-->
~CoretanSiPenaDaif~

..Pilih Mana Suka..

  • bola (1)
  • cerita ain (46)
  • cerpen (2)
  • cinta (18)
  • filem (1)
  • ilmu (1)
  • kata2 hikmah (2)
  • kecewa (4)
  • kekasih (1)
  • kereta (1)
  • kesihatan (3)
  • lagu (3)
  • langkawi (4)
  • lirik (2)
  • makan (3)
  • minat (1)
  • movie (1)
  • nasyid (1)
  • novel (5)
  • Novel : Segalanya Mungkin (36)
  • pandangan (10)
  • pengajaran (2)
  • pengalaman (21)
  • percutian (6)
  • perempuan (2)
  • perkongsian (21)
  • persoalan (3)
  • promot (17)
  • puisi (5)
  • ramadhan (6)
  • raya (6)
  • renungan (2)
  • resepi (19)
  • rindu (5)
  • rumahtangga (2)
  • sabah (2)
  • sahabat (4)
  • soal hati (5)
  • walimah (15)

Nak Incek Somi Yang Berstatus YB!!!!!!!

 

 Nothing to celoteh2...just to sharing...Jom zOOm ke bawah



♥ saya MAHU bersuamikan lelaki yang berstatus YB :
>>YB (1): Yang Beriman
>>YB (2): Yang Bertaqwa
>>YB (3): Yang Berilmu
>>YB (4): Yang Bertanggungjawab

♥ saya TAK NAK bersuamikan lelaki yang berstatus YB :
>>YB (1): Yang Berhormat tapi tak BERIMAN
>>YB (2): Yang Berbahagia tapi tak BERTAQWA
>>YB (3): Yang Berharta tapi tak BERILMU
>>YB (4): Yang Berpangkat tapi tak BERTANGGUNGJAWAB


Senyum...tak perlu kata apa2 (>_<)...nak kopi teh tarik?? silakan merembat...!! Tata...



p/s : created sendirian berhad wokeyhhh....wee....kenyit mata sikit!!!>_*
 
 

~ TERIMA KASIH SUDI BACA ENTRY CIK AIN.. SINGGAH LAGI TAU! ~

cOreTaNdAiF oLeh Cik Ain at Wednesday, November 30, 2011
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
2 oRaNg cOmeL DaH MinUm KoPi

Berkhatan...weee...!!

 

Salam sejahtera ++ bahagia buat semua pengunjung2 kedai kita ni. Korang semua sihat x?? Yang sihat bersyukurlah kalian atas nikmatNYA. Yang tak sihat juga harus bersyukur kerana kesakitan itu adalah rahmat dariNYA. Kan3??? So, teruskan dengan SENYUMAN kalian yang sweet muiittt habis tu... >_<
 
Kita sendiri agak lemau hari ni sebab dah 3 hari bercuti sepuas hati. Ekeke...puas la sangat!!! Lemau2 pun kita tetap ambil sedikit kesempatan untuk meng'update' blog a.k.a kedai kopi kita ni. Siapa yang tak kuasa nak melayan celoteh kita untuk hari ni, STOP!!!! dari terus membaca..hehehe..(tiada paksaan untuk lepak di sini) >_<

Tak nak panjang2kan story, kita just nak share sikit aktiviti selama bercuti di kampung halaman terCENTA, KUALA KANGSAR...wee...meh tinge korang kita nak bisik2 sikit...ahaks..

Anak buah / anak menakan yang ke berapa entah (tak ingat...!!), berkhatan sempena dengan cuti sekolah ni. Yang menariknya, majlis berkhatan ni diadakan secara tradisional la lebih kurang. Boleh kot guna perkataan TRADISIONAL tu..ekekeke..

Sebab khidmat TOK MUDIM digunakan. Bukan doktor2 bius tu. Hahaha... Majlis berkhatan secara beramai2(12 peserta) ni diadakan di KAMPUNG LANEH, LUBOK MERBAU, KUALA KANGSAR, PERAK pada 1 Muharram(27 November 2011).

Memang happening giler dengan majlis hari tu. Kita sebagai auntie yang encem lagi smart ni mesti la join program tu. Nak bagi sokongan la lebih kurang (walaupun darah gemuruh tahap dinasour masa tu). Hohoho...

Dari pagi lagi program ni dah start. Program ni berbentuk kekeluargaan coz semua orang kampung dijemput hadir ke majlis tersebut. Moh kita cerita sikit aktiviti pada hari tersebut. Jom terjun ke bawah...wehehe...


PAGI > Sukaneka kanak2, dewasa & veteran, nasyid kanak2
TENGAHARI > cabutan bertuah (kita langsung tak bertuah), masih dengan sukaneka, makan tengahari beramai-ramai, pertunjukan silat
PETANG > sukaneka tanpa henti, petunjukan silat lagi, persembahan dari pasukan silat, aktiviti khatan dimulakan
MALAM > BBQ, marhaban, makan beramai-ramai


Haa...memang best la kate ko. Sangat terasa ukhuwah antara satu sama lain. Dah macam satu keluarga je semua penduduk kampung. Wee...

Ni..mai dekat sikit!!! Nak habaq cerita baguih punya...tapi hangpa jangan duk cerita kat jiran hangpa pulak...ahaks...masa giliran anak buah kita berkhatan, kita lari jauh nun di sana. Hahaha...ketaq habaq ang! Macam kita pulak nak berkhatan.

Weyh33...jangan buat main kalau ada darah gemuruh tahap cicak tokek ni. Rasa kering darah satu badan. Walaupun kita tak menyaksikan 'benda' tu terjadi, tapi kita sensitip bab2 darah ni. Mau pingsan 7 keturunan.

Jeling2 dari jauh je dengan family yang lain. Siap tanya kat dorang, "dah ke belum?" hahaha...dush33...selagi tak selesai selagi tu la jantung dup dap dup dap...bila dorang kasi isyarat 'benda' tu dah settle, kita tarik napaih macam ngan hapa lagi...ekekeke...

