-->
~CoretanSiPenaDaif~

..Pilih Mana Suka..

  • bola (1)
  • cerita ain (46)
  • cerpen (2)
  • cinta (18)
  • filem (1)
  • ilmu (1)
  • kata2 hikmah (2)
  • kecewa (4)
  • kekasih (1)
  • kereta (1)
  • kesihatan (3)
  • lagu (3)
  • langkawi (4)
  • lirik (2)
  • makan (3)
  • minat (1)
  • movie (1)
  • nasyid (1)
  • novel (5)
  • Novel : Segalanya Mungkin (36)
  • pandangan (10)
  • pengajaran (2)
  • pengalaman (21)
  • percutian (6)
  • perempuan (2)
  • perkongsian (21)
  • persoalan (3)
  • promot (17)
  • puisi (5)
  • ramadhan (6)
  • raya (6)
  • renungan (2)
  • resepi (19)
  • rindu (5)
  • rumahtangga (2)
  • sabah (2)
  • sahabat (4)
  • soal hati (5)
  • walimah (15)

Ramadhan Terakhir


Selamat petang semua! Innalillahiwainnailaihirojiun...cik ain baru terima berita sedih sebentar tadi. Majikan lama (mama) cik ain telah dijemput menghadap Illahi pada ramadhan hari ini.

Moga beliau ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman & beramal soleh. Al-Fatihah buat arwah (Puan Zaimah).

Dikhabarkan beberapa hari yang lepas beliau pengsan ketika hendak berbuka puasa. Kemudian dia dikejarkan ke Hospital Besar Ipoh untuk rawatan selanjutnya. Seperti yang diberitahu, saluran darah di kepalanya pecah & koma selepas pembedahan. Akhirnya beliau pergi jua menghadap Illahi.

Sayunya bila tak dapat nak ziarah arwah. Ikutkan perancangan, hari sabtu ni cik ain nak pergi melawat. Tapi ketentuanNYA tiada siapa yang berhak menghalang. Hanya doa & Fatihah yang mampu cik ain kirimkan dari sini. Moga keluarga arwah tabah menghadapi ujian di bulan yang mulia ni. :'(

AL-FATIHAH~~



~ TERIMA KASIH SUDI BACA ENTRY CIK AIN.. SINGGAH LAGI TAU! ~

cOreTaNdAiF oLeh Cik Ain at Tuesday, July 31, 2012
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
0 oRaNg cOmeL DaH MinUm KoPi

Ramadhan Kareem


Aii..aii.. cip! Haa...kan cik ain dah cakap. Sedar2 je dah masuk hari ke-7 puasa. Sat je kan? Sedar sekali lagi nanti, dah habis raya pun. Haha..rasakan! Sapa suruh banyak berangan...wee..

Semalam cik ain dapat lihat fenomena yang agak pelik di masjid. Ceritanya macam ni. Nak dengar tak?? Tak payah susah2. Baca je...wee...

Tiga hari lepas cik ain pergi solat terawih dekat masjid sebelah banglo 4 tingkat cik ain. Pergi dengan housemate sekali. MasyaAllah, ramainya orang. Sampaikan dekat pintu nak masuk pun dah penuh. Mujur cik ain kecik (kecik la sangat... :p) So, muat la berdua dengan kawan tu. Hamekau! Betul2 berdiri depan pintu masuk. Kalau orang nak keluar terpaksa bayar tol dulu dekat kami. Baru boleh keluar. Ekeke...

Dua hari lepas cik ain tak pergi masjid. Kurang sihat (alasan!). Haha...tapi semalam cik ain pergi lagi. Kami pergi lepas solat isyak. Maklum la, banglo cik ain dengan masjid hanya beberapa langkah. Masa berjalan tu duk fikir, "mesti penuh lagi hari ni. Mana nak solat."

