggal & simpan dalam almari buat selama-lamanya. Haha...abang2 & kakak2 cik ain adalah contoh terbaik. Kikiki...Cik ain nak cari cadar katil yang sesuai dipakai pada hari kenduri & untuk hari2 biasa. So, pilihan cik ain adalah mencari cadar katil english cotton. Memang harga agak mahal tapi sangat2lah berbaloi untuk digunakan dalam jangka masa yang panjang. Dari berhabis 2,3 ratus tapi pakainya 2,3 hari. No! No! No! Cik ain beli cadar katil ni juga secara online dengan kak asmawaty ibrahim. Korang boleh tengok macam2 item english decoration (betul ke aku sebut ni! Wakaka) yang dia jual. Tak silap cik ain sesiapa yang duduk sekitar Ipoh, boleh terus ke rumah dia untuk tengok barang. Tapi jangan main serbu je. Halau di dia nanti. Wahaha..


DULANG HANTARAN


~ Ni special sikit. Sebab?? Kesemua dulang hantaran ni cik ain buat sendiri & gubah sendiri. Tak ada la meriah sangat. Tapi kira sedap la mata memandang. Ahaks..dapat pujian dari banyak pihak. Lalaalalaa... Ada yang suruh tempah je. Tapi cik ain tetap nak buat sendiri. Nak rasa buat persiapan kahwin sendiri serba sedikit. Nak buat secara keseluruhan memang tak sempat la. So, sedikit berpuas hati dengan hasil kerja sendiri. Dibantu oleh adik tersayang. Bertambah mudah kerja. Bahan2 untuk hiasan dulang cik ain borong di Ipoh (nama kedai tak ingat. Tapi berdekatan dengan Gunung Lang). Cerita pasal dulang ni bukan apa. Sebenarnya cik ain nak war2kan sesiapa yang nak sewa dulang ni dialu2kan. Kalau nak suruh cik ain buat lain pun tak ada hal. Bagi tau je nak warna apa. InsyaAllah akan diusahakan. Cik ain bukan apa, kos nak beli dulang kosong sahaja dah mahal. Inikan pulak nak 1 set. Kalau dekat kedai, full set (7 dulang) lebih kurang RM500-RM600. Mahal gilakan?? So, sesiapa yang nak sewa dengan cik ain boleh la sangat. Harga terbaik cik ain bagi! ^_*


BAJU PENGANTIN (PEREMPUAN)


~ Haa..ramai yang tanya cik ain sewa dekat mana. Untuk pengetahuan, baju cik ain sahaja yang disewa. Baju zauji buat sendiri. Sebab dia tak nak pakai tengkolok bagai. Nak yang simple2 je katanya. Cik ain pun sangatlah sokong. Sebab, harga sewa lebih mahal dari kos buat sendiri. Jujur! Tapi seikhlas hati cik ain bagi tahu, kos sewa baju cik ain ni agak mahal. Berapa? Tak payah sebut la. Hihi.. Sebab cik ain tak ambil pakej. Sewa baju & aksesori sahaja. Itu yang jadi mahal. Kalau ambil pakej dapat murah sikit. So, yang duduk di Perak, boleh terjah FB / kedai Deaidabridalkk. Sejujurnya, hasil kerja diorang sangat tiptop. Itu pasal kedai diorang lebih mahal berbanding butik lain di K.Kangsar. Lokasi kedai berada di antara Petronas K.Kangsar & Hospital K.Kangsar. Sebaris dengan kedai Perodua. Tak silap cik ain dorang memberi khidmat kepada seluruh semenanjung. Bukan di Perak sahaja.