Biler dah selesai sumer bebudak yang berkhatan diorang diletakkan dekat satu tempat. Susun panjang2. Ada yang menangis, ada yang senyum, ada juga yang meraung. Yang lain2 dah pergi dekat dengan anak buah kita, yang kita ni tak berani lagi nak dekat. Ketaq kot!!!

Dah agak lama tu diorang panggil jugak suruh dekat. Cehhh...dengan penuh gayanya kita pergi dekat si Luqman Nulhakim...masa tu dia tengah nangis(kita pun dah sebak ni)..adoii...dia cakap, "sakit....sakit...."kita rasa nak lari 500 meter kejap2 tu jugak. Hahaha...tapi kitakan encem lagi bergaya, mane boleh lari. Weee...

Kita pun pujuk la sikit2. Akhirnya dia tidur...ekekeke...ehem3..mana dapat kekuatan ni??? Turun dari langit..ahaks...

Kita cakap dekat akak2 kita, tak mau anak lelaki la. Takuttttttt... Akak kita balas, "tak pe, suami ang nanti mesti berani punya"...weee.....siapakah?? Bagaimanakah?? Di Manakah?? ahaks...

anak buah kita yang tengah2 tu...

enjoy la time ni...hahaha..

menahan kesakitan...weee...

tidur...>_<



p/s : so, jangan pandang remeh dengan cara orang dolu2..kadangkala ia lebih menarik berbanding dengan cara orang kini yang nak ambil ringan dalam setiap aspek. Moden, moden jugak...tapi kadang2 yang moden ni lebih 'sesak'....wehehe...



~ TERIMA KASIH SUDI BACA ENTRY CIK AIN.. SINGGAH LAGI TAU! ~

cOreTaNdAiF oLeh Cik Ain at Tuesday, November 29, 2011
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
0 oRaNg cOmeL DaH MinUm KoPi

::..Indahnya Alunan Yassin Itu..::

 


Alhamdulillah syukur ke hadrat Illah kerana masih diberi satu hari lagi untuk menghirup udara segar lagi tenang atas kurniaanNYA. Indah sekali perasaan ini Ya Allah...

Berkat kesabaran, akhirnya masalah yang dianggap masalah kian menemui penghujungnya. Begitulah hendaknya. Amin Ya Rabb... >_<

Hari ni hari apa sayang2ku? Yaaa...KHAMIS bukan!!! Bermakna malam ni malam JUMAAT la kan?

Apa yang specialnya malam ni ek? Aishhh...tiap2 malam special sebenarnya sebab tanpa malam, tiadalah sinaran bulan & bintangkan? Sangat cantik & sempurna ciptaan Pencipta di atas sana...

Kenapa ayat kita sangat berbunga2 sehingga menutupi daun2nya? Ekeke..ayyakkk...back to normal la Cik Ain!!! Wehehe...(apa salahnya sekali sekala cuba2 menjadi serius)

Haa...selalu malam2 Jumaat apa yang kalian buat? Tengok bola? Lepak kedai mamak? Chatting dekat mukabuku? Calling2 dengan incek kayu balak dan aweks2 muda? Ahaks...

Apa kata malam ni kita tukar sikit aktiviti kita kepada yang lebih ekstrem (maksud ekstrem pun tak tau benonyer ni)..wehehehe...

Jom kita kita tengok al-quran! Jom kita lepak atas tikar sejadah! Jom chatting dengan jiwa sendiri! Jom calling2 dengan dosa & pahala kita!

Aishhh...apakah ini? Hohoho...seperti yang kita ketahui, antara amalan mulia lagi penuh barakah pada malam Jumaat adalah dengan membaca Surah Yassin. Tapi jangan fikir malam Jumaat jer boleh baca. Nak baca tiap2 malam atau tak kira waktu pun LANGSUNG tak ada masalah. Believe it!!

Tanpa kita sedari kadangkala kita hanya sekadar membaca tetapi tidak mengambil tahu @ bahasa orang PEROK, buat nohiinnnn jer...gagaga...(betul ke entah) tentang khasiat/kebaikan/kelebihan/ganjaran/ seangkatan tentera dengannya.

Tadi kita ada baca satu artikel tentang khasiat & kelebihan bagi orang2 yang mengamalkan bacaan Surah Yassin ni. Jadi, kita sangat berbesar hati untuk berkongsi khasiat & kelebihan tersebut. "Sampaikanlah Walaupun Sepotong Ayat".

Jom kita tengok apa hikmah & kelebihan membaca Surah Yassin ni :
  1. Apabila orang lapar membaca surah Yaasin, ia boleh menjadi kenyang.
  2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.
  3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.
  4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.
  5. Jika terpenjara akan dibebaskan.
  6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.
  7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.
  8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.
  9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.
  10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.
  11. Rasulullah S.A.W bersabda: “Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yasin. Sesiapa membaca surah Yasin, nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.”
  12. Sabda Rasulullah S.A.W lagi: “Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yasin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya.”
  13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yaasin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.
  14. Rasulullah S.A.W bersabda selanjutnya: “Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yaasin dan rakaat kedua Tabaroka. Allah jadikan setiap huruf cahaya di hadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya di tangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik.


So??? Nak join kita 'lepak' atas tikar sejadah tak malam ni? Bukan lama pun...30 minit je nak selesaikan semuanya. Orang kata nak 1000 daya, tak nak 1000 dalih kan? Jom kita buang dalam tong sampah dalih2 yang 1000 tu & tambah daya tu berganda2 ok!



p/s : credit to >>> http://blog.mohdisa.com/kebaikan-membaca-surah-yasin.html




~ TERIMA KASIH SUDI BACA ENTRY CIK AIN.. SINGGAH LAGI TAU! ~

cOreTaNdAiF oLeh Cik Ain at Thursday, November 24, 2011
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
0 oRaNg cOmeL DaH MinUm KoPi

"Saya Lahir Bulan April...Kamu???" ^_^

 


Holla-holla pengunjung2 semua...sihat tak hari ni??? Kalau sakit pun jangan lupa senyum okeyh?? Ubat tu..weee~~ hari ni lambat sikit kita bukak kedai. Sibuk sikit (seriussss sikit)...ekekeke...