Takut terlambat punya pasal, kami berdua berlari2 anak ikan. Fuhh! Sempat join rakaat pertama. TAPI...kenapa orang dah tak ramai macam dua hari yang lepas? Kenapa saf belakang tak penuh pun macam hari tu? Kenapa?

Sangat berbeza jumlah kepala yang ada pada hari semalam berbanding dengan dua hari lepas. Ermmm...ini baru minggu pertama. Minggu kedua? Ketiga? Takkan dah sibuk shopping raya kot? Tak apa...fikir positif! Hehehe...

Jadi, ke manakah mereka? >_<





~ TERIMA KASIH SUDI BACA ENTRY CIK AIN.. SINGGAH LAGI TAU! ~

cOreTaNdAiF oLeh Cik Ain at Friday, July 27, 2012
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
0 oRaNg cOmeL DaH MinUm KoPi

Petua Elak Membazir (makanan) Di Bulan Puasa


Salam ukhuwah..:)..duk tak duk, kita dah masuk hari ke-4 di bulan Ramadhan. Amacam? Masih bertenaga? Hehehe...awal lagi ni kalau nak fikir soal juadah apa nak disental untuk berbuka puasa. So, alihkan minda ke arah lain dulu ya!

Bagi yang masih bertenaga & langsung tidak lemau, TAHNIAH cik ain ucapkan! Seronok kalau dapat menjalani ibadah puasa dalam keadaan sihat walafiat. Yang kurang sihat, sedikit mencabar la ya? Tapi bagi yang tidak mampu berpuasa disebabkan masalah kesihatan, ISLAM membenarkan untuk tidak berpuasa. Tetapi pastikan benar2 tidak boleh berpuasa atau lebih tepat jika dia berpuasa maka mendatangkan kemudaratan pada diri beliau.Kalau sekadar kena gigit dek semut gatal pun tak nak berpuasa itu memang boleh disebat tanpa henti..ekeke..

Puasa cik ain tahun ni awal2 dah diuji. Sehari sebelum umat islam berpuasa Allah turunkan nikmat sakit. Sampailah ke hari ini. Masih dalam mood yang kurang sihat. Tapi alhamdulillah, masih mampu berpuasa seperti biasa. Cuma sedikit lemau berbanding orang lain.

Cik ain niat nak bersahur hari pertama tahun di kampung halaman. Malangnya tiket nak balik dah habis. So, berguling2 la dekat rumah sewa. Mujur ada tinggal lagi sorang housemate yang tak balik kampung. So, kami bersahur dengan nasi putih berlaukkan ikan sardin tin yang masih belum kemek. Alhamdulillah...wehehe...

Berbuka pada hari pertama dapat jugak berbuka di rumah sendiri. Macam2 juadah terhidang depan mata. Tapi disebabkan kesihatan yang kurang memuaskan selera makan sedikit hilang. Makan sekadar mengisi perut yang kosong. Tapi syukur dapat berbuka puasa dengan insan2 tersayang.

Haaa...bila ada ramadhan mesti ada bazar yang menjual pelbagai aneka juadah makanan dari yang bersize S hingga XL. Kalau pergi mana2 bazar ramadhan mesti rambang mata nak pilih makanan mana yang nak dibelikan? Nafsu mengusai segalanya. Maka terjadilah fenomena MEMBAZIR!

Ingat! Membazir itu amalan syaitan. Cik ain ada satu petua untuk elakkan dari membazir. Apa dia? Sekiranya ketika berada di bazar ramadhan & nafsu untuk membeli itu & ini membuak2, ucaplah :

"INNI SOIMUN" >> Sesungguhnya aku berpuasa (ini je petuanya...hahaha..)

Try tengok, mujarab ke tak. Kalau tak, silalah kembali ke pangkal jalan. Hehe..