Okeyysss...cik ain rasa cukup sampai sini. Cik ain dah kongsi apa yang boleh dikongsi. Mana2 bakal pengantin boleh la usha tempat2 yang cik ain beritahu ni. Moga dapat membantu serba sedikit. Dari pengalaman cik ain, kita sebagai pengantin kena ada ketetapan hati. Kena ada pendirian yang kuat. Jangan terlalu ikut kata orang lain yang boleh mendatangkan kesusahan pada diri kita & pasangan. Nasihat & cadangan yang baik jangan dipandang remeh pulak kalau benda tu akan bawa kebaikan pada kita. So, kena pandai control situasi. Jangan pegang dengan kata2 "kahwin sekali seumur hidup". Kadang2 sebab berpegang dengan kata2 tu la yang jadi membazir tahap dewa. Bukan meminta yang buruk2, tetapi lebih bersikap neutral. Itu lebih baik bukan? Jangan membazir yang bukan2. Sebab kehidupan sebenar adalah selepas kahwin. Sebelum kahwin adalah angan semata2. Believe me! Biarlah orang nak kata majlis kita simple, majlis kita ketinggalan zaman & seangkatan dengannya. Asalkan redha Allah dapat kita perolehi. Dalam masa yang sama dapat membina usrah (keluarga) yang mawaddah wa rahmah. Ameen Ya Rabbal Alamin ^_^


:: Mohon doa yang baik2 untuk kami suami isteri ::



~ TERIMA KASIH SUDI BACA ENTRY CIK AIN.. SINGGAH LAGI TAU! ~

cOreTaNdAiF oLeh Cik Ain at Friday, June 28, 2013
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
0 oRaNg cOmeL DaH MinUm KoPi

Walimatulurus Ain + Aem : Part 4 (walimah 02/06/2013)


Selamat petang!

Tiba giliran walimah sebelah pihak zauji pulak pada 02/06/2013(ahad). Kedatangan pihak perempuan ke rumah pihak lelaki sekitar jam 1 tengahari. Turut serta adik-beradik cik ain & saudara-mara terdekat.

Yang paling menarik?? Rombongan kami hanya berjalan kaki sahaja ke rumah pihak lelaki. Dekat la katakan. Ahaks..tapi macam biasa, cik ain naik kereta. Wahaha..pengantinkan! So, special sikit. Nak rasa??? Kena kahwin! Toink..toink..

Sampai sahaja rumah pihak lelaki kami terus makan. Walimah sebelah lelaki jemputannya sekitar 600 orang. Masa majlis sedang berlangsung, cik ain dah rasa macam nak pitam! Terlampau letih dengan jadual yang terlalu padat 2,3 hari sebelum majlis. Tapi bila lagi nak rasa macam ni kalau bukan time majlis kahwin sendirikan? Pengalaman yang takkan dapat dilupakan.

Alhamdulillah, syukur sangat kerana sepanjang walimah kami suami isteri, Allah permudahkan segala hal walaupun ujian & dugaan masih ada. Ameen Ya Allah.

Sebelah petangnya pulak, kami bercadang nak buat outdoor shooting, tapi cuaca tak mengizinkan. Hujan! Tak ada rezeki. Hihi..

Sebelum maghrib, cik ain ambil kesempatan merehatkan badan pulak. Sebelah malam kami makan beramai2. Ahli keluarga sebelah zauji teramatalah ramai. Mujur cik ain dah biasa hidup dalam suasana keluarga yang ramai. So, sedikit mudah menyesuaikan diri walaupun masih ada rasa sedikit gementar.

Yang paling best! Cik ain dapat mak & abah yang baru. Wehehe..Tiada istilah mak/abah mertua. Tetapi sama tahapnya dengan arwah mak & ayah cik ain. Cik ain sayang mereka dunia akhirat. Moga cik ain mampu jadi anak 'baru' yang boleh mendatangkan ketenangan dalam keluarga baru cik ain ni. Ameen..

Nak tengok gambar?? Jom!

meja makan pengantin

adik ipar + mak

baru sampai

^__^

sepupu + abang

adik bongsu

kawan zauji

family zauji

kami!
<3 <3 <3

family cik ain

ecah + ikah
:)
Alhamdulillah..

Cukup la ek?? Hihi.. 

Dah jemu?? Sorry kalau ada yang baca & terasa boring dengan cerita yang sama. Hanya sekadar nak kongsi pada individu yang tak henti2 minta gambar kahwin kami sebab di FB tidak akan diupload gambar dengan jumlah yang banyak.