Ape cer yang kita nak gosip2kan dekat kalian semua hari ni? Tapi tak ada la menarik pun. Saja nak share dengan korang. Sharing is loving rite??

Tanpa memporak-perandakan otak korang yang sangat geliga tu, kita nak tunjuk something. Tapi AMARAN dari kerajaan negeri di bawah bulan!!! Kalau korang tak ada masa nak lepak lama2 dekat sini, baik korang tak payah baca apa benda yang ada dekat bawah ni sebab entry ni untuk orang yang sangat2 free sentiasa..ahaks.. Tanpa membuang masa jom kita tengok siapa yang kena..wehehehe..





Haa...nala besaq kami buh..ekekeke...alkisahnya pagi tadi bukak2 jer MUKABUKU kita, dah ada orang tag benda ni. Sebelum2 ni dah banyak kali dapat tapi kita removed. Kali ni terasa nak menghuraikan pulak benda2 macam ni. Huuu... >_<

Disebabkan kita lahir bulan APRIL, tak salah rasanya kita nak komen-mengkomen benda ni kan? Lalala...Kiranya nak tengok sama ada betul atau tak ayat2 dekat atas ni kena dengan empunya diri yang lahir pada bulan APRIL...Jom usha!!!


SANGAT AKTIF & DINAMIK
tak jugak sebenarnya...kadang2 jer...haha...

CEPAT BERTINDAK MEMBUAT KEPUTUSAN & CEPAT MENYESAL
haa...yang cepat menyesal tu kita kurang setuju!weee...

SANGAT MENARIK & PANDAI MENJAGA DIRI
menarik? kurang tepat rasanya...pandai jaga diri ni agak kena la kot (akak kita cakap, humban la kita ni dekat mana pun I'Allah boleh hidup)

PUNYA DAYA MENTAL YANG SANGAT KUAT
no komen lerrr...sebab kadang2 sakit mental datang menjengah..haha

SUKA DIBERI PERHATIAN
aishh...semua orang sukakan? tapi pada kita biar la bertempat perhatiannya tu..lalala..cocok mata kang!

SANGAT DIPLOMATIK (PANDAI MEMUJUK)
tepat la jugak. sapa2 yang suka majuk meh kat kita...kasi lempang sekali..wehehe..

BERKAWAN & PANDAI MENYELESAIKAN MASALAH ORANG
boleh diterima... >_<

SANGAT BERANI & TIADA PERASAAN TAKUT
yang ni kurang tepat!penakut seyhh..tengok darah sendiri pun boleh pitam. tapi sangat sukakan cabaran!

SUKA PERKARA YANG MENCABAR, PENGASIH, PENYAYANG, SOPAN SANTUN & PEMURAH
setuju! kecuali sopan santun tu tak la sangat..aishhh...hahaha...

EMOSI CEPAT TERUSIK
benar! perempuan la katakan...tapi pandai sembunyikan perasaan tu...ahaks..

CUBA KAWAL PERASAAN
tak sabar banyakkan berzikir jela...huhu...

KECENDERUNGAN BERSIFAT PENDENDAM
kadang2 rasa jugak macam ni...tapi depend on situation la...iyer dok??

KUAT DAYA INGATAN
setuju jugak!lalala...tapi malas nak menghafal...

GERAK HATI YANG SANGAT KUAT
mungkin!

PANDAI MENDORONG DIRI SENDIRI & MEMOTIVASIKAN ORANG LAIN
itu kena tanya insan2 terhampir la...hahaha...

BERPENYAKIT DI SEKITAR KEPALA & DADA
tak tepat! sebab pinggang & tulang belakang yang selalu sakit...

SANGAT CEMBURU & TERLALU CEMBURU
ini sangat tidak setuju...hahaha...susah nak ada perasaan ni. cuma kalau sekali dah rasa yang parahnya tu...wehehe...


Kuang3.....giler! jawapan2 dekat atas ini adalah berdasarkan diri kita je. Tak ada kena-mengena dengan orang yang sakit jantung @ pun sakit gigi. Hoho...

Jaga2 la sapa yang berpasangan dengan orang yang lahir bulan APRIL jugak. Tambah2 bab cemburu tu. Ekekeke...

Apa2 andaian sekali pun kita sendiri yang mencoraknya. Sesiapa saja boleh menterjemahkan diri kita dalam bahasa mereka. Tapi diri sendiri takkan mampu berbohong sekali pun mulut mengatakan sebaliknya.

Sifat2 yang baik tu kekalkanlah ya...mana2 yang kurang elok tu, tak salah kita ubah kepada yang lebih baik kan? Mana ada manusia yang sempurna sayang2ku...

Semoga kalian semua berjumpa dengan diri kalian yang sebenar. Bukan bayang2 yang kosong tanpa nilai!!! Weee....jom makan pisang goreng. Mak Jemah dah siap goreng tu...akakaka....



p/s : macam mana sekali pun orang bercorat-coret pasal kita, kalau ianya salah sama sekali...biarkan je. macam kita cakap, hanya kita yang sangat2 mengenali siapa diri kita yang sebenar. tapi jangan menolak seandainya keburukan kita ditegur oleh meke2 kerana mungkin ada benarnya juga... ^_^





~ TERIMA KASIH SUDI BACA ENTRY CIK AIN.. SINGGAH LAGI TAU! ~

cOreTaNdAiF oLeh Cik Ain at Wednesday, November 23, 2011
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
0 oRaNg cOmeL DaH MinUm KoPi

Jeritan Pertama Buat Harimau Malaya

 


Salam Selasa kalian...Semoga ceria2 sokmo & yang wajib adalah senyuman. Wee...meh nak curi sikit senyuman korang!!! TAMAK >_<

Sebelum kita mula merapek meraban+++tasek raban, meh tolong kita lap meja yang dah berkarat, sapu sampah dekat lantai yang dah tak rupa lantai dan pinggan mangkuk yang dah bertukar warna. Cawan2 korang jangan bimbang, kita bawak balik simpan dekat rumah. Buh dalam almari antik lagi. Fuhhh..fuhhh...