Selamat berpuasa & selamat beribadah. :)



~ TERIMA KASIH SUDI BACA ENTRY CIK AIN.. SINGGAH LAGI TAU! ~

cOreTaNdAiF oLeh Cik Ain at Tuesday, July 24, 2012
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
0 oRaNg cOmeL DaH MinUm KoPi

Menghitung Hari...Ramadhan Kareem


Salam sejahtera. Baru perasan, agak lama tak update blog. Macam biasalah, bila si MALAS asyik nak menempek je, memang apa2 kerja pun tak boleh jalan. Wake up! Wake up!

Tapi ada benda jugak yang cik ain sentiasa perasan. Ramadhan bakal tiba untuk kesekian kali. Alhamdulillah.. Tinggal 2 hari je lagi. Apa yang cik ain tengok sekarang ni, pung pang pung pang orang duk wish bout ramadhan. "Tak sabarnya nak sambut ramadhan..~yeah! nak puasa dah tak lama lagi..~seronoknya nak berpuasa.."

Lebih kurang macam tu la ayat2 yang sering di'update'kan dalam FB masing2. Alhamdulillah sekiranya kedatangan ramadhan itu disambut sedemikian rupa. Tapi seronok yang bagaimana? Best yang bagaimana? Tak sabar yang bagaimana?

Haaa...yang ni kita kena check balik. Jangan disebabkan nak tunjuk bahawa kita juga sangat menantikan ramadhan macam orang lain, sampai tak faham ayat yang kita post tu bermaksud sebagaimana. Syukur sekiranya seronok itu diterjemahkan dalam bentuk 'seronok dapat berbuat amal ibadat banyak2 dalam bulan puasa ni..' Haaa...kalau ini yang dimaksudkan memang mantop & superb la...wink..wink..

Kadang2 seronok nak puasa ni bukan apa kan. Seronok sebab dapat baju baru, kasut baru, duit raya & sebagainya. Cik ain sendiri pun kadang2 rasa macam tu. Tapi bila dah semakin MUDA ni, serba sikit nafsu ke arah itu semakin berkurangan. Tambahan pulak, cik ain yang kena bawak keluar duit raya untuk anak2 buah yang dah selori dekat rumah nun..ahaks..

Apa jua harapan & perasaan tika mahu menyambut bulan ramadhan ni, jangan lupa untuk berdoa agar Allah lanjutkan usia kita & ketemukan kita dengan ramadhan yang akan datang. ^_^

Salam Ramadhan buat semua..! Tingkatkan amalan, kurangkan kekhilafan..

special for ramadhan.. >_<




~ TERIMA KASIH SUDI BACA ENTRY CIK AIN.. SINGGAH LAGI TAU! ~

cOreTaNdAiF oLeh Cik Ain at Thursday, July 19, 2012
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
0 oRaNg cOmeL DaH MinUm KoPi

Ijab+Kabul = Rabiaatun & Edy


Salam sejahtera semua. Selamat pagi & selamat kesejukan. Sejuk tak? Dekat sini hujan. Maka, kesejukan itu menjadi nikmat kerana jarang2 dapat merasai kesejukan seperti ini. Kalau di rumah sangatlah superb kalau dapat minum air kopi cicah biskut lutut. Wee...

Hamende biskut lutut tu? Tak tau? Nak tau ke? Tak payah la ek! Nak tau jugak? Nangis dulu! Ahaks...

tadaaaaa..... >_<

Tapi sekarang ni bukan soal biskut lutut atau biskut lengan yang cik ain nak kongsi. Tapi pasal pernikahan seorang sahabat cik ain ni.

Ikutkan hati nak update pasal ni semalam lagi dah. Tapi tiba2 masalah kemasyarakatan melanda pulak. Adoiii...senget dibuatnya dengan orang yang terlebih & terkurang emo ni...huhu...Apa2 pun kerja2 meng'update' akan terus dijalankan. >_<

Alhamdulillah, pada petang sabtu yang lalu (07/07/12) seorang sahabat cik ain selamat diijabkabulkan dengan suaminya. Bukan suami jiran dia ek? Wehehe...Hanya dengan sekali lafaz, beliau sah menjadi isteri buat  Edy(nama penuh tak tahu..haha)

Tapi banyak kejadian yang tak diduga berlaku sebelum & selepas pernikahan ni. Tapi cik ain ambil jalan yang paling mudah iaitu tidak membesar2kan cerita & hanya fikir yang baik2 sahaja.