Sejujurnya, walimah kami simple sahaja. Alhamdulillah, niat kami tercapai untuk mengadakan majlis yang tidak ada sebarang pembaziran dari segi makanan & sebagainya. Cukup sekadar besederhana. Nakkan yang mewah2 memang terlintas di fikiran, tapi alhamdulillah, nafsu dapat dikawal dengan baik.

Moga apa yang kami lakukan(beberapa perkara penting) boleh dicontohi oleh orang lain. Yang baik ambilkan panduan, yang kurang baik hindar2kanlah. Kami juga tidak sempurna.

Cik ain akan buat 1 lagi entry KHAS untuk individu yang bertanyakan soal baju, soal door gift & sebagainya pada walimah cik ain. Mungkin mereka juga bakal mendirikan rumahtangga. Cik ain akan share apa2 sahaja yang boleh diguna pakai untuk bakal2 pengantin yang lain ya. ^_^

Jumpa di lain entry!!



~ TERIMA KASIH SUDI BACA ENTRY CIK AIN.. SINGGAH LAGI TAU! ~

cOreTaNdAiF oLeh Cik Ain at Monday, June 24, 2013
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
2 oRaNg cOmeL DaH MinUm KoPi

Walimatulurus Ain + Aem : Part 3 (walimah 01/06/13)


Salam penuh kasih sayang!

Kali ni nak sambung cerita pasal walimah sebelah pihak cik ain pada 01/06/2013 (sabtu). Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar seperti yang dirancang.

Pagi sebelum tetamu mula hadir cik ain sempat tolong abang & anak buah buat bunga manggar. Pukul 9 pagi cik ain mula nak siapkan diri. Takut kejap lagi tak sempat siap sebab dah janji dengan cameraman nak start photoshoot pukul 11 pagi. Photoshoot tanpa zauji terlebih dahulu.

Masa cik ain tengah bersiap pun dah ada sahabat2 & orang kampung mula bertandang. Kelam-kabut jugak la. Berkaitan dengan persiapan diri, cik ain memang tak ada ambil sebarang mak andam khusus untuk make up or siapkan cik ain. Memang dah berniat sejak dari zaman bujang lagi, cik ain tak nak mengenakan sebarang alat make up yang berlebihan. Sekadar yang asas sahaja untuk menampakkan seri. Ngeee... Lagi pun zauji tak izinkan atas sebab2 tertentu.

Juru make up & juruhias : anak saudara, kakak ipar & adik bongsu. Sangatlah menjimatkan! Hihi... Tak perlu risau bulu mata terlebih panjang, terkurang satu atau tercabut ketika majlis sedang berlangsung. Hanya menggunakan apa yang Allah Taala dah kurniakan. ^_^

Jurugambar ada 3 orang. Dan ketiga2nya adalah sahabat abang cik ain. Mudah runding! Hihi... Mula dari pukul 11 pagi tetamu tak henti2 datang. Tergolong dari sahabat adik beradik, saudara-mara yang jauh serta dekat & ramai lagi. ( sedih dengan beberapa individu yang cik HARAP SANGAT kedatangan mereka.. :'( ). Tapi tak pe. Allah dah tentukan macam tu. Fikir yang baik2! SENYUM! ^____^

Jemputan dianggar sekitar 1000 orang. Tapi yang hadir lebih dari 1000 orang. Syukur...makanan pun cukup. Sampai ke malam tetamu hadir! Pada mulanya kami jangka tetamu kurang dari tu sebabnya kenduri merata2 tempat. Tapi lain pula yang jadi. Seronok sangat!

Yang paling menguntungkan cik ain adalah catering/makanan. Kerana khidmat catering yang digunakan adalah abang sulung yang punya. Untung kalau ada adik-beradik bisnes catering. Jimat banyakkkkk sangat! Wink..wink..

Antara menu yang ada : ayam goreng madu, daging masak hitam, laksa, bubur anak lebah & beberapa menu lain yang cik ain sendiri pun tak sempat makan! Uwaaa...