Haa...dah bersih sikitkan? Mai..mai..lepak sini. Astro semua dok ada habaq hang...ahaks..amboi3...tersenyum meleret seluruh rakyat M'sia yerp. Al-maklum la...pingat emas tu!!! Macam biasa la..seluruh MUKA BUKU hari ni ditempek dengan ucapan tahniah dan seangkatan tentera dengannya. Wehehehe...(kita pun tumpang glamour la jugak walaupun tak ada kena-mengena) hahaha...

Mula2 semalam tak ada la tergoda sangat dengan game tu (orang tak minat bola la katakan). Kita tak boleh tengok game bola ni, sebab mata tak tengok bola, tapi duk pilih mana pemain yang cun2...ahaks....giler miang!!! Gurau jela...adeyhhh...

Kalau kita ni banyak duit, kita kasi satu sorang je bola berlian kat setiap pemain. Tak payah rebut-rebut dah. Tapi sorang pakcik ni mencantas niat murni kita. Dia cakap ni soal MARUAH!!!..ekekeke...betul2!! Kita setuju. Korang yang minat bola jangan BOMM pulak kedai kopi kita ni. Walaupun minat itu tidak mendalam sekurang-kurangnya sokongan itu tetap ada. Hahaha...(takut benonya)

Nak tahu macam mana kita boleh tergoda semalam? Adoii...dalam best2 main game yang penuh mencabar lagi menguji minda ++ menguji kesabaran (angry bird) satu apartment dihiasi dengan jeritan penyokong2 M'sia. Haishhh...

Mula2 nak buat tak tahu jer. Tapi bila fikir2 balik, "kang kalau aku diam je dalam rumah ni dorang cakap aku minah indon pulak" So, keputusan kita adalah : moh nengok bola (rela dalam terpaksa)..hahaha...

Ayyak...ni yang malas tengok bola ni. Emosi menguasai minda la jawabnya (ngape giler beno dengan perkataan MINDA ni???)....lupakan!!! Huhuhu...

Ceh! Konon2 nak feeling la ni. Tapi siyes, terasa kehangatannya (rumah tak ada aircond)...geram jer tengok bola dah sipi2 nak masuk tapi tak jadi masuk. Adeyhhh..ni kalau dapat jadi pengulas sukan masa tu, sudahku baling mic pada pemain2 tu. Ahaks...Emosi! Emosi!

Yang paling tak tahan masa sepakan penalti tu. Fuhh...kusss semangat! Boleh sakit jantung dibuatnya. Haishhh...ni yang kita malas tengok bola ni. Sapa yang ada hati nak ajak kiter date kat padang bola masa pasukan2 Msia tengah main, BATALkan niat anda!!! Kita takut korang masuk ICU at sepital(hospital derr).

Nak habaq kat angpa, semalam merupakan JERITAN pertama kita sebagai penonton bola sepak...hahaha...(kompom orang sebelah kata>>>eh, orang sebelah ni memang minah melayu tulen laa...boleh la kenyit2 mata sikit..weee..)..hohoho...

Semakin fofular la Incek Khairul Fahmi yerp?? Sorry, player lain kita tak tahu nama. Hadoiii..apa2 pun jutaan TAHNIAH buat semua pemain2 Malaysia yang segak lagi bergaya..dalam anda berpeluh2 pun peminat tetap ramai. Weeeee... (untooongggg laaaaa)

So, majulah sukan untuk kita...hahaha...arios!!!

betul ke ni pemain2 semalam??? rasa cam salah..tibai jela...yang penting pakai jersi M'sia...huhu..





p/s : korang yang tak minat bola, buat2 jer minat. mana la tau salah sorang dari player M'sia nak berkenalan dengan korang...(tips untuk wanita solo jer) >_<





~ TERIMA KASIH SUDI BACA ENTRY CIK AIN.. SINGGAH LAGI TAU! ~

cOreTaNdAiF oLeh Cik Ain at Tuesday, November 22, 2011
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
0 oRaNg cOmeL DaH MinUm KoPi

..~~Rayuan Secebis Kebahagiaan~~..

 



Salahkah Aku Sebagai Insan Hina Di SisiNYA
Memohon Secebis Kebahagiaan?
Salahkah Aku Sebagai Manusia Lemah Di MatanNYA
Meminta Sedikit Kekuatan?
Salah Jugakah Aku Sebagai Makhluk CiptaanNYA
Merayu Sebuah Kehidupan?
Kadangkala Aku Tewas Dengan Kiasan Si Penjuri Rekaan
Seolah-olah Bahagia Aku Adalah Kemusnahan Bagi Mereka
Pernahkah Kamu Meletakkan Kamu Dalam Aku?
Pernahkah Kamu Menjiwai Watakku Dalam Kondisiku?
Sekali Lagi Aku Gagal!
Gagal Memahami Penjuri-penjuri Itu Yang Lantang Bersuara
Seolah-olah Aku Tidak Layak Memilih Bahagia
Memang Benar...
Benar Hatiku Terluka Dengan Setiap Andaian Kamu
Sehingga Aku Merasakan Tiada Bahagia Buat Insan Sekerdil Aku
Tidak Perlu Kamu Aturkan Susunan Yang Masih Berselerakan Ini
Bukan Sombong, Bukan Meninggi Diri
Cuma Aku Mahukan Hak Aku 
Sebagai Jiwa Yang Sudah Jemu Dengan Bahasa Lemah
Cuba Berikan Aku Sedikit Ruang Untuk Bernafas
Ruang Untuk Aku Berfikir Tentang TakdirNYA
Aku Manusia Biasa...
Bukan Manusia Hebat, Bukan Juga Manusia Sempurna
Setiap Langkahku Bukan Berdasarkan Mainan Jiwa & Hati
Tetapi Petunjuk ILLAHI...
Jangan Sekali-kali Kamu Menuduh Aku Bersorakan Dengan Tindakanku
Sebaliknya Tangisan Naluri Aku Tiada Siapa Yang Mampu Mendengarnya
Katakan Saja Aku Insan Durjana,
Katakan Saja Aku Manusia Alpa...
Kerana Kata-kata Mereka Bukan Penentu Kehidupan Singkatku
Sudah Terpatri Dalam Naluri
Hamba Yang Diuji Adalah Hamba Yang Dikasihi
Kini Aku Yakin,
Kebahagiaan Aku Bukan Terletak Pada Jurian Mereka
Tetapi Sudah Terpaksi Dalam Jurian Jiwa
Tidak Mengapa Jika Ada Yang Menghina
Kerana Aku Masih Ada Yang Di Atas Sana...