Akibat SUPRISE yang langsung tak suprise pada cik ain, maka gambar2 yang diambil hanyalah dengan menggunakan hp yang telah beberapa kali jatoh ke lantai. Hahaha..so, gambar sangat2lah mendukacitakan. Nak bagi nampak mantop cik ain edit2 la sikit. Buh bedak, eye shadow & sebagainya. wink..wink..

Jom tengok wajah2 pengantin baru ni. Jeles mak! ^_^







Gambar suami dia kurang jelas la. So, tak payah tempek dekat sini la ek?

Sebenarnya ini hanya majlis pernikahan yang dibuat secara kecil2an. Majlis perkahwinan mereka I'Allah akan berlangsung pada penghujung tahun ini. So, nantikan jelah!

Apa2 pun pernikahan adalah yang wajib. Yang lainnya hanya atas kehendak pengantin & keluarga. Bila step ni dah lepas, everything dah selamat. Talian ini sudah menjadi talian yang sah. Ekeke... Untongnya dah bersuami! Boleh berdating sesuka hati. Ahaks..

Cik ain mendoakan agar pasangan pengantin baru ini sentiasa berada dalam redha Allah. Moga dikurniakan cahaya mata yang soleh & solehah.

~SELAMAT PENGANTIN BARU~



~ TERIMA KASIH SUDI BACA ENTRY CIK AIN.. SINGGAH LAGI TAU! ~

cOreTaNdAiF oLeh Cik Ain at Wednesday, July 11, 2012
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
0 oRaNg cOmeL DaH MinUm KoPi

Edit Gambar.. Pandai?


Toink..toink.. sihat tak korang semua? Mesti sihatkan? Semalam cik ain tengok bukan main seronok lagi korang main hujan. Ahaks.. Alhamdulillah, bumi Penang kembali disirami hujan setelah sekian lama berada dalam zon panas. ^_^

(hakikatnya malas beno nak menulis ni..haishhh) cik ain sekarang dah dapat penyakit malas tahap beruang. Semua benda malas! Malas! Malas!

Tapi hari ni cik ain nak share something yang best jugak. Boleh la... mungkin ada yang dah biasa guna mungkin ada yang belum pernah dengar & guna. Tapi sebelum tu cik ain nak tanya, korang perasan tak orang zaman sekarang ni majoriti ada sejibik sorang camera. Tak kira la DSLR ke apa ke. Dah jadi macam trendkan?

Pergi mana2 mesti nak heret camera tu sama. Betul tak? Ala2 Sham Kamekazi, UAI & beberapa orang lagi. Tapi nice what!

Cop! Bukan pasal camera yang cik ain nak leterkan. Tapi pasal edit2 gambar. Haaa...yang ni cik ain pun giler. Kalau ada masa terluang memang tak ada kerja lain. So, cik ain baru diperkenalkan oleh sorang hamba Allah ni dengan satu 'port' yang sangat seronok bertenggek untuk kerja edit meng'edit' gambar ni.

Nak tau apa? Jangan malu2 nak menempek dekat SINI. Tak payah download pun. Just klik dekat 'edit a photo'. Lepas tu upload la gambar apa yang korang nak rosakkan. Haha..