Pengantin lelaki sampai sekitar jam 1 tengahari. Sampai2 je kami terus makan. Makan dalam rumah! Hihi...ini permintaan cik ain sendiri. Duduk bersila dekat bawah. Wahaha..Lepas selesai makan baru ada sesi bergambar dengan keluarga, sahabat2 & yang lain.

Lepas tu baru berkesempatan jumpa tetamu dengan lebih dekat. Kenalkan zauji dengan family belah arwah emak & ayah. Kenalkan dengan kawan2 & saudara-mara yang ada. Mujur cuaca pada hari tu elok. So, segalanya selesai dengan baik.

Sahabat2 cik ain pun dari jauh & dekat turut hadir. Yang paling terharu, pembaca(SEGALANYA MUNGKIN) dari KL pun ada. Siyes tak sangka yang dorang akan datang. Terima kasih Kak Suraya & family.

Tetamu terakhir datang adalah one of my bestfriends! Nad comei (nadiatul shakinah)! Wink..wink.. tak sangka dia sanggup jugak datang memalam sebab sebelah siangnya dia tersekat jammed otw balik dari KL. Thanks dear untuk kehadiran & hadiah. Specialkan dapat makan dengan pengantin! Ahaks..

Sekitar jam 10 malam, baru kami sempat buka hadiah. Terima kasih pada yang bersusah-payah. Ramai sangat yang tak tinggalkan nama or kad pada hadiah2 tu. So, tak dapat nak detect siapa yang bagi. Huhu..

Di kesempatan yang ada ni, cik ain & suami serta keluarga mohon maaf sekiranya layanan yang kami berikan tidak mencukupi atau terkurang sana sini. Memang tak sempat nak jumpa semua tetamu. Ada yang lambai dari jauh, ada yang senyum dari jauh & ada yang berkirim salam sahaja sebab tak sempat nak jumpa.

Apa2 pun cik ain ucapkan jutaan terima kasih atas kehadiran kalian. Jom cik ain share gambar2 sekitar walimah di rumah cik ain.

jurumekap zauji..wehehe..

ketibaan

^___^

Family zauji

nmpk mcm terlebih excitedkan??wahaha..

aunntaakk.... 

bunga pahar

sblm mkn..

haussss giler!

ohh.... ^_*

kemuncak majlis...org ramai..

muslimat

sebahagian keluarga zauji

k.pia, angah..housemate..

ecahhhh...

kwn2 dr penang

family kakak fadhilah

anak saudara cik ain... (sebahagian)
ewahhhh...

terima kasih semua..

kek pemberian sebelah pihak lelaki

till jannah..ameen..



~sambungan..next part~



~ TERIMA KASIH SUDI BACA ENTRY CIK AIN.. SINGGAH LAGI TAU! ~

cOreTaNdAiF oLeh Cik Ain at Friday, June 21, 2013
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
0 oRaNg cOmeL DaH MinUm KoPi

Walimatulurus Ain + Aem : Part 2 (pernikahan)


Salam sayang!

Meh nak sambung cerita pasal nikah pulak. Yukkk...

Pagi sebelum majlis pernikahan, cik ain & family sibuk kemas rumah yang tak selesai2 kemasnya sampai la habis kenduri. Haha.. Berkemas sambil menunggu orang datang pasang pelamin. (Bukan untuk bersanding. Hanya untuk sesi bergambar.)

Mujur menikah petang jumaat. Sempat la pelamin siap. Pelamin cik ain tempah dekat butik kawan kakak di Kuala Kangsar. Simple sahaja! Tak ada kerusi bagai. Hanya pentas kecil untuk bergambar. Sejujurnya cik ain tak puas hati dengan pelamin yang dipasang pada hari tu. Tak seperti yang cik ain nak. Tapi nak buat macam mana. Benda dah siap, hadap jugak la...wuuuuu...