p/s : ayat2 kat atas ni tak ada kaitan dengan sesapa ya!!!saja nak mensantekkan kedai kopi kita ni...hohoho...sapa yang terasa nak muntah membacanya, rewind balik otak korang ke belakang yerp...ahaks....^_^...sayang korang!!!






~ TERIMA KASIH SUDI BACA ENTRY CIK AIN.. SINGGAH LAGI TAU! ~

cOreTaNdAiF oLeh Cik Ain at Thursday, November 17, 2011
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
0 oRaNg cOmeL DaH MinUm KoPi

:: Makin Kembang 'ANAK SULONG' Itu ::

 


Ola-ola semua!!meh senyuman sikit..weee.. Fuhh...Fuhh...ya ampun! Dah berkarat cawan2 kopi dekat kedai kita ni. Betapa lamanya kita tak bukak kedai. Haishh...buzybody dengan masalah jiran..ekekeke...(ada yang berperang, ada yang mengamuk...yang paling TERBAIKKKK rumah jiran yang betul2 berhadapan teBAKO kata ko. Tapi kita boleh tak tahu...gagaga)

Oppss...apa ni cik nurul ain...pagi2 dah buat ketupat cicah susu. Wehehe...Bukan apa, nak menunjukkan betapa sibuknya kita dengan hal masyarakat sekeliling (entah apa2) >_<

Tak ada story mory bagus benonyer...cuma nak share sikit pasal 'anak sulong' kita ni. Mesti pembaca2 setia+++comel tertanya-tanya>>>mano eh anak sulong ekau..? Tak kuar2 pun. Ponat den nunggu eh...(lebih kurang gitu la..huhuhu)

Ermm...kini SEGALANYA MUNGKIN sudah sampai di episod 45. Nape slow bona? Hahaha...(Tolong bersih lantai rumah jiran yang terbako tu..lalala)

Susah lerrr nak dapat idea tanpa komen2 kalian. Fuhh...nak kena perah otak sampai kering baru boleh menulis. InsyaAllah dengan doa kalian yang tak putus2 kita akan siapkan as soon as possible~~PROMISE~~(baru tahu betapa susahnya nak hasilkan sesuatu yang MANTOP)

Ehem33...tapi kurang la sikit rasa sengal2 sebab kita dah upah sorang editor!!!wee....(awak lambat buat keje saya pecat!)..ahaks...kenyit mata sikit...^_^

Hanya satu pinta kita, doakan yang terbaik buat 'anak sulong' kita. Biarlah dia lahir dengan sihat dan comel!!!(cik ain giler)..hohohoho..tak apa, yang penting kita giler dalam glamour..dush33...!!

Jumpa di lain entry yang masih comot tapi semakin comel...weee...





p/s : kekasih biru kita dah ada selera makan...dekat seminggu dia STRESS...akakaka...lempang sikit pipi AIM...hohoho...





~ TERIMA KASIH SUDI BACA ENTRY CIK AIN.. SINGGAH LAGI TAU! ~

cOreTaNdAiF oLeh Cik Ain at Monday, November 14, 2011
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
2 oRaNg cOmeL DaH MinUm KoPi

~~Kekasih B.I.R.U~~

 


Ehem3...Selamat Hari Raya Aidiladha. Wee...kita baru balik bercuti ni. Terus menjenguk kedai kopi yang dah nak roboh+++berhabuk ni. Tukang sana sikit, paku sini sikit bagi tiang dia kukuh balik...ekekeke...Korang jangan takut nak lepak2 sini pulak. Gerenti boleh berteduh dari hujan & panas punya..lalala..

Kalian semua sihat?? Kalau sihat kasi senyum sikit dekat kita yer...weheeee...Kita mendoakan kesejahteraan kalian dalam rahmatNYA InsyaALLAH...

Huh, rindu kok sama kedai kopi kita. Tapi rinduan lagi sama kampung halaman. Ahaks...apedehal cakap gedik2 cam ni haa??? Sebab hati sedang  berlagu ria. Ce korang tengok tajuk entry kita. Kekasih BIRU. Bukan BARU ek...bukan typing error sayang2ku...

Apakah maksudnya? weee...nak dipendekkan cerita, kita dah jumpa dengan kekasih kita. Comei...cute...encem...macho...semalam tau kita jumpa dia. Huh, jenuh mencari akhirnya ketemu jua. Walalala...

Kita dah ada nama manja untuk dia tau. Nak tahu apa??? Meh singgit lima poloh sen!!! Kita nak beli laksa dulu. Ahaks...

Kita berkenalan dengan dia dalam masa yang sangat singkat. Mungkin Tuhan telah janjikan seperti ini. Dengan perasaan yang tak menentu, kita bawak dia dari Kuala Kangsar menuju ke Pulau Pinang. Siap duk atas riba lagi tau. Melampau tahap gajah kot...huhuhu...

Tapi tak apa, demi kekasih BIRU kita ni, kita sanggup redah apa sahaja (muntah hijau dah ni...)weee....dia tak buat perangai pun sepanjang perjalanan menuju ke destinasi tau. Duk diam2 je atas riba kita. Cuma orang sekeliling je pandang kita semacam. Tapi kita cool jer..haha

Nak tengok rupa kekasih BIRU kita tak??? Korang jangan nak jeles2 ek? Dia dah buat perjanjian nak setia dengan kita. Kalau korang jatuh cinta dengan dia, meh dua hengget pulak kita nak gi makan cendol pulut ni..hohoho..