Pada cik ain ok la bagi sesiapa yang baru nak belajar edit2 gambar. Sebenarnya, nak menjadikan satu gambar tu lebih menarik bukan atas faktor menggunakan cara apa. Tetapi kreativiti seseorang tu yang amat penting. Makin kreatif, makin cun gambar tu. Tak percaya? Cuba la uji diri korang ^_^

Dekat bawah ni cik ain masukkan sikit2 gambar yang cik ain dah edit menggunakan PICMONKEY tu. Cantik atau tidak, berada pada nilaian mata seseorang. Jom tengok!

cik waa..

adik..

senyummm..
ros..cameron..
sahabat..nad..

wink..wink..


Ada banyak lagi gambar yang cik ain dah edit. Tapi cukup la ek. Just nak bagi contoh je.

~SELAMAT MENJELAJAH~



~ TERIMA KASIH SUDI BACA ENTRY CIK AIN.. SINGGAH LAGI TAU! ~

cOreTaNdAiF oLeh Cik Ain at Friday, July 06, 2012
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
0 oRaNg cOmeL DaH MinUm KoPi

Cheesy Bites Steak Pizza


Hip..hip..horrey..dapat buat entry baru lagi. ^_^ Kali ni cik ain nak promote pizza terbaru dari PIZZA HUT ni. Mesti ada yang belum cubakan? So, kasi cuba la! Bukan paksaan, hanya sekadar perkongsian. >_<

Tak ada duit? Berjemaah la. Hehe.. Makan 2 potong dah boleh kenyang. Tapi siyesli, CBSP ni memang sedap! Tak rugi kalau cuba. Berbanding dengan yang udang hari tu, yang ni lebih sodap! Maybe sebab steak kot.

CBSP ada dua pilihan. Chicken steak & beef steak. So, boleh pilih ikut selera. cik ain pilih yang ayam. So gooood! Tapi macam biasa la. Makan banyak HARUS muak. 2 potong dah kira banyak. Rite? Tak tipu weyhhh... >_<

Nak delivery order pun boleh, nak pi lepak dekat restoran dia pun boleh. But, delivery service dia sangat bagus! For information, cik ain tak ada sebarang share dengan Pizza Hut pun. Haha...saja nak promot. Sharing is caring kan? weee...juga tidak menggalakkan untuk korang melahap makanan2 macam ni selalu. Tak elok untuk kesihatan dears!

So, sesiapa yang memang bercadang nak merembat any pizza dekat warung dia, try it ok? Kalau yang dah pernah makan tu, beli lagi pun tak apa. Share sikit dengan cik ain. Rugi membazir. Wink..wink..


bukak2 terus snap! HARUS pantas..hehe

Terpikat tak? Tak payah nak terpikat sangat. Kebaratan je ni. Haha..


~SELAMAT MENCUBA~





~ TERIMA KASIH SUDI BACA ENTRY CIK AIN.. SINGGAH LAGI TAU! ~

cOreTaNdAiF oLeh Cik Ain at Monday, July 02, 2012
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
0 oRaNg cOmeL DaH MinUm KoPi

Macam2 Hal


Salam sayang semua! >_<

Lama sangat la pulak tak update blog. Kerja ofis menimbun2 macam dejavu di kinabalu. Haaa... Ni pun ON CALL. Standby je... Eleh! Macam doktor pulak cik ain ek.. haha..

Lagi pun minggu lepas minggu yang agak sibuk+penat untuk cik ain. Antaranya sibuk dengan tugasan dekat pejabat, menghabiskan masa dengan cik pia yang dah pun berpindah ke KL. Buat event untuk dia..bla..bla.. Ingat lagikan entry yang cik ain cerita pasal dia dapat tukar kerja dekat Cyberjaya tu. Tak ingat? Mesti makan semut goreng banyak sangat yek?? Dap ke?? Wink..wink..

Lepas tu sibuk mengemas rumah. Rumah dah macam stor bertaraf 5 bintang! Dah tak tahu mana satu sampah, mana satu barang rumah. Hebat bukan? Begitulah gambaran yang selayaknya. >_< Tambahan sibuk melayan perasaan sebab kena tinggal dengan cik pia lagi. Macam dah kena tinggal di laki. Uhuk3...