Sat2 tengok jam. Sat2 rasa macam jam tengok2 cik ain. Ayya...rasa makin gementar. Huhu..Dah tak ingat pasal makan minum sampai la kakak tegur. Bukan excited tapi lebih kepada takut. Sapa2 yang dah pernah tempoh, tahu la apa yang cik ain rasa masa tu.

Janji dengan tok kadi 3.30 petang. Pukul 3.15 dia dah ada. Superb! Hihi...pernikahan berlangsung di Masjid Kampung Laneh, Kuala Kangsar, Perak. Tak sampai 5 minit perjalanan dari rumah. Cik ain naik kereta. Takut berpeluh! Wahaha...gedikss! Turut hadir keluarga terdekat kedua-dua belah pihak.

Cik ain dengan zauji sampai serentak! Tapi lain2 kereta la. Wink..wink..masjid berada di tengah2 antara rumah kami. Zauji orang sekampung! ^_* Sangat dekat!

Sebenarnya masa dalam kereta menuju ke masjid tu cik ain dah tahan sebak. Mula teringat dekat arwah mak & ayah, mula teringat tanggungjawab yang bakal dipikul & macam2 lagi yang melayang2 dalam fikiran. Allah..

Turun2 kereta tak niat nak cari zauji. Biar kami jumpa dalam masjid je nanti. Sebab nak kurangkan rasa gementar yang makin menggila ni. Dalam hati tak berhenti selawat & mohon pada Allah agar mudahkan urusan pernikahan kami.

Melangkah je ke dalam masjid, cik ain dapat lihat zauji dari arah belakang. Dah bersedia di hadapan tok kadi & yang lain. Cik ain pun ambil tempat sedikit belakang dari zauji. Tak dapat gambarkan perasaan masa tu. Huhu..

Setelah khutbah nikah selesai, abang sulung mengambil tempat tok kadi berhadapan dengan zauji. Tanpa sebarang soal jawab dengan zauji, abang sulung memulakan lafaz nikah. Zauji juga menyambut dengan sekali lafaz. Alhamdulillah..selesai 1 perkara yang paling utama.

Nak tahu? Perasaan sebak cik ain bertukar jadi nak gelak. Sebabnya, abang dengan zauji macam dah janji nak lafaz semudah mungkin. Senang cerita 2 2 nak lepas cepat. Abang cik ain pun boleh tahan gugupnya mengalahkan zauji. Haha..apa2 pun bersyukur sangat sebab semuanya berjalan dengan tenang sekali.

Zauji hadiahkan cik ain sebentuk cincin emas & 2 dinar emas sebagai mas kahwin. Kenapa bagi dinar emas? Haa..ramai yang bertanya soalan ni. Jawapannya, ini impian zauji nak hadiahkan zaujahnya dengan dinar emas. Bukan wang ringgit malaysia. Zauji tak nak ada unsur riba di dalam nilai mas kahwin. Boleh search tentang dinar emas sebagai mas kahwin kalau ada yang berminat nak lakukan perkara yang sama. Lebih jelas penerangannya.

Selepas lafaz sakinah, zauji menunaikan solat sunat. Lepas tu baru zauji sarungkan cincin & menyerahkan mas kahwin pada cik ain. Cik ain juga hadiahkan sebentuk cincin pada zauji. Masa tu, jari kami dah ketar mengetar. Haha..dah tak boleh nak control langsung. Malu bila ingat2kan balik...uwaaaa...

Paling cik ain tak boleh lupa adalah ketika zauji membacakan doa untuk cik ain sambil meletakkan telapak tangannya di atas kepala cik ain. Masa tu memang sebak sesangat tambah2 bila dengar suara zauji dah sebak menahan tangis. Terharu..

Doa zauji buat cik ain : ‘Ya Allah, aku memohon kepada-Mu dari kebaikannya dan kebaikan apa yang Engkau tetapkan kepadanya, dan aku berlindung kepada-Mu dari kejahatannya dan kejahatan yang Engkau tetapkan padanya. Ya Allah berkatilah isteriku ini atasku dan lindungi dirinya dari segala keburukan perbuatan orang-orang yang dengki dan perbuatan tukang sihir apabila dia telah melakukan sihir dan perbuatan orang-orang yang suka melakukan tipu daya.’ 