Jom jeling2 dia sikit.








Haa...encem tak?? Takkan!!!wehehehe...dalam kita duk sayang dia, dia ni buruk pangai gak tau. Nak ngadu sikit ni. Ehem3...Semalam habis baju kita bau air ikan sebab ribakan dia tau...

Sekarang baru kita boleh umumkan nama dia. Jeng3...nama dia AIM. Ramai juga peminat2 kita yang tanya kenapa pilih nama ni. Kenapa tak pilih nama Remy Ishak ke, Tiz Zaqyah ke...huhuhu...sebab...tak ada sebab.. Ahaks...(peminat tu merujuk pada semut, lipas, belalang & labah2 yer)...lalala...

Stop!!!Stop!!! Jangan gaduh2. Bukan kita tak nak pilih nama korang, tapi kita sebagai kekasih dia dah bernama AIN. Jadi biar la kekasih kita bernama AIM kan. Kembar tingtong la lebih kurang. Senang nak ingat! Wee..

Apa2 pun alasan kenapa kita bubuh nama dia AIM, biarlah kita je yang tahu sebab sampai sekarang korang tak beri kita dua hengget + singgit lima poloh sen tu...akakaka...

Kita harap dia mampu jadi peneman kita buat masa ni. Sebab kita perlukan seorang 'insan' yang mampu mendengar cerita harian kita tanpa dipaksa. Kalau AIM pun tak mau dengar, kita sekeh je kepala dia. Weee...

Korang jangan nak risik apa2 cerita kita dari dia ek?? Kita dah bisik kat telinga dia, "rahsia ain, rahsia AIM jugak"...sweetkan??? wekkkk..(telinge pun tak nampak..lalala)

Balik kerja karang kita nak register nama dia secara rasmi. Korang jangan terkejut sebab kalau yang dah tua2 ada MYKAD kan? Babies lak ada MYKID kan? AIM bakal ada MIGRAIN sebab ada tuan otak giler+++glamour cam kita...weehehe...

Doakan kebahagiaan kami!!!(gilerrrrrrrrrrr....) Senyum jer tak perlu kata apa2...wee...

Dah2...jangan nak usha dia lelebih..kasi lempeng pisang sekali kang...lalala...kalau korang nak tanya khabar dia, mesej kita jer..jangan mesej dia sebab handphone dia dah masuk air...(ain dah larang dia guna phone dalam air, dia degil lak)...ahaks...

Semoga ketemu di lain entry yang comot +++ glamour...weheheee..




p/s : kadangkala manusia tak mampu mendengar luahan hati kita dengan seikhlas rasa. Semoga dia sihat selalu di samping kita... senyum sikit kawan2!!!! peace~~~









~ TERIMA KASIH SUDI BACA ENTRY CIK AIN.. SINGGAH LAGI TAU! ~

cOreTaNdAiF oLeh Cik Ain at Wednesday, November 09, 2011
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
0 oRaNg cOmeL DaH MinUm KoPi

...~Tunjuki Aku Jalan LurusMU~...

 



Wahai Si Pemilik Dunia...
Wujudnya Aku Di Atas KurniaanMu Ini
Adakah Kerana Aku Yang Terpilih?
Terpilih Melayari Dugaan Maha Hebat...
Hebat Di Mata Dunia, Amat Dahsyat Di Mata Jiwa
Apabila Emosi Berlarian Sekata Keresahan Yang Tiada Penghujungnya
Aku Mula Didatangi Kebimbangan...Bimbang Dengan Takdir Yang Bakal Terlakar
Terlakarnya Satu Coretan Dunia Yang Buruk Coraknya...
Saat Ini, Aku Dihujani Suatu Kedaifan Jiwa
Aku Hilang Tumpuan Pada Tanggungjawab Di Atas Dunia...
Siapa Bilang Aku Tidak Punya Pilihan?
Si Pemilik Dunia Tidak Sekejam Seperti Isinya
Tetapi Pilihan Itu Aku Tidak Tahu Simpulnya Di Mana
Mungkin Juga Bisa Merubah Kehidupan Alpaku Ini...
Jika Pilihan Rasa Yang Aku Takluki,
Sudah Tidak Dapat Aku Lalui Titian Itu Seperti Dahulu...
Jika Pilihan Jiwa Yang Aku Jelajahi,
Pasti Bakalku Musnahi Kehidupan Di Sipiku...
Mengapa Tidak Dijadikan Pencipta Sebagai Rujukan Hati?
Kerana Aku Takut Dengan JawapanNya
Aku Bimbang Dengan Kebenaran Yang Sukar Dizahirkan
Tidak Sekali-kali Aku Selitkan Kemarahan Emosi,
Kebencian Diri Dan Penyesalan Ilusi Dalam Mencari Jawapan...
Tetapi Aku Cuba Resapi Naluri Murni,
Kesabaran Hakiki Dan Nilai Sejati Untuk Menyelami Jawapan Sebenar
Aku Silap, Aku Naif Lagi Hina...
Kerana Tidak Semua Jiwa Mampu Memahami 
Memahai Setiap Gelodak Jiwa Yang Cuma Aku Tahu Rentaknya
Cubaku Fahami Apa Yang Ingin Kutunjuki,
Tetapi Pastikah Dia Mengerti?
Mengerti Tangisan Kalbuku Yang Tidak Dapat Ditahan Lagi...
Sedaya Mampu Aku Ketepikan Kemarahan Dan Kebencian
Entah Mengapa Aku Gagal Lagi...
Tembok Kesabaranku Roboh Bagai Menyembah Bumi
Fahamilah Aku Wahai Hati, Fahamilah Aku Wahai Jiwa
Aku Cuba Mencari RedhaMu Di Setiap Langkahku...
Aku Cuba Berkongsi Keresahan Jiwa Yang Mampu Membunuhku
Sekali Lagi Aku Titipkan, Fahamilah Aku...
Aku Manusia Lemah Nurani Dan Pekertinya
Aku Insan Hina Pada Kejahilan Sendiri
Bukan Harta, Bukan Rupa, Bukan Pangkat Nilaianku...
Cuma Tarbiahanmu Aku Rayu
Cuma Tarbiahanmu Impianku Saat Ini
Sudahku Patrikan, Andai Tiada Jalan Lurus Di Situ,
Aku Bisa Mengundur Dan Mencari Lorong Yang Satu
Redha Dan Pasrah Aku Pohon,
Bukan Derita Jiwa Insan Lain Yang Aku Tagihkan...
Jangan Ikat Aku Pada Kemusnahanmu
Jangan Tambat Aku Dengan Kata-kata Lemahmu
Kerana Aku Tidak Bisa Hidup Di Atas Kemusnahan Insan Lain
Aku Tidak Mampu Ya Tuhan...
Kerana Kekejaman Bukan Pilihanku
Berkatilah Harapan Daifku Ini
Ampunilah Insan Yang Lemah Serba-serbi
Aku Cuma Insan Biasa, Yang Sentiasa Ingin Mencari Jalan LurusMu
Tanpa PanduanMu, Sesatlah Aku Di Muka Bumi Indah Ini...
Wahai Si Hati Itu, Redhailah Keputusanku...