So, hujung minggu kali ni memang terisi di rumah sewa jela. Balik kampung pun tidak, keluar berjalan pun tidak. Sebab tumpang kereta kawan. Buat apa susah2 berjalan. Kan? :p

Cukup la ek untuk entry kali ni? Rasa lemau je nak menulis. Arghhh....isnin jugak disalahkan. Selasa selalu selamat! Tak adil...haha..tapi sebelum tu nak tanya, korang dah tengok gambar kahwin irma hasnie dengan suami dia? Ada rasa jeles tak? Ada? Sama la kita..weee..

Tapi cik ain lebih jeles dengan kisah pertemuan mereka untuk kali pertama. Dekat tanah suci Mekah lagi. Huhu.. (nak gi Mekah la minggu depan!) :p

Ketemu lagi di lain entry. Cikidauuuttttt...wit..wit..




p/s : jangan pernah takut dengan kegagalan dalam sesebuah hubungan. Yakinlah bahawa Allah akan gantikan dengan yang lebih baik dari sebelumnya. >_<







~ TERIMA KASIH SUDI BACA ENTRY CIK AIN.. SINGGAH LAGI TAU! ~

cOreTaNdAiF oLeh Cik Ain at Monday, July 02, 2012
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
0 oRaNg cOmeL DaH MinUm KoPi
Subscribe to: Posts (Atom)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

..:AhLan WasAhLan:..

..:KePunYaAn EmPaYar:..

nurul ain haji jamli
24 april 1990
kuala kangsar, perak
penulis & blogger
dah jadi PUAN

kLik..kLik..

..:iMpiAn HatI:..

"Ya ALLAH, jaDikAn Aku WaNitA sOLehAh...yaNg bAik dI anTarA yAnG tErbAiK...kUrnIaKan jUgA PenDamPinG yAng BaIk daLam HiDupKu...baGi mEndApaTkAn SesUaTu YaNg TerBaIk dAri-Mu...aMin yA RaBb..."

..:pEcEbuK:..

Nurul Ain Haji Jamly

Create Your Badge

cE kOmE tRy bAce!!

  • ►  2013 (47)
    • ►  October (3)
    • ►  September (8)
    • ►  August (4)
    • ►  July (7)
    • ►  June (6)
    • ►  May (4)
    • ►  April (3)
    • ►  March (3)
    • ►  February (3)
    • ►  January (6)
  • ▼  2012 (78)
    • ►  December (8)
    • ►  November (2)
    • ►  October (6)
    • ►  September (9)
    • ►  August (2)
    • ▼  July (8)
      • Ramadhan Terakhir
      • Ramadhan Kareem
      • Petua Elak Membazir (makanan) Di Bulan Puasa
      • Menghitung Hari...Ramadhan Kareem
      • Ijab+Kabul = Rabiaatun & Edy
      • Edit Gambar.. Pandai?
      • Cheesy Bites Steak Pizza
      • Macam2 Hal
    • ►  June (12)
    • ►  May (14)
    • ►  April (9)
    • ►  March (1)
    • ►  February (6)
    • ►  January (1)
  • ►  2011 (79)
    • ►  December (7)
    • ►  November (10)
    • ►  October (10)
    • ►  September (7)
    • ►  August (32)
    • ►  June (7)
    • ►  May (6)

..:FoLLowErS:..

..:i foLLow u:..