Selesai urusan di masjid sebelum asar. Lepas tu keluarga zauji dijemput hadir ke rumah cik ain untuk menjamu selera. Mee rebus! Yummy...kakak ipar punya resepi. Didatangkan khas dari Penang. Hehe... Masa tu cik ain tak duduk sekali la..segan habaq hang! Kena control supaya tak nampak gelojoh. Hak3... Intai2 dari jauh je.. ^_*

Alhamdulillah...selesai urusan pernikahan. Perlu menyiapkan diri untuk menghadapi hari yang lebih sibuk esoknya!

Gambar sekitar majlis pernikahan:

jelas berdebarnya..

bacaan : mengizinkan abang sebagai wali

saat lafaz sakinah

selesai..alhamdulillah

bacaan taklik

bajet nangis kununnn... ^_*

cincin emas buat isteri

:p

cincin buat suami

2 dinar emas - mas kahwin

lega dah masa ni..

doa suami buat isteri


muahhhaaaahaa..

3 ke kiri - anak buah zauji.. paling knn adik bongsu zauji
makan slps nikah

mak mertua - tengah
^_^

keluarga belah zauji
moga diberkati & dirahmati <3


~sambungan..next part~



~ TERIMA KASIH SUDI BACA ENTRY CIK AIN.. SINGGAH LAGI TAU! ~

cOreTaNdAiF oLeh Cik Ain at Wednesday, June 19, 2013
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
0 oRaNg cOmeL DaH MinUm KoPi
Subscribe to: Posts (Atom)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

..:AhLan WasAhLan:..

..:KePunYaAn EmPaYar:..

nurul ain haji jamli
24 april 1990
kuala kangsar, perak
penulis & blogger
dah jadi PUAN

kLik..kLik..

..:iMpiAn HatI:..

"Ya ALLAH, jaDikAn Aku WaNitA sOLehAh...yaNg bAik dI anTarA yAnG tErbAiK...kUrnIaKan jUgA PenDamPinG yAng BaIk daLam HiDupKu...baGi mEndApaTkAn SesUaTu YaNg TerBaIk dAri-Mu...aMin yA RaBb..."

..:pEcEbuK:..

Nurul Ain Haji Jamly

Create Your Badge

cE kOmE tRy bAce!!

  • ▼  2013 (47)
    • ►  October (3)
    • ►  September (8)
    • ►  August (4)
    • ►  July (7)
    • ▼  June (6)
      • Mee Udang Kuala Sepetang
      • Walimatulurus Ain + Aem : Part 5 (penutup)
      • Walimatulurus Ain + Aem : Part 4 (walimah 02/06/2013)
      • Walimatulurus Ain + Aem : Part 3 (walimah 01/06/13)
      • Walimatulurus Ain + Aem : Part 2 (pernikahan)
      • Walimatulurus Ain + Aem : Part 1 (mukadimah)
    • ►  May (4)
    • ►  April (3)
    • ►  March (3)
    • ►  February (3)
    • ►  January (6)
  • ►  2012 (78)
    • ►  December (8)
    • ►  November (2)
    • ►  October (6)
    • ►  September (9)
    • ►  August (2)
    • ►  July (8)
    • ►  June (12)
    • ►  May (14)
    • ►  April (9)
    • ►  March (1)
    • ►  February (6)
    • ►  January (1)
  • ►  2011 (79)
    • ►  December (7)
    • ►  November (10)
    • ►  October (10)
    • ►  September (7)
    • ►  August (32)
    • ►  June (7)
    • ►  May (6)

..:FoLLowErS:..

..:i foLLow u:..