p/s: benci & marah sekali-kali bukan pilihan kita... ^_^







~ TERIMA KASIH SUDI BACA ENTRY CIK AIN.. SINGGAH LAGI TAU! ~

cOreTaNdAiF oLeh Cik Ain at Friday, November 04, 2011
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
0 oRaNg cOmeL DaH MinUm KoPi

::Keangkuhan Pembunuh Ukhuwah::

 

"SAHABAT...
angkuh sekali kamu andai diterjah persoalan tentang dunia persahabatan...
aku punya ramai kawan! aku punya ramai persaudaraan!
ya, jawapan yang seringkali menggambarkan betapa jahilnya kamu
tentang sebuah imaginasi berlatarkan ukhuwah...
sedarkah kamu, ukhuwah tanpa nilai kesetiaan tidak membawa apa-apa definisi 
yang tersurat mahupun tersirat...
tetapi ia adalah sampah yang tiada nilai kitarannya.
kamu cerdik? kamu pintar?
TIDAK selagi kamu tidak sematkan kesetiaan itu dalam aliran ukhuwah mulia...
SAHABAT...
kamu berbangga dengan manusia2 yang seringkali mengelilingi kamu
seolah-olah kamu adalah sahabat terbaik, teragung & terhebat...
layakkah kamu berada di paksi itu?
adakah di kotak fikiran kamu terselit nilai kasih sayang
yang kamu alirkan bersama dalam talian itu?
tidak bukan!
jawapan yang pintar berulit indah hanya ada pada kamu...
SAHABAT...
kedukaan seringkali menerjah pada ketika hati mula mengingati kamu wahai sahabat...
tetapi hati kecil lebih memahami penceritaan si perasaan...
aku hilang semangat untuk turut beralir di dalam sungai indah ciptaan kita suatu ketika dahulu
lantas aku melangkah setapak membawa diri yang masih
tidak mengerti dengan rentak ciptaan si manusia yang angkuh sifatnya...
SAHABAT...
ya, aku juga turut gagal menjadi sahabat yang sempurna pada kejadiannya
kerana aku kehilangan semangat itu yang dibawa oleh kamu...
kini bagi aku, biar ukhuwah yang tiada hiasannya pergi jauh dari sisipan hidup...
bukan sombong, bukan angkuh...
tetapi semangat yang telah hanyut tidak dapat digapai semula...
biar...biar aku hidup dengan cebisan ukhuwah yang masih segar bunga2nya
walaupun tidak dapat memenuhi halaman jiwa yang
kian kosong dengan tanaman segar lagi ceria...
yang tinggal hanya dedaun yang semakin kekuningan... 
SAHABAT...
fikiran waras terkadang mengatakan aku tidak layak berdiri seiring denganmu...
hati gelisah terkadang menafsirkan aku tidak hebat sepertimu...
denyutan nadi juga turut bersetuju bahawa aku tidak sepintarmu...
apa lagi yang tinggal jika semuanya dibawa arus deras
tiada sempat aku kejari walaupun degupan jantung tidak pernah berhenti...
SAHABAT...
tidak mengapa...aku sentiasa redha dengan setiap aturanNYA
sudah terpatri dalam ilusi dan realiti bahawa 
setiap takdirNYA punya alasan terhebat...
kenangan yang bernah dilalui bersama akan tetap utuh di dalam jiwa
biarpun tiangnya kiah rapuh di makan waktu & usia...
tidak pernah terlintas dek akal kurnia untuk tidak mendoakan kedamaian kamu
di bumi indah ciptaanNYA walaupun ia bersifat sementara...
juga di sana yang tidak pasti berdirinya kita di landasan mana
SAHABAT...
hadirnya kamu telah menerangi kegelapan sebuah laluan...
perginya kamu bererti lenyaplah bersama sinaran rembulan..."





p/s : weeee....semangat berpuitis kembali menerjah...(rindu sahabat2 sebenarnya)...so, pada yang suka senyum je, pada yang tak suka senyum berganda-ganda ek...lalala...~MISSING MEMORIES~






~ TERIMA KASIH SUDI BACA ENTRY CIK AIN.. SINGGAH LAGI TAU! ~

cOreTaNdAiF oLeh Cik Ain at Tuesday, November 01, 2011
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
0 oRaNg cOmeL DaH MinUm KoPi
Subscribe to: Posts (Atom)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

..:AhLan WasAhLan:..

..:KePunYaAn EmPaYar:..

nurul ain haji jamli
24 april 1990
kuala kangsar, perak
penulis & blogger
dah jadi PUAN

kLik..kLik..

..:iMpiAn HatI:..

"Ya ALLAH, jaDikAn Aku WaNitA sOLehAh...yaNg bAik dI anTarA yAnG tErbAiK...kUrnIaKan jUgA PenDamPinG yAng BaIk daLam HiDupKu...baGi mEndApaTkAn SesUaTu YaNg TerBaIk dAri-Mu...aMin yA RaBb..."