  • Blog Cik Nurfarah
    HI 2025
  • Jia creatifelt
    Harry Potter Et Les Reliques De La Mort : 1ère Partie (2010) Watch Full Movie Streaming Online
  • Warong Makcik Senah
    Watch Clifton Hill 2019 Free Online
  • Kisah BudaxXx Montel ^^
    Watch Cardboard Boxer 2016 Free Online
  • Entirely Of Flaws
    Bank Indonesia Memberi Penghargaan Atas Pelaporan Uang Palsu
  • ♥cOraT cOret NusHA ♥
    TRAGEDI OKTOBER : Duit bagi tapi tak cukup!
  • TAMU JAJAKRAF
    NOTICE BOARD
  • ~BabyComel~ Hanya insan Biasa
    Suratan Takdir Gersang Kisah Si Curang
  • I CANT HEAR THE SILENT MELODIES
    Jual Obat Maximoz Peningkat Vitalitas, Stamina Dan Obat Ejakulasi Dini Di Sidoarjo
  • Nurhafizah ❤
    5 Tips Bagaimana Menjaga Fikiran Positif Setiap Hari
  • Wanita Melayu Akhir Zaman
    J-Pace SUV Review 2018
  • SaHaBaT BUKIT BOTAK
    Ninja : Genap 1 Tahun 4 Bulan
  • silenceaneesa ♥
    Langkah Memberi warna Baju Dengan Wantex supaya Sembuh Seperti Baru Lagi
  • Reading is the most relaxing moment. (I'm only eighteen)
    Siri Kak Senah: Misteri Kasih Mansion 5
  • BILA KATA HATI MENULIS
    Terus Mencintaimu
  • Wardah Alisya
    8 tahun usia Wardah Alisya
  • Dazzi Lurzzi Official Blog
    Redha 2016 Movie Hack Full
  • ya allah kuatkan hati kami
    Obat herbal murah berkhasiat paling ampuh
  • oLd_sChOoL
    Selangor Juara Piala Malaysia, Kenduri Kahwin Member Lebih Penting
  • [ hujung peNa... papan kekuNci ]
    "Letihlah nak pikir duit..."
  • JoY AnD SoRrOw
    FiRsT eNtRy FoR tHiS yEaR
  • Anas Muallim
    Cuti yang panjang
  • segalanyamungkin
    BAKTI SISWA TERENGGANU (KAMPUNG SEBERANG TAKIR)
  • ! ~ Salam Ukhuwah ~ !
    Giveaway dan Lucky Draw
  • misyaain amna
    TANDA HIDUP TAK BERKAT
  • ^◕‿◕^
    UPDATE NEW STOCK ** MEN'S SHIRTS **
  • The Karl Nyzam™
    Erti Sebuah Kemaafan
  • col0ur ur life
    Tukar Lagi.
  • kami craft
    Pek Kombo Tona~~ Murah Gilaa~~~!!!
  • Abu HurairaH
  • My Life
    Hujung Minggu
  • ~~ ketulusan hati ~~
    Dia kekasih aTi Qu...
  • ♥ CATATAN SEORANG HAMBA ♥
    ♥ KISAH MAYAT MEMBACA SURAH YASSIN DI MEKAH ♥
  • maiza husna
  • PERCUTIAN TERINDAH
    PAKEJ 3HARI 2MALAM DI PANGKOR
  • ! .. ✿Ɖαʏα Ƭнɛ Ƨιϰтн✿ .. !
    Korean Fashion :)
  • Ibnu Sina ATC
    Sekitar Karnival Ekonomi Muslim
  • ~liFeminEswEEtsoUr~
  • Celoteh Deqyah Pegeon~
  • Triple L
  • JuZ a sImPLe guRL DiaRy
  • BerLARI ke LANGIT
  • ♥
  • Muni Izzah
  • ♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•.♫•♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•.♫• ♫•*¨*•.¸¸
  • vip eema..
  • Eimma
  • kedai mu
  • Hafiz Hamidun
  • Seek ONLY for MARDHOTILLAH
  • BLOG ALAN
  • ✿ Missz.Nana.Punyer.Cerita ✿
  • ..sEriKanDi isLaM..
  • *sUkA-suKi DunIakU*
  • hello !!!
Backgrounds & Flower Backgrounds
Powered by Blogger.