  • Blog Cik Nurfarah
    HI 2025
  • Jia creatifelt
    Harry Potter Et Les Reliques De La Mort : 1ère Partie (2010) Watch Full Movie Streaming Online
  • Warong Makcik Senah
    Watch Clifton Hill 2019 Free Online
  • Kisah BudaxXx Montel ^^
    Watch Cardboard Boxer 2016 Free Online
  • Entirely Of Flaws
    Bank Indonesia Memberi Penghargaan Atas Pelaporan Uang Palsu
  • ♥cOraT cOret NusHA ♥
    TRAGEDI OKTOBER : Duit bagi tapi tak cukup!
  • TAMU JAJAKRAF
    NOTICE BOARD
  • ~BabyComel~ Hanya insan Biasa
    Suratan Takdir Gersang Kisah Si Curang
  • I CANT HEAR THE SILENT MELODIES
    Jual Obat Maximoz Peningkat Vitalitas, Stamina Dan Obat Ejakulasi Dini Di Sidoarjo
  • Nurhafizah ❤
    5 Tips Bagaimana Menjaga Fikiran Positif Setiap Hari
  • Wanita Melayu Akhir Zaman
    J-Pace SUV Review 2018
  • SaHaBaT BUKIT BOTAK
    Ninja : Genap 1 Tahun 4 Bulan
  • silenceaneesa ♥
    Langkah Memberi warna Baju Dengan Wantex supaya Sembuh Seperti Baru Lagi
  • Reading is the most relaxing moment. (I'm only eighteen)
    Siri Kak Senah: Misteri Kasih Mansion 5
  • BILA KATA HATI MENULIS
    Terus Mencintaimu
  • Wardah Alisya
    8 tahun usia Wardah Alisya
  • Dazzi Lurzzi Official Blog
    Redha 2016 Movie Hack Full
  • ya allah kuatkan hati kami
    Obat herbal murah berkhasiat paling ampuh
  • oLd_sChOoL
    Selangor Juara Piala Malaysia, Kenduri Kahwin Member Lebih Penting
  • [ hujung peNa... papan kekuNci ]
    "Letihlah nak pikir duit..."
  • JoY AnD SoRrOw
    FiRsT eNtRy FoR tHiS yEaR
  • Anas Muallim
    Cuti yang panjang
  • segalanyamungkin
    BAKTI SISWA TERENGGANU (KAMPUNG SEBERANG TAKIR)
  • ! ~ Salam Ukhuwah ~ !
    Giveaway dan Lucky Draw
  • misyaain amna
    TANDA HIDUP TAK BERKAT
  • ^◕‿◕^
    UPDATE NEW STOCK ** MEN'S SHIRTS **
  • The Karl Nyzam™
    Erti Sebuah Kemaafan
  • col0ur ur life
    Tukar Lagi.
  • kami craft
    Pek Kombo Tona~~ Murah Gilaa~~~!!!
  • Abu HurairaH
  • My Life
    Hujung Minggu
  • ~~ ketulusan hati ~~
    Dia kekasih aTi Qu...
  • ♥ CATATAN SEORANG HAMBA ♥
    ♥ KISAH MAYAT MEMBACA SURAH YASSIN DI MEKAH ♥
  • maiza husna
  • PERCUTIAN TERINDAH
    PAKEJ 3HARI 2MALAM DI PANGKOR
  • ! .. ✿Ɖαʏα Ƭнɛ Ƨιϰтн✿ .. !
    Korean Fashion :)
  • Ibnu Sina ATC
    Sekitar Karnival Ekonomi Muslim
  • ~liFeminEswEEtsoUr~
  • Celoteh Deqyah Pegeon~
  • Triple L
  • JuZ a sImPLe guRL DiaRy
  • BerLARI ke LANGIT
  • ♥
  • Muni Izzah
  • ♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•.♫•♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•.♫• ♫•*¨*•.¸¸
  • vip eema..
  • Eimma
  • kedai mu
  • Hafiz Hamidun
  • Seek ONLY for MARDHOTILLAH
  • BLOG ALAN
  • ✿ Missz.Nana.Punyer.Cerita ✿
  • ..sEriKanDi isLaM..
  • *sUkA-suKi DunIakU*
  • hello !!!
Backgrounds & Flower Backgrounds
Powered by Blogger.