..:pEcEbuK:..

Nurul Ain Haji Jamly

Create Your Badge

cE kOmE tRy bAce!!

  • ►  2013 (47)
    • ►  October (3)
    • ►  September (8)
    • ►  August (4)
    • ►  July (7)
    • ►  June (6)
    • ►  May (4)
    • ►  April (3)
    • ►  March (3)
    • ►  February (3)
    • ►  January (6)
  • ►  2012 (78)
    • ►  December (8)
    • ►  November (2)
    • ►  October (6)
    • ►  September (9)
    • ►  August (2)
    • ►  July (8)
    • ►  June (12)
    • ►  May (14)
    • ►  April (9)
    • ►  March (1)
    • ►  February (6)
    • ►  January (1)
  • ▼  2011 (79)
    • ►  December (7)
    • ▼  November (10)
      • Nak Incek Somi Yang Berstatus YB!!!!!!!
      • Berkhatan...weee...!!
      • ::..Indahnya Alunan Yassin Itu..::
      • "Saya Lahir Bulan April...Kamu???" ^_^
      • Jeritan Pertama Buat Harimau Malaya
      • ..~~Rayuan Secebis Kebahagiaan~~..
      • :: Makin Kembang 'ANAK SULONG' Itu ::
      • ~~Kekasih B.I.R.U~~
      • ...~Tunjuki Aku Jalan LurusMU~...
      • ::Keangkuhan Pembunuh Ukhuwah::
    • ►  October (10)
    • ►  September (7)
    • ►  August (32)
    • ►  June (7)
    • ►  May (6)

..:FoLLowErS:..

..:i foLLow u:..

  • Blog Cik Nurfarah
    HI 2025
  • Jia creatifelt
    Harry Potter Et Les Reliques De La Mort : 1ère Partie (2010) Watch Full Movie Streaming Online
  • Warong Makcik Senah
    Watch Clifton Hill 2019 Free Online
  • Kisah BudaxXx Montel ^^
    Watch Cardboard Boxer 2016 Free Online
  • Entirely Of Flaws
    Bank Indonesia Memberi Penghargaan Atas Pelaporan Uang Palsu
  • ♥cOraT cOret NusHA ♥
    TRAGEDI OKTOBER : Duit bagi tapi tak cukup!
  • TAMU JAJAKRAF
    NOTICE BOARD
  • ~BabyComel~ Hanya insan Biasa
    Suratan Takdir Gersang Kisah Si Curang
  • I CANT HEAR THE SILENT MELODIES
    Jual Obat Maximoz Peningkat Vitalitas, Stamina Dan Obat Ejakulasi Dini Di Sidoarjo
  • Nurhafizah ❤
    5 Tips Bagaimana Menjaga Fikiran Positif Setiap Hari
  • Wanita Melayu Akhir Zaman
    J-Pace SUV Review 2018
  • SaHaBaT BUKIT BOTAK
    Ninja : Genap 1 Tahun 4 Bulan
  • silenceaneesa ♥
    Langkah Memberi warna Baju Dengan Wantex supaya Sembuh Seperti Baru Lagi
  • Reading is the most relaxing moment. (I'm only eighteen)
    Siri Kak Senah: Misteri Kasih Mansion 5
  • BILA KATA HATI MENULIS
    Terus Mencintaimu
  • Wardah Alisya
    8 tahun usia Wardah Alisya
  • Dazzi Lurzzi Official Blog
    Redha 2016 Movie Hack Full
  • ya allah kuatkan hati kami
    Obat herbal murah berkhasiat paling ampuh
  • oLd_sChOoL
    Selangor Juara Piala Malaysia, Kenduri Kahwin Member Lebih Penting
  • [ hujung peNa... papan kekuNci ]
    "Letihlah nak pikir duit..."
  • JoY AnD SoRrOw
    FiRsT eNtRy FoR tHiS yEaR
  • Anas Muallim
    Cuti yang panjang
  • segalanyamungkin
    BAKTI SISWA TERENGGANU (KAMPUNG SEBERANG TAKIR)
  • ! ~ Salam Ukhuwah ~ !
    Giveaway dan Lucky Draw
  • misyaain amna
    TANDA HIDUP TAK BERKAT
  • ^◕‿◕^
    UPDATE NEW STOCK ** MEN'S SHIRTS **
  • The Karl Nyzam™
    Erti Sebuah Kemaafan
  • col0ur ur life
    Tukar Lagi.
  • kami craft
    Pek Kombo Tona~~ Murah Gilaa~~~!!!
  • Abu HurairaH
  • My Life
    Hujung Minggu
  • ~~ ketulusan hati ~~
    Dia kekasih aTi Qu...
  • ♥ CATATAN SEORANG HAMBA ♥
    ♥ KISAH MAYAT MEMBACA SURAH YASSIN DI MEKAH ♥
  • maiza husna
  • PERCUTIAN TERINDAH
    PAKEJ 3HARI 2MALAM DI PANGKOR
  • ! .. ✿Ɖαʏα Ƭнɛ Ƨιϰтн✿ .. !
    Korean Fashion :)
  • Ibnu Sina ATC
    Sekitar Karnival Ekonomi Muslim
  • ~liFeminEswEEtsoUr~
  • Celoteh Deqyah Pegeon~
  • Triple L
  • JuZ a sImPLe guRL DiaRy
  • BerLARI ke LANGIT
  • ♥
  • Muni Izzah
  • ♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•.♫•♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•.♫• ♫•*¨*•.¸¸
  • vip eema..
  • Eimma
  • kedai mu
  • Hafiz Hamidun
  • Seek ONLY for MARDHOTILLAH
  • BLOG ALAN
  • ✿ Missz.Nana.Punyer.Cerita ✿
  • ..sEriKanDi isLaM..
  • *sUkA-suKi DunIakU*
  • hello !!!
Backgrounds & Flower Backgrounds
Powered by Blogger.